Tiada tindakan Pemuda UMNO keatas Mukhriz

dscn4168.jpg

Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang baru selesai jam 6.45 petang tadi memutuskan bahawa tiada tindakan yang akan diambil oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia keatas Exconya, Dato’ Mukhriz Mahathir selepas menimbulkan banyak perhatian kerana mengutus surat kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakan jawatan.

Ini diumumkan Ketua Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam sidang media diakhir mesyuarat.Walaupun majoriti Exco Pemuda UMNO ‘menghentam’ Mukhriz kerana tindakan peribadi itu, namun keputusan dibuat kerana semangat Pemuda UMNO untuk “mengutamakan perpaduan dan perpaduan dan lebih banyak isu isu lebih utama yang perlu ditangani”.

Ini juga secara tidak langsung Pemuda UMNO menunjukan bahawa pergerakan sayap kanan UMNO itu mula bersedia untuk menengahkan hasrat rakyat, terutama orang orang Melayu, dari ‘mesej jelas’ yang disampaikan dalam Pilihanraya Umum ke Xii 8 Mac 2008 lepas, dimana menyaksikan BN kehilangan 5 + 1 buah negeri.

Difahamkan mesyuarat tidak membincangkan Kabinet baru yang diumumkan oleh PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam perkembangan berlainan, Exco Wanita UMNO hari ini membincangkan isu tiada dikalangan Wanita UMNO yang dilantik menjadi anggota Kabinet yang diumumkan tengahari tadi.

*Perkembangan terkini Rabu, 19 Mac 2008

Dipetik dari Utusan Malaysia pagi ini:

Mukhriz: Tiada tindakan

Hishammuddin Tun Hussein bersama kepimpinan Pemuda UMNO pada sidang media Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar NASIRUDDIN YAZID.


KUALA LUMPUR 18 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Mahathir yang menulis surat menuntut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan surat itu bersifat peribadi.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dicapai selepas pergerakan tersebut mendengar sendiri penjelasan daripada Mukhriz semasa mesyuarat Exco Pemuda UMNO hari ini.

‘‘Kita sudah mendengar penjelasan Mukhriz. Kita tidak akan mengambil tindakan kerana surat itu bersifat peribadi.

‘‘Surat itu juga telah dihantar khusus kepada empat atau lima orang pemimpin dan Mukhriz juga bukan pihak yang membocorkan surat itu kepada umum,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mesyuarat selama tiga jam setengah itu membincangkan analisis keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac lalu selain beberapa isu semasa yang berkaitan dengan Pergerakan Pemuda.

Rabu lalu, Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pergerakan itu menulis surat kepada Abdullah memintanya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Tambah Hishammuddin, beliau gembira kerana semua Exco Pemuda memberi pandangan mereka semasa mesyuarat dan ia memberi tanda kebangkitan semula pergerakan itu walaupun beberapa calonnya tewas pada pilihan raya baru-baru ini.

‘‘Saya gembira semua berucap. Semua sudah meluahkan apa yang terpendam. Kita juga sudah menerima laporan daripada setiap peringkat mengenai prestasi semasa.

‘‘Kita tidak keseorangan. Jangan putus asa. Ini masa untuk kita tunaikan semua janji kepada rakyat,” ujarnya.

Jelasnya, Pemuda akan mengenal pasti punca kekalahan dalam pilihan raya dan mengadakan perbincangan termasuk di peringkat cawangan.

Beliau juga mahu semua pihak berhenti daripada menuding jari menyalahkan orang lain termasuk Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang dikatakan menjadi punca kekalahan banyak calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

‘‘Semua pihak bertanggungjawab. Semua orang memikul tugas parti. Tidak guna kita menjadi Yang Berhormat kalau parti sentiasa diperlekehkan,” katanya.

Ditanya kemampuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi beberapa kerusi pada pilihan raya umum lalu, Hishammuddin berkata, Pemuda tidak akan ambil mudah dengan pembangkang dan tidak akan takbur dengan mereka.

‘‘Pembangkang semasa pilihan raya lepas umpama ‘nyawa-nyawa ikan’ tetapi dalam keadaan macam itu pun, mereka masih boleh hidup,’’ jelasnya.

Published in: on March 18, 2008 at 19:15  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/18/tiada-tindakan-pemuda-umno-keatas-mukhriz/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. BETUL KE RAMAI DALAN EXCO PEMUDA “MENGHENTAM” MUKHRIZ

  2. Ini bermakna Pemuda UMNO berpandangan jauh kerana apa yang disuarakan oleh Mukhriz adalah benar dan tepat. Jika BN hendak masih memerintah selepas PRU 13, tindakan yang sewajarnya perlu diambil sekarang juga.Tsumani yang melanda kita baru-baru ini bukan yang akhir. Ini walaupun basah, bangunan masih ada. Tetapi jangan lupa. Walaupun bangunan tidak tumbang, landasan ( foundation) sudah retak. Dan tsunami kedua akan datang dalam bentuk pilihanraya negeri Sarawak. JIka BN kalah teruk, kerana banyak tokoh, termasuk Taib Mahmud, akan berundur, maka tiada sebab Ahli Parlimen dari Sarawak ( dan juga Sabah ) akan melompat berdasarkan keinginan rakyat mereka. Jangan lupa pada ketika itu Anwar mungkin sudah berada di Parlimen. Ahli parlimen yang ‘berpindah’ ini tidak payah dibeli, cuma janjikan kenaikan royalti minyak kepada 10% atau 15%, cukup untuk mereka memikirkan untuk berhijrah. Tidak payah kita beli mereka, mereka dengan rela hati akan berhijrah. Jadi Pemuda, ambil-lah ikhtibar dari pakcik pencen ini dan fikirkan tentang masa depan cucu-cicit kamu. Cucu cicit kami bahagia tapi cucu cicit kamu? Mahukah anda menjadi wakil rakyat UMNO yang terakhir? Fikir-fikirkan lah!

  3. peh. 6.45 petang baru abis meeting.

    depa cakap, meeting ni elok buat pukui 10 sampai pukui 12 ja. takpun pukui 2 sampai pukui 5.

    tapi ikut hampala pemuda umno

  4. Ibarat mati emak atau bapa
    Begitukah dipegang Pemuda
    Terhadap mukhriz, exconya
    Tiada apa hukuman dikena

    Dikata sesi hentaman paku
    Mukhriz cara lisan terpalu
    Jika sebenar maklumat gitu
    Ikhlas atau untuk KJ dilaku

    Tindakan mukhriz itu berani
    Risiko diambil sangat tinggi
    Suara pendapat, kekal kini
    Hikmah tempiasan tsunami

    Jika mesyuarat ikut agenda
    Luahan kata ikut fakta ada
    Bukan emosi kuasai minda
    Pemuda melindungi bangsa

  5. Hidup MUKHRIZ!!!
    Hidup MUKHRIZ!!!
    Hidup MUKHRIZ!!!

  6. hehehhe…bro…bila nak turun pekena kopi kat Old Town White Coffee kat Aloq Staq?…hehhehhe…

  7. Hidup Mukhriz!! You are a GEM!! But the new ministers are not up to world standar… Cakap English terputar lidah… why can’t they take a person like you!! Charismatic.. Daring.. well spoken and respectable!!!
    You are the Best!!!!

  8. tak berani ambik tindakan yerrr…tahu tak perr

  9. _KETUA PEMUDA UMNO MASA HADAPAN_MUKHRIZ MAHATHIR

  10. WHAT KETUA PEMUDA ?
    PRESIDEN UMNO KE LAPAN LAH BEB!

  11. INSIDER told me that majority of those at the closed-door meeting basically, shared the same sentiment as Mukhriz. Mukhriz was given the chance to explain thoroughly. Although not so convincing, majority members decided NOT TO take action against Mukhriz. It was a long and at some stage, HEATED meeting. (IM NOT GOING TO TOUCH ON KJ). But it was obvious that many of them, had made up their mind NOT TO PURSUE the matter (action against Mukhriz) even BEFORE they had the meeting. They were some BRAVE VOICES, but mostly, they want to put an end to that episode and get the PEMUDA re-constructed both in thinking and reaching out to the grassroots. BUT the meeting was cleared about two things. The DISPLEASURE of many UMNO Youth members on PM ABDULLAH and KHAIRY JAMALUDIN.


Leave a comment