Tuanku Sultan Johor tarik balik ‘Dato’ Jimmy Chua

Chua dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

DYMM Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menitahkan agar semua gelaran darjah kebesaran negeri itu Darjah Paduka Mahkota Johor (DPMJ) Kelas Kedua dan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) Kelas Pertama yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada Mantan Naib Presiden MCA dan kini menjadi Ahli Majlis Tertinggi PKR Chua Jui Meng ditarik balaik serta merta. Difahamkan, tindakan ini ada kena mengena akibat tindakan Chua keluar MCA, menyertai PKR dan mengeluarkan pelbagai kenyataan menentang arus perdana dan anti Kerajaan.

Chua sebagai reaksi menyalahkan UMNO Johor atas tindakan baginda Tuanku Sultan ini.

Laporan Free Malaysia Today:

Jui Meng stripped of Datukship, blames Johor Umno

Thu, 10 Jun 2010 15:09

By Rahmah Ghazali and Stephanie Sta Maria

FMT ALERT PETALING JAYA: PKR supreme council member Chua Jui Meng has been stripped of his “datuk” and his “datuk seri” titles, and the former MCA leader claims Johor Umno had a hand in this.

The titles were conferred on him by the late Sultan of Johor when Chua was a Barisan Nasional MP.

Contacted this afternoon, Chua told FMT that he was warned about this before.

“There were warnings given to me previously, saying that Johor Menteri Besar Abdul Ghani Othman would advise the (current) Sultan of Johor to take back my datukship if I join PKR,” he said.

Chua claimed that he was also warned by another “Umno datuk”, whom he declined to name, not to go overboard.

“I am very disappointed with Umno and BN leaders for doing such a thing,” he said, adding that he does not blame the Sultan because he understands the “politics behind the move”.

The former health minister said he would return his “datukship medals” when he receives an official letter, adding that the palace had called him twice asking for the medals.

****************

Amat malang dengan tindakan reaksi Chua ini kerana nyata UMNO sebagai parti politik tidak ada saluran untuk mempengaruhi Tuanku Sultan Johor untuk menarik balik anugerah negeri yang sesuai kepada pemimpin berjasa dan bukan pemimpin ‘Lupa daratan’ dan ‘Tidak berterima kasih’. Chua harus perlu ingat bahawa kenikmatan yang beliau perolehi sehingga saat ini adalah akibat ehsan BN, terutama orang Melayu yang terus menerus memberikan beliau sokongan sehingga menjadi seorang MP Bakri yang berjaya (semenjak PRU VII  Ogos 1986) dan diangkat dalam pentadbiran Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad bagai Setiausaha Parlimen (1989) sehingga jawatan Menteri Kabinet (semenjak PRU IX April 1995). Beliau kekal sebagai anggota Kabinet sehingga PRU XI, dimana beliau digugurkan dari senarai calon BN.

Ini juga merupakan modal beliau berjaya dipilih sehingga jawatan Naib Presiden MCA pada 2005. Akibat kekecewaan kerana gagal merebut jawatan Presiden MCA, Chua mengambil keputusan untuk meninggalkan MCA dan menyertai parti yang menjadi agen anarki dan politik ‘benci membenci’ PKR. Beliau dikatakan menggunakan taktik ‘benci membenci’ dan ‘hasut menghasut’ semasa kempen merebut jawatan Presiden MCA, yang dianggap beberapa pihak sebagai percubaan memecah belahkan masyarakat etnik Cina.

UMNO merupakan satu yang amat dekat dihati DYMM Tuanku Sultan Johor sekeluarga, semenjak keujudan asalnya 64 tahun lampau. Ini kerana moyang Tuanku Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar memberikan perkenan baginda agar UMNO ditubuhkan dalam Istana Besar, Johor Bahru, Johor pada 11 Mei 1946 dan sebagai Raja Melayu, memberikan kredibiliti bahawa parti politik nasionalis Melayu itu mendapat perkenan Istana dalam perjuangan menggagalkan Malayan Union. Ayahanda Sultan Ibrahim Ismail, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang menganugerahkan darjah kebesaran Johor yang memberi Chua gelaran ‘Dato’, mempunyai sentimen tinggi dan mendalam kepada UMNO.

UMNO tidak mungkin mempengaruhi mana mana baginda Tuanku Sultan untuk menarik balik sebarang darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kerana itu merupakan hak baginda Tuanku. UMNO menghormati hak mutlak baginda Tuanku Raja Raja untuk sebarang penganugerahan darjah kebesaran dan tidak akan sesekali membelakangkan protokol ini, hanya sebab kepentingan politik.

Dalam masa yang sama, DYMM Raja Raja Melayu wajar menimbangkan agar darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim ditarik balik. Ini kerana pemimpin ini pernah disabitkan kesalahan salahguna kuasa dan telahpun habis seluruh proses untuk mengenepikan hukuman 6 tahun penjara ini. Penjenayah salah-guna kuasa seperti ini tidak layak menjadi pemimpin dan sebagai penjenayah, anugerah yang dikhaskan sebagai penghormatan untuk pemimpin harus ditarik semula.

Peranan Anwar yang kini dituduh untuk kali kedua bagi jenayah sumbang seks meliwat seorang kakitangan parti, dalam tindakan ingkar kepada DYMM Paduka Sultan Perak Februari 2009 harus juga diambil kira. Jelas, pemimpin seperti Anwar sebagai ‘Raja Anarki’ dan Chua merupakan petualang ‘anarkis’ yang tergamak berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan keharmonian  dan kestabilan masyarakat demi kuasa.

Ini mewajarkan anugerah penghormatan darjah kebesaran negeri seperti ‘Dato’ ditarik balik.

Published in: on June 10, 2010 at 15:07  Comments (37)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/10/tuanku-sultan-johor-tarik-balik-datuk-jimmy-chua/trackback/

RSS feed for comments on this post.

37 CommentsLeave a comment

  1. Sudah sampai masanya untuk DYMM Raja-Raja Melayu untuk mempertimbangkan penarikan balik segala darjah yang dianugerahkan kepada individu-indinidu, tidak kira dari sebelah manapun, sekiranya individu-individu berkenaan sememannya berkelakuan yang membelakangi kedaulatan Raja -Raja Melayu. Tarik balik utk mereka-mereka ini saja dahulu.

    Ada dua tiga orang kat Perak yang sepatutnya dah lama dibuang negeri, dinyahkan dari Perak.

    • Saya sokong bebenor ni. Tambah pulak: mereka yang didapati bersalah jenayah pun perlu ditarik balik. Takkan penjenayah pun berdarjah. Tak ada darjat le.

      • Hai UMNO johor dengan UMNO sekarang lain. UMNO hari ini ialah UMNO Baru ala mahathir. Tak caya siapa ahli no siri . 00001? Che det. UMNO Johor Onn Jaffar sudah tiada, di hapuskan oleh Che Det kerana sepak keluar Tun Razaleigh, Musa, dan Pak Lah pada tahun 1987. Sedar diri, main tulis jer tanpa tengok sejarah dan fakta.

  2. Istana Johor dah buat apat yg patut istana Pahang bila lg.
    Chua masih ada pingat datuk dr istana pahang.

  3. Gelaran Chua ditarik balik adalah kerana beliau masuk parti lawan dan keluar BN.
    Tapi seorang Chua lagi yang menjadi bintang lucah masih diiktiraf oleh istana Johor. Apakah rasionalnya?

  4. adakah anda bermaksud UMNO adalah master kepada duli duli Sultan….??? Mungkin sebab itu UMNO telah membuang imuniti raja raja dan mengurangkan kuasa raja raja…. menerusi 2 pindaan perlembagaan… 1985 dan 1992….????

  5. Di Malaysia ni yg mengamalkan Raja Berpelembagaan, Agong atau Sultan mana ada kuasa tarik2 darjah kebesaran ni. They are all Awards given by Fed or State Gov’t in conjunction with Agong’s or Sultan’s birthday. Darjah ni bukan kepunyaan Agong atau Sultan tetapi kepunyaan Fed or State Gov’t. DAri segi perlembagaan saja ia anjugerah oleh Agong dan Sultan atas nasihat Fed or State Gov’t.

    Bukan tak bolih tarik, bolih tapi mesti ikut ‘due process’. Fed or State Gov’t must first write letter to person asking to show cause why award should not be stripped. Kalau tak bolih bagi penjelasan yang munasabah, baru lah Fed or State Gov’t ‘nasihat’ Agong atau Sultan supaya darjah tu ditarik balik.

    Kalau nak tarikh darjah, Chua soi Lek yg melakukan sex songsang yang bolih dibicara dan dihukom dibawah sek.377A Penal Code; siap dengan pengakuan lagi, patut ditarikh Darjah Datuk nya. Nasib baik Chua Soi Lek bukan Anwar Ibrahim. Kalau tidak dah lama kena sumbat dalam Sungei Buluh.

    Ikut undang2 mana bolih tarikh tanpa ‘due process’ dan tanpa diberi sebab.

    • Thank you my friend. Now I can see what the fucking joke is.

      Ingat lah Melayu bangsaku…

      mohamed

    • pandai2 la ko buat law & protokol sendiri.

      fed/state gomen boleh bagi recommendation saja la ngok.

      kuasa penuh letak pada Sultan/Agong.

      kalau Sultan/Agong tak bagi perkenan, tarak 1 law pun kat Malaysia ni yg boleh overide.

      sama juga, kalau Sultan/Agong keluar perintah tarik balik pingat, tarak sapa pun boleh bantah la bro ..

      kalau ko rasa boleh …. pi la suruh Karpal Singh ka, Sivarasa ka pi saman Sultan masuk court.

      • Saya fikir pendapat ini betul. Dikonpem dek Rakyat Malaysia dibawah ni.

      • If the Datos turn out to be a “mangkok ” then blame should go to the goverment of the day.

        I read about this in school history once. Now I see its significant. What a wonderful system.

        mohamed

      • Kalau nak argue, beri lah counter argument yg bernas, bodoh. Tapi perlu lah terlalu personal guna perkataan yg bodoh2. Kalau guna perkataan yang bodoh, nampak sangat kebodohan mentaliti kau.

        Siapa bayar elaun Agong dan Sultan. Bapak kau? Bodoh!!!

      • Putra,

        Cara cakap kau tu bukan saja bodoh, tapi juga gila. Orang fikiran waras tak membodohkan orang lain.

        Kau tak nampak ke orang dah beri sebab dan hujah diatas? Kau masuk sini perlu hemahkan adab berbincang.

  6. Ulasan Putra main hentam keromo tanpa merujuk kepada fakta . Beliau mengatakan kuasa penganugerahan darjah kebesaran negeri terletak kepada kerajaan negeri bukan Sultan.

    Sila rujuk : http://epla.perak.gov.my/pingat.php

    KUASA-KUASA MENGURNIAKAN PENGANUGERAHAN

    Di dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, bahagian kedua bab X(a) Tercatit kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik pancuran kemuliaan(FOUNTAIN OF HONOURS) budibicara (prerogatives) yang mutlak.

    Bab XXV Undang-undang tubuh kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian kedua seterusnya menerangkan:

    “Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemulian dan darjat-darjat dalam negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat-pingat kemuliaan dan darjat, samada gelaran-gelaran,darjat-darjat,pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tidak terlebih dahulu di kurniakan atau diadakan.

    Tetapi hendaklah di isyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat,pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang sedemikian itu diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya perlembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu di persetujui oleh Dewan Perhimpunan Undangan.

    Jelas kuasa mutlak terletak kepada Sultan . Kerajaan negeri hanya berperanan sebagai penasihat sahaja.

    • Betullah aku kata. Agong dan Sultan di’nasihati’ olih Kerajaan untuk beri darjah atau tarik darjah.

      Sebelum beri darjah, latarbelakang dan ‘contribution’ kepada Negara/negeri diselidiki. Bagitu juga dengan tarik balik, show cause mesti diberi. Ada aku pertikai hak mutlak Sultan tarik balik. Yg aku kata Kerajaan negeri atau apa2 Council ke mesti ikut ‘due process’ sebelum menasihati Sultan untuk tarik balik.

      • Penyelidikan pra anugerah darjah kebesaran dilakukan tanpa diumumkan dan penganugerahan juga tidak perlu diberikan sebab. Jadi apa perlu sebarang keputusan mengenai penarikan balik perlu diberikan sebab.

        Penarikan balik darjah kebesaran Johor DPMJ dan SPMJ daripada Chua Jui Meng BUKAN ATAS NASIHAT KERAJAAN NEGERI atau mana mana parti politik. Ini merupakan keputusan baginda sendiri.

        Kenyataan media Setiausaha Majlis Di Raja Johor Dato Abdul Rahim Ramli, yang juga merupakan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah cukup menyakinkan bahawa tiada penjelasan perlu, untuk mana mana pihak. Sekadar pengumuman rasmi sudah memadai.

      • wei… putra

        sebab bapak ko bayar elaun Agong & Sultan, apa kata ko pi tulis satu surat hantar kat Sultan Johor tu, tanya Tuanku kenapa baginda tak keluar surat “tunjuk sebab” pada CJM ni.

        kalau Tuanku tak jawab surat ko ni, ko boleh la suruh Karpal ka, Sivarasa ka pi saman Tuanku masuk court.

        apa nak heran? puak2 ko ni memang dah biasa sembah2 derhaka ni kan.

        hahaha…

      • Mana tahu bapak siPutra ada bayar elaun Agong dan Sultan? kot satu sen pun tidak.

  7. Big Dog,

    I think the comments above have been corrupted. My comments in BM have been translated into English. Funny translation, too. My name has been translated as Jesus.

    The same happened the 2nd time I got back to your post.

    • Ok now, bro. Been asked to press the “Show Original” box on the top of the screen by an “expert”. I’m still a rookie, la. Sori for the slight bother.

  8. Easy come, easy gone; that’s for the “fortunate” few. Of cause, spinners like Malaysian Malaysia’s voice piece, Malaysiankini, will say “Chua Jui Meng, hold your head up high. You may have lost the datukship from one sultan, but you have gained the respect of the whole nation”. What whole nation? My foot, such narrow perceptions by chauvinist pigs, supposedly the voice of democracy! Such statements by Malaysiankini will make it the laughing stock of the community and the Royal Institutions will look at you in contempt.

    From the state of Perak, I hope my Sultan will also revoke the datukships of those irresponsible rakyat who had caused such seditious havoc during the state assembly functions; they even don’t deserve to be Perak citizens.

    • Well said, my friend. I support fully.

    • Huh?, that’s your conclusion ah?

      Ya, I almost forgot, in Perak there is now a Datuk Hee. hee!hee!hee!

      • There is also a Datok Ngeh , ngeh! ngeh! ngeh!

        …and there will also be a Dato Nga, nga!nga!nga!

  9. My hopeful thinking is that other Sultans will follow suit.

    HRH Sultan Perak and HRH Sultan Selangor have expressed displeasure at the behaviour of a number of their rakyat in the past. Including those in Parliament and in the State Assemblies. Many loyal subjects support fully the words and actions of TRHs.

    • Yes we do

      mohamed

  10. bro lu punye blog rosak ke? all ur post tak masuk dalam reader gua….i think something is not right with your post feeds….hari ini baru masuk 10 post

  11. Royal titles are not meant to be permanent or an ownership matter. It is awarded by the Sultan and the Sultan has the right to withdraw or award any titles. Even the brother in law of the Sultan had his title revoked. So CJM ought to apologize to Johor UMNO, Johor BN and the Palace for his unprofessional statement. Such is the level of politics in PKR where they are willing to say or do anything without thinking about the consequences and logic.

  12. Saya rasa anda silap. Tidak sesiapa perlu merasa terhutang budi kepada UMNO. Sepatutnya orang UMNO perlu berhutang budi kepada rakyat jelata kerana telah membenarkan penjenayah umno berleluasa selama ini. Tidak perlu anjing besar cuba memberi penjelasan, kita semua faham akan perangai orang umno. Samada sultan johor membuat keputusan sendiri tidak penting. Ynag penting, kita faham apa yang cuba dibuat umno.

    • Sama-samalah, kita tolong UMNO, UMNo tolong kita. Lu apa susah?

      mohamed

    • Orang macam kswong ni dah ramai sangat.Kerana terlalu taksub dengan politik org yang tak bertamadun . Apa yang dia tahu adalah meletakkan semua kesalahan pada UMNO sahaja . Seolah-olah UMNO tak buat-buat apa-apa jasa yang baik . Bukalah minda kau tu sikit,jangan buat kenyataan macam orang partisan sangat .

  13. […] PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa  gelaran ‘Dato&#8217…kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim […]

  14. […] PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa  gelaran ‘Dato&#8217…kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim […]

  15. […] terlalu nyata mengamalkan politik kebencian dan perpecahan sehingga DYMM Sultan Johor menarik kembali darjah kebesaran DPMJ dan SPMJ Chua Jui Meng kerana cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor. Minggu lepas Tuanku menitah murka mengenai PKR […]

  16. […] baru ini baginda Tuanku Sultan Johor menarik balik darjah kebesaran SPMJ dan DPMJ dari Pengerusi PKR Johor Chua Jui M… pada 10 Jun 2010 kerana cubaan memecah belahkan masyarakat Cina Johor. Oleh kerana sebagai […]

  17. […] issued titah murka against the Opposition for very unhealthy and destructive politics. Even the ‘Datukship’ of PKR Vice President Chua Jui Meng, who was a Cabinet Minister and long time MP for Bakri […]

  18. […] This was not the first time the Opposition displeased HRH Sultan Ibrahim. He issued titah murka against PKR last year. HRH Sultan Ibrahim even revoked PKR Vice President Chua Jui Meng’s DPMJ award. […]


Leave a comment