Tun Dr. Mahathir: Hak kita tetap hak kita

Tun Dr. Mahathir berucap atas platform Perkasa di Pair Mas, 25 September 2010

Perdana Menteri Malaysia ke IV dan Presiden UMNO ke V Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan perjuangan suara memartabatkan dan menjaga kepentingan Melayu bukan satu tindakan perkauman. Beliau berada di Pasir Mas dalam satu majlis anjuran NGO Melayu Nasionalis, PERKASA.

Seramai 10,000 orang pelbagai kaum termasuk keturunan Cina, India dan Siam berbondong bondong membanjiri majlis tersebut walaupun dalam keadaan panas petang dala kawasan terbuka.

Pasir Mas, 25 September 2010

Negarawan Unggul Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa PERKASA mencerminkan kehendak akar umbi Melayu dan orang ramai. Laungan “Hidup Melayu” yang begitu bergemuruh semasa ketibaan Tun Dr Mahathir adalah menhidupkan kembali semangat dan roh yang menyatukan orang Melayu sehingga berjayagg mengagalkan Malayan Union pada 1946. Kebangkitan perjuangan nasionalism orang Melayu merupakan usaha yang mampun membuahkan hasil sehingga Kemerdekaan berjaya dicapai, termasuk mendapatkan kerjasama DYMM Raja Raja Melayu. Namun hari ini, apabila orang Melayu membangkitkan isu berkenaan mempertahankan kepentingan orang Melayu, mereka dianggap sebagai ‘Rasis’.

Beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia bukanlah untuk orang Melayu sahaja tetapi adalah kepunyaan Bukan Melayu juga, kerana mereka diberikan hak sebagai wargangara semasa Kemerdekaan mahu dicapai walaupun mereka tidak bangkit untuk menentang Malayan Union. “Orang Melayu amat murah hati kerana sanggup berkongsi negara dengan Bukan Melayu yang satu masa dulu tiada berwarga negara. Hari ini apa yang dituntut ialah Hak Istimewa Orang Melayu (Sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan) hendak dihapuskan. Inikah balasan kebaikan orang Melayu menerima mereka?”.

“Saya amat sedih kerana orang Melayu tidak sedar kedudukan mereka diancam oleh semua tuntutan ini. Orang Melayu kini berpecah dan tidak lagi mempunyai kekuatan sebagai kuasa yang bersatu padu”.

Perpecahan orang Melayu kepada tiga puak tidak akan menjamin antara mereka akan menang dan  kuasa orang Melayu akan terus utuh. “Ini kerana semua pihak mahu menjadi Perdana Menteri”.

“Kini ada yang malu menjadi Melayu. Mereka mengatakan mereka Islam tetapi tidak bangga menjadi Melayu. Namun mereka tidak pula menunjukan perangai dan budi pekerti sebagai orang Islam”. Jelas ini adalah ditujukan kepada PAS yang sewenang wenang menghina orang Islam lain dan Melayu Liberal yang menjalankan gaya hidup sebagai orang Barat dan hilang nilai nilai ketimuran. “Kalau Islam, berlagaklah macam orang Islam. Bekerjasamalah sesama Islam. Demi politik, mereka sanggup halalkan segalanya”.

“Semasa UMNO dikatakan ‘Tidak Mahukan Negara Islam’, mereka dikecam (oleh PAS) dengan hebat. Apabila DAP menyatakan dengan lantang mereka menentang negara Islam, boleh pula! Yang suruh langkah mayat jika mahu tubuhkan negara Islam pun boleh berkawan tetapi kunun kunun mahukan ‘Perpaduan sesama Islam'”.

“Bangsa dijudikan, ugama dilonggarkan dari politik orang yang taksub menjadi Perdana Menteri. Akhirnya menjadi boneka dalam Kerajaan kerana pecah dan tergamak bersetuju keatas apa sahaja yang dimahukan Bukan Melayu. Nama sahaja Melayu tetapi menjadi anasir rasis”, huraian lengkap Tun Dr. Mahathir.

Lautan orang Melayu untuk mendengar amanat Tun Dr Mahathir

“Saya hadir disini supaya orang Melayu insaf akan bahaya keatas mereka dan kerana ingin menyeru orang Melayu supaya bersatu”, pesan beliau “Jangan sanggup gadaikan hak orang Melayu”.

“Jangan kita bagi seinci pun hak orang Melayu. Kita tidak mintak hak orang lain. Hak kita tetap hak kita!”, desakan tegas seorang pemimpin yang begitu memikirkan mengenai orang Melayu.

“Nasib anak cucu kita akan jadi seperti orang Melayu Singapura, yang tidak mempunyai apa apa kuasa politik. Orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu”.

Beliau menghuraikan masih tedapat lagi ramai orang Melayu yang miskin. Namun pembangunan seimbang yang dijana juga mngambil kira kepentingan orang lain. “Orang Melayu kena sedarkan diri mereka bahawa politik demokrasi ini boleh ‘makan tuan'”.

Sebelum itu, semasa ucapan alu aluan Dato’ Ibrahim Ali menjelaskan bahawa rakyat Kelantan berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sumbangan beliau kepada Kelantan. “Tanpa Tun Dr. Mahathir, Malaysia tidak akan menjadi seperti mana ianya hari ini. Kita bukan macam pemimpin lain, bermuka muka”.

Beliau mengambil kesempatan ini untuk membidas MB Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat kerana pernah mengumumkan beliau akan meletakan jawatan 8 tahun lampau tetapi masih lagi berkuasa.

Ibrahim juga menjelaskan bahawa PERKASA bukanlah parti politik tetapi NGO Melayu yang akan bersuara lantang apabila hak Melayu disentuh. Beliau juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana kematangan politik beliau, terutama kemelut politik timbul apabila beberapa pemimpin UMNO seperti Setiuasaha Agung Tengku Dato Adnan Mansor, ahli MT Dato Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin membidas PERKASA.

“Jangan marahkan Kerajaan. Ini hanya kerja tiga ekor ini sahaja. Jangan memusuhi PM Najib kerana tiga ekor ini sahaja”.

*Liputan siaran langsung ini dibawa terus menerus dari Pasir Mas Kelantan dengan kerjasama bloggers dan wartawan lain yang memberi liputan.

*Perkembangan dikemas kini Ahad 26 September 2010 930am

Laporan Mingguan Malaysia:

Jangan gadai hak bangsa

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR MAS 25 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Sambil menyuarakan rasa sedih dan bimbang dengan senario tersebut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan sedemikian akan hanya menyebabkan anak-anak, cucu-cicit mereka hidup dalam negara seperti Singapura dengan tidak mendapat sebarang jawatan dan kemudahan, bahkan tidak boleh bercakap langsung mengenai bangsa sendiri.

“Itu mungkin menjadi nasib kita apabila kita menjadi orang yang tidak ada kuasa politik sama sekali yang duduk di bawah telunjuk orang lain dan mereka tidak boleh mencari perlindungan daripada kerajaan.

“Sebab itulah orang Melayu patut sedar supaya mereka tidak berpecah-belah kerana tamak hendak dapat jawatan, nak jadi Perdana Menteri umpamanya.

“Jangan tamak, orang yang tamak akan hilang segala-galanya. Sepatutnya orang Melayu bersatu-padu dan menyokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas kaum lain.

“Hak kaum lain adalah hak mereka, tetapi hak orang Melayu mestilah kekal sebagai hak orang Melayu,” katanya berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk pada Perhimpunan Melayu Perkasa di sini hari ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut dihadiri oleh penduduk pelbagai kaum termasuk Cina, India dan masyarakat Siam.

Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapannya itu, Dr. Mahathir turut melahirkan rasa sedih kerana orang Melayu masih tidak sedar ancaman yang sedang dihadapi oleh mereka sehingga berpecah kepada tiga puak disebabkan individu tertentu yang gilakan kuasa kerana hendak menjadi Perdana Menteri.

Dalam nada sinis, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang tertentu yang malu hendak menjadi orang Melayu dan mengaku orang Islam, tetapi tidak berlagak sebagai seorang Islam sebenar kerana tidak sanggup bekerjasama dengan orang Islam lain yang memimpin parti UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu turut menempelak sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup ‘mengetepikan bangsa dan melonggarkan agama’ hanya kerana hendak mendapatkan sokongan politik kaum tertentu untuk membentuk kerajaan dan memimpin negara.

“Hari ini, orang Melayu terbahagi kepada tiga pasukan dan ketiga-tiga pasukan bertungkus-lumus cuba untuk menarik sokongan kaum-kaum lain, ini tidak mengapa.

“Tetapi apabila mereka sudah sanggup menjadi boneka, menjadi patung dalam kerajaan yang namanya sahaja terdiri daripada orang Islam, orang Melayu tetapi sebenarnya mereka terpaksa mengikut apa sahaja arahan daripada kaum-kaum lain sehingga mereka sanggup merampas hak yang dijanjikan diberi kepada orang Melayu,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, berbeza dengan pejuang-pejuang bangsa terdahulu yang ingin mereka menjadi bangsa kuat, orang Melayu pada hari ini amat lemah sehingga menjadikan mereka cuba mendapatkan sokongan kaum lain sehingga perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara terhapus sama sekali demi untuk mendapatkan undi.

Justeru katanya, sungguhpun tidak berapa sihat kerana baru kembali dari luar negara, beliau rasa terpanggil untuk hadir pada perhimpunan tersebut kerana ingin menyeru orang Melayu sama ada daripada Perkasa, UMNO, Parti Keadilan rakyat (PKR) dan Pas supaya insaf tentang bahaya yang dihadapi oleh orang Melayu.

“Apa yang hak bagi orang lain kita tak nak rampas, tapi yang hak bagi kita janganlah cuba rampas,” katanya.

Published in: on September 25, 2010 at 16:19  Comments (27)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/25/perjuangan-memartbatkan-melayu-bukan-perkauman/trackback/

RSS feed for comments on this post.

27 CommentsLeave a comment

  1. If there is one person who should really be worried the most, it must be DSN. The weather may be good in New York today but it is hot in Pasir Mas.

    He should question his own leadership. Prime Ministership does not make u a leader. Its only Ibrahim Ali and he is not exactly Obama but why do the Malays are turning to him? Desperation? Don’t blame anyone else. How about another few millions for a rich Chinese school? How is brother Nazir?

    MCA, DAP, MIC, Gerakan sirs, please don’t complain about racism. You lost the moral authority to do so unless u can prove that Suqiu and Hindraf and whatever the name are fighting for ALL races. PERKASA decided to play YOUR GAME!

    Satu Sekolah anyone? No? Shut-up then.

  2. Kita jua akan menggerakkan Bumiputera Sabah & Sarawak untuk mempertahankan Hak & kepentingan Bumiputera Sabah & Sarawak seperti yang terkandung dalam Artikel 153.

  3. Bro,
    Congratulations, fair report of the event. I was there unfortunately I didn’t spot you. Maybe I wasn’t expecting you to be there today.

  4. M=Melayu
    C=Cina
    Ketua kampong= Pemimpin Melayu.

    Satu hari M pergi berehat bawah pokok di luar rumahnya.
    Tiba-tiba seorang C datang jumpa M.
    C kata pada M : “saya dengar you punya paip dapur ada rosak, saya mau kasi bikin”.
    M kata : “Eh tak payah, baru saja rosak, tak penting sangat, tak ok pun tak apa.”
    C kuat memujuk (lebih berciri memaksa).
    M akhirnya membenarkan C masuk rumah dan membetulkan paip.
    M kesian pada C pun ada sebab dia tahu C sebatang kara datang jauh dari negara Cina.
    M tak tengok apa yang C buat, dia berehat di ruang tamu, dia mudah percaya.
    Bila agak lama, C tak keluar-keluar.
    M masuk ke dapur dan berjumpa C.
    C sedang berehat sambil hisap cerut.
    Bila C nampak M, dia kata : “paip saya sudah bikin ok, cantik.”
    C menambah kata : “Kalau saya tak bikin, lu punya rumah mesti teruk punya.”
    M diam saja. Dia tanya C : “Berapa ni harga ?”
    C jawab : “Eh tak payah bayar”.
    C tambah kata : “saya suka lu punya dapur. saya pun sudah bikin lu punya dapur. Lu tak payah bayar, lu kasi saja saya tinggal dalam lu punya dapur.”
    M kata : “Eh mana boleh itu macam.”
    C kata : “Lu mesti kasi saya tinggal sini. kalau tak, you olang bukan kenang budi. Lu jahat punya olang”.
    M marah dalam hati, tapi tak kuasa nak lawan cakap C.
    M benarkan C duduk dalam satu bilik sebelah dapur.
    Dari tahun ketahun, C yang ringan tangan, suka betulkan rumah M dari satu bahagian ke satu bahagian.
    Setiap kali dia betulkan satu bahagian, dia mahu dia diberi kebebasan lebih luas di rumah M.
    M berjumpa ketua kampong mengadu hal itu.
    Ketua kampong beritahu M : “tak apalah, dia dah banyak berbakti kat rumah kau, berilah dia kebebasan, dia pun dah anggap rumah kau macam rumah dia sendiri, lagi pun dia dah lama kat rumah kau, kalau tak ada dia tentu rumah kau tak secantik sekarang. Senang cakap, kau ni bodoh”.
    M terpinga-pinga dengan kata-kata ketua kampong.
    Hilang rasanya tempat dia mengadu.
    Menangislah M tak berlagu.
    M jumpa peguam.
    C pun jumpa peguam.
    Atas prinsip XXX, hakim benarkan C tinggal di rumah M, malah hakim beri lebih kuasa kepada C dalam rumah M.

    dari : http:orang–biasa.blogspot.com

  5. Biggie,

    I hope this speech unravels a lot of issues for the Perjuangan Agenda Melayu.

    All Malays should take serious heed of the things that Tun said & it shall be amanat that all the drive of Malay nationalism shall be there on. All those who contributed to the division of Bangsa Melayu should think really hard.

    It was UMNO who got all (or almost all the Malays) united to go against Malayan Union. And they were very successful. PAS was formed by dissidents who were UMNO rebels, who were selfish. This itself is unIslamic.

    PAS opposed the Kemerdekaan process driven by UMNO. Again, this proves that PAS is unIslamic!

    No longer need to elaborate on PKR. It was & still is about by a power-crazy American-Jewish stooge, whose agenda to be in power is to break the Malay unity.

    UMNO was divided once when Ku Li lost the 1987 race. Then again by Anwar in 1998. The difference: When Ku Li lost & later formed Semangat 46, UMNO was split. But Malay unity remained strong. When Anwar was sacked by UMNO in 1998, UMNO remained intact. But the Bangsa Melayu was divided!

    Bersatu teguh, bercerai roboh. Certain Bangsa Melayu is heading to the roboh with this perpecahan.

    Bangsa Melayu must be awakened by this amanat. No two ways about the survival of Bangsa Melayu!

  6. […] This post was mentioned on Twitter by Melayu Malaysia, azeeza. azeeza said: Tun Dr. Mahathir: Hak kita tetap hak kita « BigDog.: http://bit.ly/bAmyXA … ada beruk hitam tak moh hak dia… #fb […]

  7. Bro
    This is Malaysia lah.

    Try taking the Kelantan event to Sabah and Sarawak and you can be assured of more shoes than what a former US President got.

    For heaven’s sake graduate a bit lah to say such pieces for ALL Bumiputras (including those Muslim n non-Muslim ones in East Malaysia).

    Looks like many frogs are still under the shell and not aware that its more that 47 years since Malaysia was formed, embracing the East Malaysian original folks as Bumiputras along with the Malays.

    If the movement by PERKASA was for the Bumis. he should test the waters in East Malaysia as well.

    But he dare not do such things?

    Even Mahathir does not seem to be keen to travel to East Malaysia for such crusades?

    Why?

    • Because hindraf and dong zong and suqiu were all born in west Malaysia.

      param, get this into your THICK skull, PERKASA was a reaction, a response to all those racist organisations that DARE to question what is spelt out in the constitution.

      PERKASA is a vocal reminder to all ignoramus and ingrates like yourself of what the Malaysian constitution is all about.

      Don’t try to exploit this and hope to divide and split the Malays and the Bumiputras. The church tried with the kalimah ALLAH issue.

      Perhaps it is time to fully utilise the seditions act against cheap opportunists.

      • Split the Malays and Bumiputeras? So far as I can see Article 153 is only used by the Malaya Malays. The Bumiputera in Sabah & Sarawak has been discriminated and disfranchised for the last 47 years. It is only this year the Malaysia Day is recognised as holiday yet gomen mass media still shows 53 years of independence instead of 47. What give?

    • Parameswara,

      Tun Dr Mahathir Mohamad would go anywhere and honour invitations, where ever there is an invite. His last few rounds were in Johor, Kedah, Terengganu and now Kelantan. If there is none, then how to go and speak on these matters in Sabah or Sarawak?

      There is PERKASA Sabah Branch. Did this branch ever invited Tun Dr Mahathir to speak and grace their do?

      • If Mahathir is convince about his stand, he does not need an open invitation just to speak. So why not just come to Sabah and speak his mind? Perhaps the number of people coming may even exceed those in Kelantan. He has build up strong support here from neighboring country.

      • Then Mr Sabah Nationalist, please take the initiative and organise an event somewhere in Sabah. Please extend the invite for Tun Dr Mahathir Mohamad to address this event.

        Please do it quickly.

      • Nice one Sabah Sifu. Obviously Big Dog could not figure out what a backhand compliment is.
        Mukhriz boys are so dumb

  8. Saya dan rakan rakan dari Kedah tiba di Pasir Mas pada jam 2.30 petang,jalan raya di Pekan Pasir Mas telah mula menghadapi kesesakan yang serupa diKuala Lumpur.Puluhan ribu manusia rakyat Marhain telah membanjiri kawasan STESEN KERETA API TANAH MELAYU,suasananya macam zamman kebangkitan MELAYU menentang MALAYAN UNION dan lebih kurang macam HIMPUNAN SEMARAK pada tahun lapan puluhan semasa YBHG Tun menjadi Perdana Menteri.

    Saya amat berharap momentum ini diteruskan disemua Negeri didalam Negara termasuk Sabah dan Sarawak.

    PERKASA ,AGI IDUP AGI LAWAN ! WHO DARES WIN !

  9. Menilai kapada gambar,begitu tersentoh persaan dan seram bulu roma kerana semangat yang ditunjokan olih mereka-mereka yang berhimpon dalam majlis Perkasa di kelantan.
    Dharap Perkasa jangan lari dari matalamat perjuanganya dan lupa akan sokongan dan harapan orang Melayu .
    Seperti kata Tun Mahatir,Melayu mudah lupa !.

    1sekolah>1bahasa>1Malaysia.

  10. He has the option to retire with his name being held high by all Malaysian due to his oustanding track record as one of the greatest PM, leading Malaysia as to where it is now.

    But, he has really suprised all of us as it seems that he is willingly to let this fame go away of his sight, without having any second thought, other races may misunderstood his view which in turn could tarnish his good reputation.

    I have lots of respect to him for this, it is all not just because of who he is or he was, but the brain that he is still having with him as well, and the way he is using his brain for a good cause, for the brighter Malaysia which obviously he couldnt care less.

    • contrary to your nickname, sir you really don’t think that well…
      try harder ok!

    • Hey thinker, emote rather than think.

      Tun Dr M truly does not care what people think of him. What is uppermost in his heart is to do RIGHT by his people, his religion and his nation.

      He will go on doing RIGHT regardless of the backlash to his reputation.

      As long as his conscience is clear, everything is alright. He believes in “The means justify the Ends” unlike his neighbour who believes “The Ends justify the Means”.

      He cares for the brighter Malaysia, which to him, means taking good care of the majority and the poor – which happens to be the Malay/Bumiputra.

      The playing field is NOT level yet although the non-Malays want to insist it is. I suspect the non-Malays are realising that once the playing field is TRULY level, they would not be able to compete. So they want to maintain their headstart at all costs.

      This includes rubbishing the constitution and shouting meritocracy and transparency all the time. Extreme meritocracy is inhumane coz they give very little regard to the weak – the poor, the elderly, the children, the handicapped etc.

      So think about it.

      • “He cares for the brighter Malaysia, which to him, means taking good care of the majority and the poor – which happens to be the Malay/Bumiputra.” correction please, he only care about making use of Malaya Malay. Sabah & Sarawak he has been using it as his personal saving account.

  11. […] Tun Dr. Mahathir: Hak kita tetap hak kita […]

  12. PERKASA is only playing the games that’s been played all this while by Suqui, Dong Zhong and Hindraf.With their own set of rules !!

    This NGOs teams is always on the winning strikes against their common opponents ,the un-organize, disarray teams that they used to thrash easily..and they got carried away with the winning.

    Out of a sudden this losing team’s felt that they too hafta buck up..fast. Thus they make themselves, just abit organize into a “team” that to be reckon with.

    This ‘new team on the block ‘ hafta to make their presence felt in the playing field. The playing field and the game’s that are used to be dominated by the team such as Suqui, Dong Zhong, Hindraf and few of the others..!!

    The new team “PERKASA” played the game’s that their opponents used to win.And they are spoilt by the winning. Even a “draw” seem to be a disaster to their hard core fans or the die-hard supporters.!!

    Those fans and supporters of the PERKASA opponent…didn’t saw it coming. Or they simply wanna to change the rules of the game’s to their advantage. Well that remain to be seen !!

    Further more PERKASA Team comprised themselves with certain personalities of a “no-hold bar” kind of.!! Some of them are made to lead this “new team on the block’s”..!! And they too are a seasoned player at it thou..!!

    Come on fellas…be a sport..!! After all it’s only a game..what..!! Some time you win and some time you lose. In this game’s the winner didn’t win it all and the loser will certainly won’t lose all too..!!

    Should I relate it to the mother nature kinda thing…high tides low tides. What’s goes around will come around too , kind of. Well save it for some other time….TQ.!!!

  13. […] jelas tidak peka kepada isu yang menyelubungi mengenai liputan media yang diberikan kepada PERKASA. NGO Melayu tersebut ujud kerana isu isu mengenai orang Melayu seolah olah tidak lagi dipedulikan dan sebaliknya, suara suara datang dari Bukan Melayu dan Melayu […]

  14. Sabah Sifu

    I sense your “neglected kid syndrome” in most of your postings. Were you pining for Tun Dr M to take you into his embrace along with the West Malaysians?

    • Heaven forbid, I would not even want to fall into his shadows. I am playing to awakening the Bumiputera in Sabah & Sarawak to their rights under Article 153 the same as the Malays in Malaya. So choose your answers carefully.

      • Then why oppose and negate Tun Dr Mahathir’s efforts to empower the Malays. He is not anti-Bumiputeras.

  15. […] talks and share his thoughts. The most recent which attracted a lot of nationwide attention was the call for the Malays to protect their rights, which was delivered in Pasir Mas. Three days ago he asked that new strategies are needed to ensure […]

  16. […] the Malays stood their ground, then it is ‘racism’. However when the Chinese Chauvinists like the DAP systematically […]


Leave a comment