Saiful sumpah muhabalah untuk selamatkan dunia Islam dari Anwar

Pembantu Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim yang membuat laporan Polis pada 28 Jun 2008 mendakwa diliwat Bossnya itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan 23, petang ini bersumpah muhabalah dengan Al Quran dalam Masjid Wilayah Persekutuan dihadapan Imam Besar mengenai dakwaan Anwar meliwat beliau.

MStar online melaporkan:

Saiful bersumpah ‘mubahalah’ di Masjid Wilayah


15-08-2008 10:47:56 PM


Oleh G. MANIMARAN, ZIEMAN, SITI AZIRA ABD. AZIZ, ZANARIAH ABD. MUTALIB dan LEE YAN XIU

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.

Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, ‘Uncle Pet’, beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.

Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara ‘bermubahalah’ dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

“Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

*********************************

Kejujuran Saiful untuk berbuat sumpah sedemekian adalah demonstrasi jelas bahawa beliau ingin membuktikan bahawa beliau di’aniaya’ Anwar untuk melakukan hubungan seksual luar tabii.

Saiful telah menunjukan keberanian yang luar biasa, menyerahkan kepada Allah s.w.t. agar menjatuhkan bala dan laknat sekiranya dakwaan dan pengakuan sumpah muhaballah ini palsu dan sengaja dilakukan dengan tujuan menganiaya Anwar.

Ini bukan pertama kali Anwar terlibat dalam perbuatan jijik ini. Beliau pernah disabitkan dengan jenayah melakukan hubungan seksual luar tabii bawah Kanun Keseksaan Seksyen 377B oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 April 2001. Walaubagaimanapun, pada 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan membatalkan hukuman tersebut, kerana isu teknikal. Namun begitu, Mahkamah bersetuju bahawa Anwar terlibat meliwat Azizan Abu Bakar.

Sebahagian dari sedutan penghakiman Hakim Mahkamah Persekutuan:

The Federal Court on September 2, 2004, by a majority decision of 2:1 acquitted Anwar on the charge of committing carnal intercourse against the order of nature – sodomy.

He was acquitted essentially on the grounds that it was unsafe to convict him mainly on the evidence of the complainant, one Azizan who the court held was an accomplice and therefore his evidence must be corroborated by other witnesses that he was sodomised on the dates that he complained of.

However, it is interesting to note that the majority decision of the Federal made a finding that:

“The testimonies of one Dr. Mohd Fadzil and one Tun Haniff and the conduct of the first Appellant (ie Anwar) confirmed the appellants’ involvement in homosexual activities. However such evidence did not corroborate Azizan’s story that the appellants sodomised him on the date, time and place specified in the charge.”

Additionally, the majority also held:

“even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt.”

However, we should note the minority opinion:

“It will be too high a standard to require that in sexual offences no case can be made out if it is solely on the evidence of a complainant or a participant to the act. At the end of the day it is the credibility of the witness that matters and in these appeals, the learned judge correctly appreciated that position.”

Perbuatan Saiful ini wajar disanjung kerana tabiat Anwar cenderung melakukan hubungan seksual diluar tabii wajar diketahui dunia. Ini kerana Anwar bukanlah seorang insan yang layak menjadi pemimpin kerana tergamak melakukan sifat jijik.

Disamping itu, Anwar yang begitu bercita cita besar mengambil alih sebagai Perdana Menteri Malaysia semenjak Barisan Alternatif (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) menang luar biasa besar pada Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan menyaksikan BN buat pertama kalinya gagal mempertahankan kedudukan tradisi menguasai 2/3 Dewan Rakyat.

Saiful sebenarnya berjaya menghalang dari Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia dan lantas pemimpin sebuah negara Islam yang paling lantang memperjuangkan isu isu umat Islam sejagat dipersada global, termasuk membidas Amerika Syarikat atas isu isu seperti penjajahan dan jenayah kemanusiaan di Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Lubnan dan bakal akan menjelang, Iran. Anwar yang telah terbukti mempunyai hubungan luar biasa akrab dengan Yahudi Neo Conservative Barat, terutama Amerka Syarikat termasuk Kerajaan, telah dibuktikan Anwar mendapat sokongan kuat yang mendalangi segala usaha menindas dan mengenai umat Islam diperingkat antarabangsa. Perhatian khas media Barat, termasuk Israel atas perkembangan Anwar juga perlu diwaspada secara serious.

Landskap dunia Islam akan berubah sekiranya pemimpin seperti Anwar berjaya diangkat sebagai Ketua Eksekutif negara Islam paling berpengaruh dalam dunia moden ini. Kedudukan sebagai pemimpin Malaysia akan digunakan sebagai alat untuk Barat menguasai seluruh negara negara Islam yang menyanjung Malaysia sebagai negara Islam yang dianggap sebagai ‘ketua’ kepada masyarakat Islam dunia, terutama dari sudut hubungan antarabangsa dan diplomasi, pembangunan ekonomi dan teknologi serta peranan sebagai pencetus isu isu sejagat.

Maka akan bermula babak baru, sandiwara lama, terutama selepas pencalonan Pilihanraya Kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh besok, 16 Ogos 2008, setelah Presiden PKR mengosongkan kerusi yang membawa kedudukan sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, baru baru ini.

Published in: on August 16, 2008 at 02:34  Comments (54)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/08/16/saiful-sumpah-muhabalah-untuk-selamatkan-dunia-islam-dari-anwar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

54 CommentsLeave a comment

  1. KEADAAN MENJADI SEMAKIN GAWAT DAN HARU.BANYAKNYA ORANG JAHIL DALAM AGAMA DAN BERMAIN DENGAN AGAMA.SEPATUTNYA ISU INI DIBAWA KE MAHKAMAH SYARIAH KERANA MENGIKUT KAEDAH PENDAKWAAN DALAM ISLAM ORANG YANG MENDAKWA PERLU MEMDATANGKAN BUKTI DAN ORANG YANG DITUDUH PULA PERLU BERSUMPAH MENAFIKANNYA.KINI YANG MENDAKWA PULA BERSUMPAH.BANGANG KALAU DAH TAK MENGAJI DAN ADA AGENDA SEBALIKNYA.BUKANKAH KEBANYAKKAN MUFTI DAN ULAMA MENCADANGKAN AGAR DIBUAT PERTUDUHAN DIMAHKAMAH KERANA IA TUDUHAN MELIBATKAN JENAYAH SYARIAH.KALAU MACAM TU SENANG DAN MENGUNTUNGKAN ORANG YANG MELAKUKANNYA BAIK DI ZAMAN NABI MAUPUN DI ZAMAN KITA NI.ASAL MELIBATKAN JENAYAH SYARIAH …SUMPAH.KAH!KAH!CUBA HURAIKAN التبينة على المدعي واليمين على من أنكر .PEWARIS MELAYU,PEWARIS MELAYU KESIAN

  2. …hmmm…bila nak kena laknat?…tunggu dan lihat!

  3. Ya Allah ya tuhanku…lindungi kami dari fitnah akhir zaman. Lindungi kami dari kemarahan dan laknat Mu ya Allah akibat dari sumpah palsu yang telah dan akan dibuat atas namaMU ya Allah!

    Amin Ya Rabbal alamin.

  4. Bagaimana dengan penemuan hakim2 terdahulu spt yg digariskan oleh empunya blog?

    Rakyat nak tahu juga pendirian parti-parti dalam PR, pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yg berminat dengan apa yg digariskan itu.

    Ini kerana ramai juga penyokong atau yg simpati dengan PKR menganggap kalau ya pun, ini soal peribadi; bukannya membawa mudarat kepada negara.

    Blehkah orang-orang atau pertubuhan Islam dlm negara ini atau diluar mengambil penderian sedemikian sedangkan empunya blog juga telah sentuh tentang keintiman AI dengan Setan Besar?

    Kalau tak senang dengan laman web ini, layarilah laman-laman web lain tentang isu yang sama.

  5. saya rasa ada baik tengok dulu sebelum mufti2 lain bercelaru fikiran pasal apa kome pulak jatuh kan hukum ada sebaik nya kita tengok dan lihat ini masalah bukan kita yang menghukum tetapi sebaik nya kita patut lihat siapa yg bakal terima azab

    ini yg saya dapat dari rakan dari masjid

  6. Ya Allah…

    Kau kasihanilah hamba2 mu yang teraniaya..

    Kau berilah pertolongan kepada mereka..

    Kau berilah kekuatan kepada mereka..

    Kau bantulah perjuangan mereka..

    Ya wadud..

    Ya Qadhial hajat..

    Kau berilah petunjuk kepada insan yang menzalimi hamba Mu..

    Kau tunjuk kn lh kebenaran..

    dalam usaha menegak kan

    yang HAK..dan yang BATIL..Ya Allah..

    Hamba berserah kepada Mu..

    Amin…

  7. melihat pada komen2 sini, ternyata penyokong parti yang kononya memperjuangkan Islam, tidak yakin dengan Kaedah Islam itu sendiri, lebih lebih lagi pabila bergabung dengan parti yang berfahaman “ananisme, Marxisisme”.

    Saiful sudah mengotakan janji

    Anuar masih berdolak dalik

    Penyokong Brader A.B.I makin meraban

    Allah maha adil ..

  8. ‘POLITIK2’
    ‘NAK KATA PONG DOK KENA’

    DITELAN MATI MAK, DILUAH MATI BAPAK.
    KORANG NI, MAIN CARA POLITIK YANG BETUL2 LAH.

    ‘PENING BETUL NEGOKNYA’ 🙂

    KOMEN TERAKHIR SAYA..
    NAK JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA. (( ‘POYO’ BETUL 😉 ))

    LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

  9. Racism to Satanism

    1. If anyone thinks as a Malaysian at heart you will never support any of the current political parties who speaks only about championing or protecting their own race and religious interests. Whether it comes from UMNO, PAS, MCA, MIC, PKR, Gerakan, HINDRAF, PBS, DAP, PPP or whatever new name, it’s called racism and whoever supports that party is called a racist. It is no different from apartheid. It dirties and poisons your soul.

    2. Those who are racists but speak with a fork tongue (Jeyklls), hiding it behind other causes like religion, meritocracy, education, poverty, social reengineering, ethnic rights etc are even worse than self declared racists and can only fit into the category of Satans.

    3. Malaysian racists and the MSN have corrupted the following words which meant differently in other countries example – nationalism, patriotism, royalists, freedom, liberty, corruption, democracy, humanity etc.

    4. Power, Greed, Selfishness and Racism rule in Malaysia and now we include Satanism.

    (Versi Bahasa Melayu)
    Sifat Perkauman kepada sifat Setan(Syaitan)

    1. Jika sesiapa memikir sebagai rakyat Malaysia di hati, anda tidak akan menyokong parti-parti politik sekarang yang cuma bercakap tentang ketuanan atau pembelaan bangsa dan kepercayaan ugama mereka sendiri. Samada ia datang daripada UMNO, PAS, MCA, MIC, Gerakan, HINDRAF, PBS, DAP, PPP atau sebarang nama baru, itulah maksud perkauman dan sesiapa yang menyokong parti tersebut dipanggil seorang rasis. Ia tidak berbedza sangat dengan aparteid. Ia mencemarkan dan meracuni jiwa anda.

    2. Mereka yang rasis tetapi bercakap dengan lidah bercabang (Jeyklls) dengan menyembunyikan di belakang alasan ugama, meritokrasi, pendidikan, kemiskinan, kerombakkan social, kepentingan pribumi dsbnya adalah lebih teruk dari seorang rasis yang diketahui umum dan harus dikategorikan sebagai Setan.

    3. Rakyat Malaysia yang rasis dan MSN telah mencemarkan perkataan-perkataan yang memberi maksud lain di negara-negara asing seperti – nasionalisme, patriotisme, penyokong Raja, kebebasan, kemerdekaan, korupsi, demokrasi, perikemanusiaan dsbnya.

    4. Kuasa, Tamak, Kepentingan diri dan Sifat Perkauman bermaharajalela di Malaysia dan sekarang kita memasukkan Sifat Setan.

    http://patek1472.wordpress.com

  10. Untuk Saari saya ingin mengingatkan manusia biar buta matanya dari buta hatinya.Saiful bukan buat tuduhan tetapi menjadi mangsa.Disisni sahaja Saari sudah buat silap.Macammana nak cakap pasal ugama.Masakan Saari lebih bijak dari mufti mengenai Ilmu ugama.Kalau semua mangsa rogol memerlukan empat saksi susahlah nak jadi kes.Untunglah perogol.Kalau dah taksub inilah masaalahnya.Mufti Perlis mencadangkan dan setuju dengan tindakan Saiful tetapi Saari ini siapa untuk menidaknya.Buka kitab baca balik baru barcakap.Maaf ya!

    • “Kalau semua mangsa rogol memerlukan empat saksi susahlah nak jadi kes.Untunglah perogol.Kalau dah taksub inilah masaalahnya”. i don’t get you.do you learn hudud?,qisas,?sumpah muhabalah,?sumpah?,li’an?,saksi,?qazaf,?bukti?..ni kes x tau (jahil) or memper’ayam’kan hukum? the most important thing about islam is ‘islam is moderate’. x menyusahkan penganutnya.please,dont ever make fun with hududullah.

  11. Nik Aziz dan Haji Hadi hanya orang politik berugama islam.Mereka bukan cendikiawan islam maka mereka sendiri pun tak berhak bercakap tentang hukum hakam ugama.Mereka hanya ahli politik yang mempunyai kepentigan.Hari ini cakap lain esok cakap lain.Dasar cakap orang politik bukan ulamak.Minta maaf!

    • ehem2..they are ‘tuan guru’.think!

  12. Nice headline, bigdoggy.
    Dunia Islam Hadhari?

  13. Saya rasa elok juga kalau Saiful itu bersumpah yang dia tidak menerima apa2 kewangan atau hadiah dari golongan tertentu. Juga dia bersumpah bahawa dia tidak melakukan sumpah nya itu untuk tujuan politik, kerana timing sumpahnya betul2 sebelum hari penamaan calon. Juga elok kalau dia bersumpah bahawa dia adalah penakut lebih takut lagi dari perempuan, kerana tak berani melawan orang tua yang meliwatnya.

    Jadi kalau kita ikut cara sumpah ini, sumpahnya tak habis-habis. Banyak persoalan yang tak selesai. Malah kita meragui motif Saiful ni, kalau dia bersumpah dengan tidak menyeluruh.

    Juga dalam sumpah nya itu tidak pula mengatakan yang dia liwat secara paksa. Jadi pada pandangan saya
    kalau dia menuduh orang lain meliwat dirinya bukan secara paksa, maka dia kena bawa 4 saksi.

  14. Sumpah Saiful tindakan bodoh
    Posted by Super Admin Saturday, 16 August 2008 13:52
    (Harakah) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.
    Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama. “Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.
    Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina. Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.
    Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina. (Saiful itu “isteri” Anwar ke???). Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.
    Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik. “Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon. “Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.
    Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah. “Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. “Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah,” katanya lagi.
    Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar. Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin. “Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada,” ujarnya lagi.
    Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil. “Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya. Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.
    Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian. (Cis, nak jadi murtad ke ikut cara orang kristian?)

  15. written by ez24get, August 16, 2008 | 13:43:59

    Saiful, inspite of swearing by the Quran, had clearly lied on the following:

    1. He said this was the first time he was sodomised. He had lodged a police report earlier stating that there were 7-8 occasions which he had been sodomised.

    2. He was asked by a reporter to explain how the timing was so close to nomination date for the Permatang Pauh by-election which he replied that it is all a coincidence and that he did not know that Anwar is going to contest. It was all in the papers that Anwar was going to contest in either Kulim, Permatang Pauh or Selangor(MB’s constituency) only that the place has not been fixed. He even wish Anwar good luck in contesting the polls in his website.

    3. He said that the act was non-consensual. When it was non-consensual, why did he allow himself to be sodomised not once or twice but 7-8 times in various places and countries? Being younger and bigger size, why didn’t he fight off his sodomiser?

    4. He avoided all questions on Najib.

    5. He had all the time in the world to swear on the Quran but he sweared on the eve of Anwar’s nomination and this is a coincidence? Who in his right frame of mind would have believed that this is a coincidence!

    6. He said it was the first time that he had encountered sodomy. His body language showed that he is not even traumatised a wee bit, shy or shameful of being sodomised. Any normal person being sodomised the first time would have exhibited shyness, regret or traumatised. His casual body language on sodomy also showed that it was really not a big deal and somewhat he was experienced in this sort of thing. Instead, he showed he is more concerned whether he had read his text correctly.

  16. Tiada guna nya kita hendak bertelagah sama ada benar atau tidak kes Liwat sebab akhirnya Hakim juga yg beritahu VERDICT!!!!

  17. apa yang dikatakan ustaz Abdul hadi awang ada benarnya..secara logik, setiap pengakuan dan tuduhan mesti bersaksikan adil dan saksama. saksi yang tidak adil akan memecah belahkan pelbagai pihak. saksi inilah yang dilaknati andai hanya bersaksikan palsu semata-mata. pengakuan bersumpah bersama lafaz-lafaz yang sebegitu rupa memanglah mudah dilafazkan sekiranya tidak bersalah atau sebaliknya. namun ianya juga tidak boleh dipermainkan dalam hal dalam politik dan dalam perkara lain kerana kita kesucian agama janganlah sesekali disalahguna.kesannya bukanlah sekarang. tapi akan tiba masanya nanti.andai pengakuan adlah benar, maka selamatlah, andai tidak, hanya allah s.w.t yang tahu.bertaubatlah andai tiada kebenaran sebelum terlambat dan allah s.w.t tidak menerima lagi taubat. fahamilah pengertian ini, kesan akan tiba masanya pada yang berkenaan. renungkanlah kesan kepada individu pada kes yang lalu. ingatlah, menganiaya insan lain, untuk kedudukan dan wang ringgit, tidak bertahan lama. dan sedarlah wan ringgit, kedudukan, politik tidak akan dibawa bersama ke penghjung dunia. malah apa yang dilakukan dengan semua itu akan dihitung. selamatkan islam, permudahkanlah segala urusan. bersamalah kita berdoa,agar allah s.w.t membantu kita semua menyelesaikan hal yang sebegini rupa dan semoga allah s.w.t mengampuni siapa antara mereka yang berdusta dan semoga rasullullah s.a.w menerima kita dan mereka-mereka ini umatnya, kerana beliau adalah pesuruh allah s.w.t.

    saya berharap, mahkamah akan menentukan kes ini dengan adil dan tiada bersifat dengan pengaruh lain, dan bersamalah berdoa dan berusaha untuk menyelesaikan kes ini dengan adil tidak kira siapa orangnya.

  18. Biggy,

    Put the liwat thing aside, IF the country will be better off under Anwar’s leadership, I would say WHY NOT.

    However, with things that are happening now, PR coalition will not last long.

    PAS members have already expressed their frustration after being treated as third class citizen.

    PKR MPs like Mr Burne are mostly “bidan terjun”, they cannot contribute much during crisis and desperation.

    DAP, using PKR as proxy, are now busy challenging the status quo of the malays and Anwar did nothing.

    So can we have political stability after considering all these possibilities, I guess we end up with anarchy.

    Thanks.

    How would the country be better under Anwar?

    He is a liar, ‘Drama King’, supports militant extremist chauvinistic people like HINDRAF, best friends with the Jewish Neo Con of the West, his economic policy of 1997-8 financial crisis almost sold us out to the West etc etc etc.

    Anwar incited the students to go on a national fury and rage tempo back in 1974 for reasons still unable to be substantiated. When he was made the Deputy Minister in PM’s Department, Minister of Youth and Culture, Minister of Agriculture, Minister of Education, Minister of Finance, Deputy Prime Minister, et al, since 1982, Anwar DID NOT do one single tiny weeny thing for the people of Baling!

    Pls tell me again, how things would be better under Anwar????

  19. What a shameful show by them.
    (son and father……..///).

  20. Only UMNO can successfully help Malaysia, because only UMNO will destroy Malaysia to the point that race and religon will not matter. Hidup UMNO!

  21. For one who grabs at Statutoryy Declarations as absolute truths, Anwar seems afraid of Muhaballah.
    Both are sworn testimonies, one in front of man, the other with his god.
    So Anwar, this is the time we need you to have balls of steel and show Badawi you are not afraid.

  22. Bigdoggy, since you hate Anwar so much you are willing to praise Abdullah and Najib.

    Might as well say Anwar just fucked his own mother too much, didn’t he, bd?

  23. Akhirnya ada hamba Allah berani bersumpah!!

    Seruan saya:
    Diharap rakyat Malaysia menolak bala yang bakal menimpa di Malaysia akibat perlantikan seseorang pemimpin yang telah terbukti melakukan liwat!!

    Seperti yang telah berlaku di Sabah, angkara ribut Greg yang telah memunsahkan satu perkampungan yang berlakunya maksiat!!

    Seperti mana telah berlaku Tsunami di Sumatera, angkara parti bebas sex pada malam krismas di pantai Aceh!

    Harapan saya agar kita mencari jalan agar kehidupan kita tidak dibelenggui oleh bala dan kemurkaan Allah, antaranya kita hendaklah menolak pemimpin yang tidak bermoral dan melakukan liwat! Mahukan rakyat Malaysia mendapat bala seperti mana zaman dulu, iaitu kaum nabi lut?? Mahukan kemusnahan kota sodom berlaku di Malaysia, yang mana terletaknya laut mati sekarang?

    Tentunya tidak, bagi majoriti rakyat Malaysia.

    • terbukti anwar meliwat?ni kes bila hah?saya macam pernah dengar.kalau yang heboh dia liwat saiful, yang tu tak terbukti pun kan?boleh tak cerita sikit?saya tanya ni, sebab awak macam tahu sangat je kes tu.please.i’m eager to know.very,very.
      -yang tak tau tanya yang tau

  24. Hadi kata Mufti Perlis orang yang tak tau Islam..

    Tak tau la sapa lebih Islam sekarang??
    Pening la…

    Pada pandangan akula, Si Saiful tu cuma nak memberatkan tuduhan liwat kepada Anwar. Seharusnya Anwar harus meringankan tuduhan berkenaan dengan bersumpah jugak..

    Aku tak mau komen kenapa, mengapa, macammana orang macam Saiful kena liwat 7-8 kali tapi tak melawan.. tapi bagi aku semua benda tak mustahil dalam dunia ni..

    Walaupun ada laporan perubatan mengatakan Saiful tak diliwat.. aku tak nak ambik pot sangat pasal pernah aku sendiri pergi ke klinik pasal demam tapi kemudian doktor klinik pula kata aku takdebenda.

    Sekarang ni Malaysia dah tunggang-langgang.. Melayu sama melayu dah berpecah-pecah.. bangsa lain tepuk tangan ajer…

  25. Syabas saiful tunaikan janji
    Sumpah di masjid bersaksi
    Gelagat anwar telah fahami
    Sumpah saiful diumpatkeji

    Menang PRK, anwar ingini
    Menjadi AP gantikan isteri
    Tidak semudah tukar ganti
    lakonan anwar kena halangi

    Sejarah anwar jika hayati
    Sumpah saiful amat yakini
    Gelagat anwar, untuk nafi
    Sokong anwar rosakan diri

  26. Ya Allah! Ya Rabbal alamin
    Selamatkan agamaku ini dari angkara mereka yang mempersendakan agama,
    Selamatkan negaraku ini dari malapetaka dan bencana,
    Selamatkan bangsaku ini dari diumpat dan dicela,
    SELAMATKAH aku ini kalau disekeliling ku ini punya rasa dengki dan suka mencela?

  27. Nampak apa saja tindak tanduk berkaitan dakwaan liwat terhadap DSAI dianggap satu konspirasi! Nampaknya DSAI cuba menafikan hak2 orang lain yang sama untuk mencari jalan penyelesaian yang semakin kusut. Seperti DSAI ada hak begitu juga pihak yang lain punyai hak. Jangan asyik semua org terlibat dengan kospirasi aje. Dimana perjuangan yang dikatakan adil nak diperjuangkan DSAI. Bila dituduh konspirasi bila menuduh ianya satu yang benar. Kami ni dan yang lain mempunyai fikiran yang dapat membeza mana yang kami rasa adil dan tak adil.

  28. wahai TUAN SAARI. Kalau begitu kata tuan. Bagaimana pula bila kena tuduh aje. Kita kata ini satu konspirasi. Ape benda ni.. cakap kat satu dunia “Ini satu konspirasi Besar” Boleh macam tu. Apa yg org lain nak buktikan tak relevan. Awal-awal lagi dah set minda org. Apa dah…..SAARI. Bagi orang lain hak nak buktikan. Baru adil…..

  29. Masaalahnya yang menjahanamkan negara bukan siapa tapi penyokong Anwar juga.Masa Mahathir jadi PM pun dikata tak baik sekarang masa Pak Lah pun macam itu juga.Anwarlah yang paling baik,bijak dan alim konon.Anwar ni manusia yang paling banyak alasan macam orang yahudi.Inilah yang sebenarnya yang menjahanamkan negara Malaysia.

    • tapi memang la kalau tak baik,mesti kata tak baik kan. lepas dah cakap orang tak baik,mesti kena bagi alasan.so,what’s wrong.

  30. Salam,

    Pengakuan bersumpah oleh Saiful dilakukan sehari sebelum hari penamaan calon. Jadi apakah tujuannya selain daripada untuk mengaibkan Anwar, dan untuk menjejaskan peluang Anwar memenangi pilihan raya itu?

    Kita tahu Saiful ada bertemu dengan Najib sebelum dia membuat laporan polis. Pertemuan ini adalah sesuatu yang luar biasa. Jadi tidakkah mungkin tindakan Saiful membuat pengakuan bersumpah itu didalangi oleh orang tertentu?

    Jika demikian, pengakuan bersumpah itu bukankah pengakuan yang jujur, tapi ada muslihat dan kepentingan tertentu.

    Dalam hal ini jelas agama telah diperalatkan oleh orang tertentu dan dengan tujuan tertentu.

  31. Tahniah Bro di atas tulisan yang berani. Kita memperjuangkan perjuangan yang sama iaitu tidak mahu bertuankan pemimpin yang gay atau biseksual. Sya lebih rela bertuankan kaki perempuan daripada seorang lelaki yang minat kepada lelaki. Nauzubillahhiminzalik. Rasulullah SAW tidak mengaku umat, bagi orang yang menyerupai umat Nabi Lut. Begitu juga orang itu merupakan bara api di akhirat kelak bagi si munafik, nampak baik tetapi perangai Allah saja yang mengetahui. Anwar bin Ibrahim tidak akan bersumpah, kerana dia tahu sumpah itu akan memakan dirinya. Saya telah mentiapkan teks sumpah untuk dibaca olehnya di dalam posting blog saya yang terbaru. Maaf cakap, he has no balls!

    • he has no balls yaa..alahai…first,perlu ke dia bersumpah?dan saiful pun sebenarnya perlu ke bersumpah laknat.bicara kat mahkamah,sumpah kat masjid.hmm

  32. Big Dog..

    Actually I have stopped reading Malaysia Today but I was drawn to read an article on the sumpah thingy. i can say that i was shocked at the level of ignorance (in terms of Islam) displayed, both by the writer (rpk) and the commentators. what utter rubbish. i’m not a very religious person but i will never agree with what was being written. What RPK has done is increase the already distorted views of what our religion consists.

    and also whats all this b******s about conspiracy and the fact the sumpah was not according to hukum? For me its very simple. He has sworn on God’s name and accepted the fact that he would be cursed if he was telling a lie. Tak kisahlah suka sama suka ke, kena paksa ke, satu kali ke, banyak kali ke, kempen politik ke. Whats important is that it points out to the fact that our ex-DPM did the deed. Period.

    Totally agree

  33. Salam utk semua.
    Untuk menuduh saiful mempermainkan agama dengan bersumpah memang mudah. Bagaimana pula jika orang lain menuduh DSAI mempergunakan watak alim warak untuk mengaburi orang ramai. Seolah-olah DSAI ini terlalu alim untuk melakukan perkara tak baik. Bagi kami kalau orang tu alim dan warak dia tak menari sakan di atas pentas. Tengok Tok Guru Nik Aziz ada menari terkinjal di atas pentas. Tok Guru ni saya respect sekurang-kurangnya terserlah sifat yang elok pada dia. DSAI ‘I don’t so…. ‘ just pretend to be alim. Bagaimana you tahu sumapah saiful tak jujur. You ni siapa tuhan ke? Sebelum nak tuduh orang tak jujur bersihkan hati tu dulu. Wasaalam

    • i think the really obvios thing is, saiful dipermainkan orang. siapa orangnya, fikirlah sendiri. in good timing, got very2 strong back up..fuuh, statement berubah2 dan tak berapa logik.aduii.

  34. […] parti Islam ini amat signifikan kepada kempen Anwar. Ini kerana sedikit sebanyak, setelah pengakuan bersumpah laknat Saiful Bukhari Azlan diliwat Anwar di Masjid Wilayah minggu lepas telah mengurangkan sokongan orang Melayu sekitar Permatang Pauh bagi […]

  35. jgn salah faham ye umat islam semua. sejak kecil kita dipasakkan dgn kepercayaan bahawa bila bersumpah dgn memegang Quran dan lafaz bala jika kita bersalah, kita akan benar2 ditimpa bala jika berdusta. perkara ini sebenarnya tidak benar. ini adalah kepercayaan yg disebarkan oleh orientalis barat. Islam adalah agama yg sgt logik. perkara seperti dipanah kilat dll adalah di luar kebiasaan. perkara luar biasa hanya terjadi pada rasul dan wali2nya. dalam hal MUHABALAH. jgn keliru. perkara ini hanya dibenarkan dalam suatu pertuduhan zina antara suami isteri. kerana dalam sudut perundangan, suami tidak boleh menjadi plaintif atau defendan kepada isterinya, dan sebaliknya. oleh itu, adalah wajar perkara itu diputuskan dgn sumpah muhabalah. dalam kes anwar dan saiful. kedua2nya bukan suami-isteri. oleh itu tak terpakai. cara yg betul adalah menerusi perbicaraan yg adil dan telus, dengan pihak yang menuduh mengemukakan bukti yg sahih untuk dinafikan dgn kukuh dan mantap oleh tertuduh. jgn salah faham pula bila anwar ataupun saiful tak dijatuhkan bala slps bersumpah sbb islam itu adalah logikal akal. setiap benda yg berlaku mesti ada sebab dan musabab. wallahua’lam.

  36. Waulahualam bisawab.Siapa yang berbohong dan berdusta akan terimalah balasanNYA.

  37. hello piggy singh!

    Just because u’re pro to the oppo, u tend to swallow anything good or bad.

    To be a leader he must be good inside out bro. We can find thousands of Anuar out there.

    Be reasonable, get other than si ANU.

    If my father is a sodom.. obviously I’ll kick his but..

  38. klu iye pn kna liwat,jangan la bersumpah…
    bangsa lain pandang rendah pd agama aku,islam..
    bkn bersumpah terus dpt bukti..
    byk g cara lain nk bukti kn klu benar hang tu kena jubo…

  39. […] to campaign for party elections. Saiful Bukhary, who alleged Anwar sodomised him, went to swore on the Quran before an imam in a mosque. Noteable trial lawyer Muhammad Shafiee Abdullah sued Raja Petra and Malaysia Today, for lies. […]

  40. […] that he is actually someone who cannot deliver and fulfil his promises. On top of that, the sodomy trial just around the corner. This is typical of Jewish No-Con agent provocateur, who is fully backed by the Jewish controlled […]

  41. […] he was referring to Anwar “Second-time-sodomist” Ibrahim upcoming case. The victim, Saiful Bukhari Azlan went infront of the Kuala Lumpur Mosque Imam to swear in the name of Allah. s.w… holding an Al Quran last […]

  42. […] The same delay drama in the process to find the truth via the justice system is in play. The victim was very adamant of being victimized that he even swore in the name of Allah s.w.t. holding u…. On the other hand, Anwar refused to clear his name using the same method but instead went on the […]

  43. […] bagaimana Saiful sanggup bersumpah muhabalah menjunjung Al Quran dalam masjid dihadapan seorang imam berbanding Anwar jelas menunjukan keyakinan ‘Berani kerana benar’. […]

  44. […] seabagaimana dituduh “Bersumpah secara yang betul, dalam masjid dengan menjunjung Al Quran. Saiful dah buat (sumpah muhabalah). Jangan bersumpah diluar masjid sahaja”. Possibly related posts: (automatically […]

    • “Bersumpah secara yang betul, dalam masjid dengan menjunjung Al Quran.”betul ke?

  45. […] Ogos 2008, Mohd. Saiful Bukhari telah mengadakan sumpah Muhaballah dalam Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau telah diliwat berkali kali oleh Mat King Leather. […]

  46. […] past 30 months, two Muhaballah Swear have been made against Anwar. The first one was in August 2008 by onetime his own aide Mohd. Saiful Bukhari Azlan of being sodomised by the Adviser to PKR and de facto leader of the Opposition. The protest at the […]

  47. […] Sudah tiga tahun berlalu. Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan Polis diliwat Anwar “Mat King Leather” Ibrahim pada 28 Jun 2008, membuat sumpah muhaballah memegang Al Quran dihadapan seorang Imam dalam Masjid Wilayah. […]


Leave a comment