Tuanku wajar gantung SSSA Anwar

DYMM Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan untuk mengantung darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada Mantan Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik dan Pengurus Besar PKFZ O C Phang atas tuduhan salah guna kuasa dalam perbicaraan kes amalan rasuah berprofil tinggi tersebut.

Laporan Bernama.com:

Sultan gantung gelaran kepada Liong Sik, O.C. Phang

01/09/2010 1:05pm

SHAH ALAM 1 Sept. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik digantung.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud berkata, baginda juga menitahkan agar darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datin Paduka O.C. Phang turut digantung.

Tindakan itu diambil setelah Liong Sik dan Phang dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Ramli.

Beliau berkata, keputusan penggantungan itu dibuat setelah Dewan Diraja Selangor bersidang pada 19 Ogos lepas. – Bernama

**************

Keputusan ini dibuat pada mesyuarat Majlis DiRaja Selangor yang bermesyuarat pada 19 Ogos 2010.

Tindakan yang sama wajar dikenakan kepada Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Ini kerana ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani perbicaraan atas tuduhan keji seks sumbang liwat. Seorang pembantu Anwar,  Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan Polis diliwat pada tahun 2008.

Anwar telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran ‘Dato’ Seri’ oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada tahun 1992. Anwar dipecat dari Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 12 tahun lalu pada hari ini kerana seks sumbang.

Pada tahun 2000, Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Ariffin Jaka telah mendapati Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun. Namun begitu, pada tahun 2004 Mahkamah Persekutuan telah membelakangkan hukuman ini atas dasar teknikal tanpa tidak membebaskan beliau dari amalan liwat itu.

Published in: on September 1, 2010 at 21:14  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/01/tuanku-wajar-gantung-sssa-anwar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Patut Allah tarik nyawa ko lagi baik aman dunia ni dr citer keji fitnah. Cepat ko mampus kurang sikit seksa neraka yg ko akan kena, bodoh bangang punya manusia

    • Only the good die young!

  2. Sultan pun tahu kes ini tak betul, sebab tu dia tak tarik anugerah. Hanya penyokong hardcore mahathir sahaja yg paksakan diri utk percaya benda karut ni.


Leave a comment