HINDRAF beri fakta salah dan berniat jahat untuk membangkitkan kemarahan etnik India

Apa yang diutarakan oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF) kunun kunun sebagai rakyat Malaysia keturunan India (majoritinya sub-etnik Tamil) bahawa mereka tinggal diMalaysia dalam keadaan serba kekurangan, ditindas, dibiarkan melarat dan merupakan kumpulan etnik paling daif dalam negara ini adalah dusta dan pembohongan berniat jahat semata mata.

Hakikatnya, ianya tidak sebagaimana yang sebenarnya. Pagi ini, Ahli Parlimen Gerik YB Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh membangkitkan dalam Dewan Rakyat semasa sessi soal jawab dan Timb. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Dato’ Zainal Abidin Osman menjelaskan bahawa pendapatan isi rumah rakyat Malaysia etnik India sebenarnya lebih tinggi dari pendapatan isirumah rakyat Malaysia keturunan Melayu.

Laporan Bernama.com:

 

03 Disember, 2007 14:48 PM

 

Pendapatan Isi Rumah Kaum India Lebih Baik Daripada Bumiputera 

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum India sebanyak RM3,456 adalah jauh lebih baik daripada kaum Bumiputera iaitu RM2,711, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari Isnin.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Zainal Abidin Osman berkata mengikut laporan Jabatan Perangkaan 2004, pendapatan isi rumah kaum India itu mencatatkan peningkatan berbanding RM2,702 pada tahun 1999.

Menjawab soalan Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik), katanya pendapatan bulanan kaum Cina ialah RM4,437.

“Peratus kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2004 ialah Bumiputera sebanyak 8.3 peratus, kaum India 2.9 peratus manakala kaum Cina 0.6 peratus,” katanya.

Zainal menggesa pihak tertentu berpegang kepada fakta dan tidak membiarkan emosi mempengaruhi mereka kerana jumlah pendapatan dan kadar kemiskinan kaum India itu jauh lebih baik berbanding kaum Melayu dan Bumiputera yang masih ketinggalan.

Katanya kerajaan telah mensasarkan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan negara daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 2.85 peratus pada tahun 2010 serta menghapuskan kemiskinan tegar sepenuhnya menjelang 2010.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mahadzir Md Khir (BN-Sungai Petani), beliau berkata kerajaan akan mengkaji semula definisi pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang seragam dan pragmatik untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak, berbanding sistem mengikut negeri pada masa sekarang.

“Kita dalam proses membuka Ladang-ladang Sejahtera di bawah projek Lonjakan Mega bermula di Pulau Banggi di Sabah, kemudiannya Perak, Pahang dan negeri-negeri lain agar golongan miskin tegar mendapat pembelaan,” katanya.

— BERNAMA

********************


Tegas Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pula dalam ucapan bulanan Jabatan Perdana Menteri diPerdana Putra, Putrajaya bahawa HINDRAF sebenarnya berniat jahat dan cuba menimbulkan kemarahan antara kaum etnik dan kekacauan, sehingga melibatkan keharmonian dan kestabilan antara kaum, fahaman ugama, pembangunan ekonomi dan sekaligus politik, tergugat.

 

03 Disember, 2007 10:53 AM

 

Kejayaan Pembangunan Negara Faktor Penting Tangkis Tohmahan Liar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili (kiri sekali) selepas perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan (kanan). Foto: Shaifuldin Ahmad

PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) — Kejayaan kerajaan membangunkan negara akan menjadi faktor penting dalam menangkis tohmahan liar kumpulan Hindu Right Action Force (Hindraf) yang berniat untuk menimbulkan kekacauan di dalam negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin.

Perdana Menteri berkata kejayaan pembangunan negara akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius dalam membangun dan memajukan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.

“Kejayaan membangunkan negara akan menjadi fakta penting kerana rakyat dapat melihat apa yang berlaku… kejayaan pembangunan negara merupakan fakta pengaruh paling kuat sekali bagi rakyat,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Perdana di sini.

Sehubungan itu, katanya sektor perkhidmatan awam mempunyai peranan dalam menentukan kejayaan pembangunan negara dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan sistem penyampaian kepada rakyat.

Kecekapan bukan sahaja dapat meningkatkan integriti perkhidmatan awam tetapi juga membawa kejayaan kepada usaha membangunkan negara, katanya.

Hindraf mengadakan demonstrasi haram di ibu negara baru-baru ini dan mendakwa antara lain kononnya kerajaan mengamalkan dasar pembersihan etnik serta pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum India di negara ini.

Abdullah berkata mereka yang waras tidak akan percaya kerajaan mengamalkan dasar tersebut.

Rakyat menghargai keamanan, ketenteraman dan kemajuan yang mereka nikmati di negara ini, katanya.

“Rakyat bukan bodoh, tak boleh diperbodohkan sampai 50 tahun,” katanya sambil menambah ramai yang tidak suka dengan perkembangan terbaru itu.

Perdana Menteri berkata usaha membangunkan negara akan diteruskan walaupun golongan miskin kini cuma tinggal 5.7 peratus dan kerajaan mensasarkan untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010.

Abdullah menyifatkan apa yang dilakukan oleh Hindraf sangat melampau dengan tuduhan palsu yang cukup liar serta menimbulkan kekacauan demi niat politik mereka yang sempit.

Beliau berkata ketika polis menjalankan tugas memastikan keamanan di negara ini, kerajaan tidak boleh biarkan dakyah palsu itu tersebar dalam kalangan rakyat.

Ini kerana ada juga golongan yang tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan lalu mereka memilih untuk bertindak mengikut emosi, kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata sementara polis mengambil tindakan menangani masalah berhubung ketenteraman awam dan keamanan, usaha membangunkan negara perlu diteruskan agar rakyat sendiri boleh melihat dan menilai usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.

— BERNAMA

**********

Fakta berkenaan pergaduhan antara kaum Kampung Medan enam tahun dahulu dijadikan modal HINDRAF sebagai menunjukan bahawa rakyat Malaysia keturunan etnik India diperlakukan ‘genosid mini’ (mini genocide) adalah pembohongan berniat jahat dan usaha memalukan Negara semata mata. Angka yang dipaparkan dalam surat kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown (15 November 2007) adalah 16 kali ganda melebihi dari jumlah sebenar. Sebab budaya dan amalan gangsterism yang kian menular dikalangan masyarakat etnik India dan khususnya sub-etnik Tamil ini tidak pula dirangkumkan bersama sebagai punca pergaduhan itu.

Dakwaan berkenaan ‘pembersihan etnik’ (ethnic cleansing) ini adalah pembohongan berniat jahat semata mata. Tiada kejadian seperti apa yang berlaku kepada kaum Yahudi semasa pemerintahan Nazi diJerman dan Eropah (1930-40an), puak Islam diBosnia dan Herzegovina dan Croatia dan tidak lama dahulu, antara Tutsis dan Hutu diRwanda dan terbaru sekali, dikhemah khemah pelarian diTebing Barat seperti Tulkarem dan Jenin, oleh Tentera Zionis Israel. Penduduk Melayu Malaysia tidak pernah melakukan sebagaimana pihak berkuasa Indonesia bertindak keatas penduduk keturunan Timor di Timor Timur. Penduduk majoriti Melayu Malaysia juga tidak pernah bertindak merampas kuasa apabila seorang etnik India dipilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihanraya, sebagaimana yang berlaku diFiji. Apakah memang begini sifat sub-etnik Tamil ini, untuk bersifat militan dan menimbulkan kekacauan dan keganasan apabila sebagai golongan minoriti tidak dapat apa yang mereka hajati? Sejarah telah menunjukan bahawa golongan minoriti etnik India ini pernah dinyah dari sesebuah negara.

Rakyat Malaysia berketurunan etnik India (majoritinya Tamil), yang rata rata berugama Hindu, bebas mengamalkan fahaman agama mereka. Contohnya, di Perak, walaupun orang orang Melayu-Islam merupakan 60% dari penduduk dan keturunan India kurang dari 10%, namun begitu hanya terdapat 600 buah masjid dan surau berbanding melebihi 2,000 kuil dan tempat beribadat Hindu seluruh negeri itu.

Dari data data rasmi, jumlah professional rakyat Malaysia etnik India sebenarnya tidak melambangkan komposisi peratusan mereka dalam masyarakat. Mereka yang merangkumi 8% dari jumlah warga Negara, sebenarnya menjadi 27% dari doktor perubatan, 18% dari doktor gigi, 25% dari doktor veterinar dan 24% dari pengamal guaman dalam Negara ini.

dscn2941.jpg

Rakyat Malaysia keturunan etnik India sebenarnya diberikan peluang samada dalam jawatan Kerajaan, termasuk jawatan tertinggi dan segala peluang dibuka dalam sektor perniagaan, perdagangan dan kommersial. Personaliti seperti Tan Sri G. Rama Iyer, Tan Sri Ramon Navaratnam dan Tan Sri Clifford F. Herbert menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah Kementerian iaitu Ketua Setiausaha. Mantan Duta Besar Malaysia ke Bonn, Tan Sri Dato’ Ajit Singh pernah menjadi Setiausaha Agung ASEAN (mewakili Malaysia) dan Dato’ Albert Tallala pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Washington D.C. dan Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) rakyat Malaysia pertama merupakan Laksmana Muda Tan Sri K. Thanabalasingam.

Dato’ J.J. Raj pernah menjawat sebagai Ketua Polis Negeri. Nama nama seperti Dato’ K. C. Vohrah, Dato’ V. C. George dan Dato’ Mahadev Shanker merupakan mereka yang menjadi Hakim Hakim Mahkamah Agung/Rayuan. Hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ S. Augustine Paul, Dato’ Gopal Sri Ram dan Dato’ N. Segara masih lagi dalam kedudukan tinggi Kehakiman.

Nama nama seperti Tan Sri T. Ananda Krishnan, Tan Sri Arumugam, Tan Sri G. Gnanalingam, Tan Sri Kishu Tirathrai, Dato’ K. L. Palaniapan dan Dato’ Kenneth Iswaran merupakan tokoh tokoh korporat yang sering berkumandang dibibir pengamal dan pemain pasaran modal dan kewangan Malaysia. AirAsia Bhd. kini diterajui oleh Dato’ Tony Fernandes manakala RAM Bhd., syarikat rating terkemuka Negara ini dipelupuri oleh Dato’ C. Rajandram. Dato’ K. S, Nallakarupan, orang kanan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan kini meninggalkan PKR dan menubuhkan parti baru, merupakan orang kuat Magnum Corporation Bhd. Manakala Dato’ Vinod Sekhar pula merupakan seorang jutawan selebriti berumur tiga puluhan yang disenarai majalah kewangan terkemuka antarabangsa, Forbes.

Oleh itu, apa pun yang dilemparkan oleh HINDRAF sebenarnya tidak sebagaimana realiti. Mereka sengaja memilih untuk menafikan realiti dan memutar belitkan fakta, untuk agenda politik berniat jahat semata mata.

Apa pun permasalahan rakyat Malaysia kaum keturunan etnik India, terutama sub etnik Tamil merupakan masalah inheren (inherent problems) sistem sosial mereka sendiri, semenjak dibawa oleh British dengan ramai penghujung kurun ke 19 dan awal ke 20, sebagai buruh dan pekerja immigran untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi entiti entiti British dan pembangunan infrastruktur, juga memenuhi keperluan pentadbiran dan kommersial British.

Soal seperti sistem feudal, kasta dan bersuku suku pelbagai masyarakat etnik India itu sendiri mengakibatkan ada diantara mereka disisih dan mendapat layanan rendah dalam sistem budaya dan sosio-ekonomi ‘dalaman’ mereka sendiri. Salah satu contoh ialah sistem ‘mas kawin’ (dowry) dan ‘cheti’ (pinjaman mikro). Ramai ditekan, sehingga bergenerasi kerana ‘terikat’ kepada sistem ini.

Oleh demikian wajar mereka ini ‘melihat kedalam’ (look inwards) dan membuat ‘audit’ dan ‘penilaian semula’ mengenai budaya dan sistem sosio ekonomi mereka sendiri, sebelum membuat apa apa tohmahan, terutama tidak berasas dan berniat ‘jahat’ kepada mana mana pihak kerana masalah yang mereka sendiri gagal atasi kerana ‘sistem dalaman’ etnik keturunan India itu sendiri.

Mungkin inilah yang lebih baik, sebagai golongan immigran yang tidak lagi dikehendaki British dan diberikan taraf sebagai rakyat tanahair ini semasa ‘kontrak sosial’ dipersetujui dan ‘meteri’, apabila Negara mencapai kemerdekaan dari penjajah British, yang dipelupuri oleh orang orang Melayu sebagai tunggak dan ‘rakan kongsi’ utama, pentadbir Negara bertuah ini.

Published in: on December 3, 2007 at 16:10  Comments (20)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/12/03/hindraf-beri-fakta-salah-dan-berniat-jahat-untuk-membangkitkan-kemarahan-etnik-india/trackback/

RSS feed for comments on this post.

20 CommentsLeave a comment

  1. satu artikel yg comprehensive.pun begitu sekiranya pembacanya rasional mereka akan faham tapi kalau golongan extremist hindu membaca mereka akan buat2 tak faham, yg mereka nak ialah taraf mereka menjadi sama dgn melayu, mana boleh mcm tu.mereka patut bersyukur berada di malaysia ni, yg telah menawarkan kpd mereka kehidupan yg lebih sempurna. lihat interviem al-jazeera tempoh hari, mereka interview seorang hindu yg kononnya daif miskin, tapi masih mampu mempunyai sebuah flat dgn kelengkapan yg cukup, cuba bandingkan kalau di india, ada yg tidur bawah tiang lampu jlnraya saja. bersyukurlah wahai kaum india terutama dr golongtan extremist hindraf tu.

  2. Enough talk!! What the hell are we waiting for? Slam the ISA on them! Replace Samy Vellu with his Deputy and unleash the ACA on him. What’s so difficult about that?

    • u dun tok hell here…they are tokin the truth.. v got our 30% ekuiti..wat they have???

  3. This is interesting:
    http://escapefromindia.wordpress.com

  4. Artikel ini jelas menunjukan bahawa golongan ini tidak wajar lagi dilayan sebagai ‘sahabat’ dalam negara ini. Mereka sudah naik tocang dan melampaui ‘bagi betis hendak peha’!

    Amat setuju dengan cadangan mengunakan ISA. Jelas isu keselamatan Negara sudah dikompromi!

    Apa yang nak ditunggu lagi??????????

  5. […] Tindakan HINDRAF yang dilihat sebagai sengaja berniat jahat untuk  menimbulkan kemarahan rakyat  Malaysia etnik India,  keturunan etnik India seluruh dunia dan mencemar dan  burukan namabaik Negara dipersada antarabangsa sebenarnya wajar diklassifikasikan sebagai  ‘pengkhianat’, walapun  pemimpin  utama  HINDRAF P. Uthayakumar  membuat kenyataan bahawa sebenarnya beliau ialah seorang  ‘patriot’ yang sayangkan Negara.  […]

  6. […] attempt was seen as a gross and indecent blatant lie with malice and an attempt to discredit Malaysia in the international arena, which include the call for the […]

  7. […] in an illegal assembly in support for the recent Opposition’s marionette-staged November 10 and malicious intent HINDRAF illegal assembly and street demonstrations. Amongst arrested were PKR Information Chief Tien Chua, PKR strongman Tan Sri Khalid Ibrahim, […]

  8. […] after so many calls made that stern and decisive actions be taken against HINDRAF leaders for their blatant lies with malicious intent to destabilize inter-racial and inter-faith harmony amongst Malay…, which include the suspension if not sacking from the […]

  9. […] On the other hand, some other people thought that the HINDRAF leaders and active supporters were likened as ‘extremist militants’, equivalent to Al Maunah, KMM and Communist Terrorists and should be dealt severely. Some UMNO leaders vehemently asked the Government and authorities to deal with these people stern and decisively. One even charged them with guilt of ‘high treason’. […]

    • ida,kite lagi pengganas dari mereka,mereka hanya menunjukkan rasa tidak puas hati mereka,tapi kita..enggan mendengarnya…….

  10. […] kenyataan berlainan, pemimpin MIC berikrar akan berkerja keras untuk memberikan penerangan dan menafikan segala pembohongan dan fitnah berniat jahat yang dilakukan oleh pemimpin HINDRAF, semenjak […]

  11. Hello kawan, cakap biar tahu sejarah tanah air kita. Sejarah di Kedah telah menunjukkan orang india telah pun menetap di malaysia beratus tahun dahuhu. Kenapa pula orang British perlu bawa orang india dari negara India dibawa masuk sebagai buruh ke Malaysia. Dari sini kita telah mengetahui Orang india lah orang pertama mencecah kaki di Bumi Malaysia. Faham takkkkkk.Orang Melayu yang perlu bershukur kerana dapat merampas keistimewaan2 yang semestinya diberikan kebetulannya ia perlu diberikan kepada orang india.

    • betul,saya sokong………..tapi malu kerajaan kite telah menyorok tempat tersebut dan menyita tempat tersebut…malunye perbuatan kite melayu……………

  12. orang india kini dilihat sebagai pengganas dan pada pandangan kami mereka wajar dikenakan tindakan yang berat…tindakan ISA kini sememngnya wajar digunakan kerana kini mereka dilihat menjadi semakin berani untuk menentang kepimpinan kerajaan…mereka adalah menumpang di negara kita dan kalau di tolak kembali ke negara mereka pun rasanya tidak menjadi masalah…

  13. […] Tun Dr. Mahathir’s time, Indian ethnic businessmen flourished and achieved positions even within Government more than any other era. Some even managed to become billionaires, with the opportunities Tun Dr. […]

  14. terima kasih kerana menyeneraikan tokoh – tokoh dari keturunan india yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan, GLC, dan sektor swasta. yang rasa pelik adalah kesemuanya sama ada dah bersara, akan bersara, atau mempunyai hubungan dengan ahli politik. seolah – olah mereka yang berjaya ini adalah hasil dari zaman 1960-an and 1970-an.

    Takde nama – nama dari golongan yang muda sikit ke?

    Ada. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya ialah seorang keturunan etnik India berugama Sikh. MITI dan Agensi Kerajaan seperti MIDA juga terdapat etnik sub kontinen India sebagai penjawat utama termasuk Lembaga Pengarah.

    • admin,kita sebagai rakyat malaysia,jgnlah ikut sekali kerajaan pertaruhkan kaum india..

  15. […] untuk mecapai negara maju dalam zaman pemerintahan dan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Banyak usahawan etnik India mencapai tahap jutawaan, sehingga peringkat billionaire yang ujud dari peluang dari dasar terbuka Perdana Menteri yang memelupuri dan memupuk ‘Malaysian Inc’. […]

  16. correction Tan Sri Clifford Herbert is not Indian, he’s Eurasian!


Leave a comment