PM Abdullah perlu bertanggung jawab penuh dan berundur

Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) yang tamat pada petang Sabtu 8 Mac 2008 melihatkan prestasi buruk parti memerintah Barisan Nasional (BN) semenjak Parti Perikatan menghadapi Pilihanraya Umum pertamanya, 1955. BN telah kehilangan empat Kerajaan Negeri disamping Kelantan, yang telah pun diperintah PAS semenjak 1990 dan hampir keseluruhan kerusi Parlimen di Kuala Lumpur tumbang ke parti Pembangkang.

Jika diperhalusi keputusan PRU 12 ini, BN hanya mampu mempertahankan 140 kerusi dari 222 kerusi dalam Dewan Rakyat dan 307 kerusi DUN dari 505 yang dipertandingkan. Walaupun mampu mengekalkan lapan Kerajaan Negeri (Perlis, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka), namun begitu dua daripadanya gagal mendapat 2/3 majoriti.

parliament-seat-2008.jpg

Kerusi kerusi yang dimenangi di Johor pun memperlihatkan majoriti undi yang menurun, satu negeri dimana BN berbangga dengan penguasaan 100% dalam PRU yang lepas lepas, termasuk PRU 10 November 1999.

PRU 12 kali ini menampakan bukan sahaja pengundi pengundi Bukan Melayu tidak mengundi parti parti komponen BN, malah jelas bahawa terdapat pengundi pengundi Melayu sendiri yang mengundi parti seperti DAP, walaupun parti ini disifatkan sebagai ‘anti Melayu’ dan ‘tali barut’ PAP diMalaysia. Ini merupakan pengalihan sikap pengundi.

Akibatnya begitu strategik. Bukan sahaja parti chauvinis Cina DAP dapat menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang, parti PKR yang sebelum ini disifatkan “hampir terkubur”, terutama selepas kekalahan Pembangkang ditiga Pilihanraya Kecil sebelum ini berjaya meraih luar jangkaan 31 kerusi Dewan Rakyat. PAS berjaya menubuhkan Kerajaan diKedah dan berkemungkinan besar akan menjadi Menteri Besar ke III mereka diPerak.

UMNO mampu mengekalkan 79 dari 117 kerusi yang dipertandingi manakala parti parti komponen MCA, MIC dan Gerakan hanya ditingalkan dengan 15, 3 dan 2 kerusi sahaja. Di Sarawak, PBB berjaya meraih 14 kerusi mewakili warga Bumiputra negeri itu. Sebaliknya, PKR meraih 31 kerusi, DAP meraih 28 kerusi dan PAS meraih 23 kerusi. Sebagai kontrast, pada PRU Mac 2004, mereka hanya mempunyai 1, 12 dan 6 kerusi sahaja. Ini merupakan peningkatan 3100%, 233% dan 383%!

Ini merupakan kejutan besar dan perubahan ini disifatkan media sebagai “Tsunami politik”. Sekarang ini, sejarah politik Malaysia berubah landskap dan kali pertama, Senator mewakili PKR dan DAP akan dilantik kedalam Dewan Negara.

Sekarang masa untuk muhasabah diri. Dimana sebenarnya kesilapan utama BN sehingga mengalami prestasi paling buruk diproses peti undi. Pada PRU 11 empat tahun lalu, BN dengan bangganya mendapat 199 kerusi dari 219 kerusi Dewan Rakyat. Kali ini, BN hanya mampu mengekalkan 140 kerusi sahaja. Ini pengurangan 29.65%, dalam tempoh satu penggal sahaja. Jelas, ketirisan keyakinan ini adalah dasar dasar yang diperkenalkan, perlaksanaan dasar dan isu isu seperti kenaikan kos hidup, peluang aktiviti ekonomi runcitan yang menurun dan skandal skandal melibatkan beberapa pemimpin politik yang begitu hebat diperkatakan.

 

Persoalan sekarang, apakah dan bilakah Kepimpinan sanggup memikul kepertanggung jawaban kekalahan buruk BN di lima + satu negeri dan rata rata prestasi buruk BN seluruh Negara?

Ramai orang dan banyak suara berpendapat Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar menerima kepertanggung jawaban ini sebagai Pemimpin dan opsyen yang terbaik dan paling terhormat ialah berundur. Mantan Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri untuk lebih 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad sesungguhnya berpendapat demikian. Beliau menegaskan sebagai seorang pemimpin, PM Abdullah perlu bertanggung jawab atas kekalahan ini dan melepaskan kuasa kepada pemimpin lain, agar keyakinan rakyat kepada BN dikembalikan. Ini amat penting kerana dasar dasar pembangunan perlu diteruskan dan tanpa 2/3 majoriti dalam Parlimen, undang undang yang menjurus kepada pembangunan akan lebih sukar diluluskan.

Dipetik dari Utusan Malaysia:

Abdullah perlu pikul tanggungjawab kekalahan – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 9 Mac – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.

“Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, seperti kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.

“Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus.

Beliau telah memusnahkan UMNO, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr. Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama – Melayu, Cina dan India.

“Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri,” katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr. Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa di sebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

“Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka,” katanya.

Kepada soalan lain, Dr. Mahathir berkata, bagaimanapun terserah kepada UMNO untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.

“Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara,” katanya.

Dr. Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

*****************

Namun begitu, begitu ramai sedang menderita kerana sindrom ‘Tidak sanggup menerima kenyataan’ (State of denial). Ini begitu jelas apabila pemimpin pemimpin tertinggi menyatakan dengan lantang sokongan padu mereka kepada Kepimpinan PM Abdullah sedangkan rata rata akar umbi menyatakan sebaliknya, sebagaimana ditafsir mudah dari keputusan mengejutkan PRU 12 ini. Jika dianalisa dan perhalusi, orang orang Melayu hari ini bukan sahaja sanggup mengundi Pembangkang seperti PAS dan PKR, malah ada yang tergamak mengundi DAP. Ini termasuk ahli ahli UMNO sendiri.

Malangnya, awal awal lagi PM Abdullah dengan angkuhnya menafikan segala cakap cakap beliau akan meletakan jawatan. Beberapa pemimpin pemimpin UMNO sendiri telah membai’ah kepada Kepimpinan PM Abdullah agar meneruskan memimpin BN dan Kerajaan, walaupun ‘hampir pincang’ dan tidak diserahkan kepada orang lain.

Dipetik dari Utusan Malaysia, Isnin 10 Mac 2008:

PM tak letak jawatan — * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan

Oleh Zulkiflee Bakar, Fauziah Arof dan Helmi Mohd. Foad

SOKONGAN… Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat kepada para penyokong Barisan Nasional di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. – Gambar Zaki Amiruddin.


PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Perdana Menteri berkata, walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya itu, namun BN tidak kalah.

“Oleh itu, sebagai ketua parti, esok pukul 11 pagi saya akan mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri) di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil disambut laungan Hidup Pak Lah! Hidup BN! oleh para penyokong BN yang berada di Seri Perdana.

Abdullah menegaskan, beliau mengetahui ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan, katanya penyokong-penyokongnya di Kepala Batas menangis dan ingin datang ke Putrajaya untuk berjumpa dengan beliau.

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” katanya sambil bertanya kepada hadirin adakah beliau kelihatan sakit.

Sambil menyifatkan sokongan yang diterimanya hari ini memberikan semangat kepada beliau, Abdullah berjanji akan berusaha mengukuh dan menguatkan BN dan UMNO bagi membolehkan parti itu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto demi mewujudkan negara yang Selamat, Aman dan Makmur.

**********

Jelas semenjak empat tahun ini, “Tradisi membela rakyat” dan “Selamat, Aman, Makmur” merupakan satu cliche’ yang tidak lagi diyakini, malah dimomok rata rata rakyat Malaysia. PM Abdullah wajar menerima iktibar yang ditujukan kiasan oleh dua rakan kongsi kanan perkongsian kuasa Kerajaan BN iaitu Dato’ Seri Ong Ka Ting dan Dato’ Seri Dr. Lim Kheng Yaik. Juga gesaan (dalam bentuk rayuan) Dato’ Mukhriz Mahathir, agar “mesej rakyat yang ditafsirkan sebegitu jelas” itu di’dengari dan teliti’ dan “Melakukan terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN”.

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia kembali kepada BN, sesuai dengan slogan “Tradisi membela rakyat” dan yang terbaru “Selamat, Aman, Makmur”, PM Abdullah Ahmad Badawi perlu berundur dan meletakan semua jawatan termasuk kedudukan politik dan parti, serta merta.

Inilah yang opsyen terbaik untuk UMNO, orang orang Melayu, BN dan Malaysia. Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar mengambil tempat sebagai Pemangku Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia. Malaysia dan Kerajaan Persekutuan amat perlu kepada perubahan drastik dan strategik ini, agar rakyat Malaysia rata akan kembali yakin kepada BN untuk meneruskan pembangunan Negara pada PRU 13, dijangkakan empat tahun lagi.

Jelas prestasi PM Abdullah jauh sekali dari “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. “Mari bekerja bersama saya” bukanlah satu yang rakyat Malaysia boleh terima lagi, dari keputusan PRU 12 ini. Jika benar sebagaimana ungkapan PM Abdullah sebagai “I have big ears!” dan semasa sidang akhbar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia “I am not that stubborn!“, maka beliau wajar dengar dan akur kepada ‘mesej jelas rakyat Malaysia’ pada PRU 12, Sabtu 8 Mac 2008.

Jangan jadi seperti Adolf Hitler, yang enggan menerima bahawa Jerman telah kalah dan tentera berikat makin lama makin hampir kepada Berlin sehingga beliau membunuh diri selepas tentera Soviet sudah mara ke kota Nazi itu, sedangkan separuh Jerman sudah hancur dibedil tentera berikat dan rakyat sudah pun menderita. Ambil iktibar Maharaja Hirohito yang sanggup menyerah kalah dan diaibkan dari kedudukan ‘separa Tuhan’ (semi devine) itu apabila tentera berikat mengebom kotaraya Hiroshima dan Nagasaki atau Napolean Bonaparte apabila dikalahkan Duke of Wellington dengan bantuan Blucher di Waterloo, Belgium, tanpa membiarkan Perancis dirakusi penjajah. Tiada untungnya menang sorak, kampung tergadai.

Allah selamatkan Malaysia

 

Published in: on March 11, 2008 at 23:53  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/11/pm-abdullah-perlu-bertanggung-jawab-penuh/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Siapalah saya untuk mengundurkan Paklah! Suara kecil dan kerdil. Namun jika bijak, suara suara kecil sebeginilah yang menghempaskan tsunami. Suara suara kecil diterjemahkan ke undi menjadi gempita senegara. Namun Paklah masih belum mendengarnya. Nampaknya telinga Paklah tidaklah sebesar yang dia katakan. Mungkinkah tersumbat atau mungkin sengaja dipekakkan. Mungkin benar tiada tekanan, atau sengaja menunggu ketegangan atau parah

    Kepada Saudara Mukhriz, tahniah. Walaupun saya tidak membantu dalam kempen dan tidak menyokong Barisan, namun saya tetap mahu melihat permata digilap untuk kebaikan sejagat.

    Wassalam.

  2. Pulau Pinang bebas DEB

    Di negeri asal pak lah dia berkata
    Ketika kuasa KM disahkan mula
    Orang P. Pinang patuhilah sahaja
    Tiada guna nangis bengkak mata

    Konon DEB tidak telus dikata
    Bebas DEB dalam ucap utama
    Guan Eng selaku KM bersuara
    Dasar perjuangan DAP dikota

    Atas prinsip, guan eng bersuara
    Barulah inspirasi parti menjiwa
    Agenda DAP terjunjung kepala
    Jatuh bangun DAP tetap bersetia

    Hal demikian hamba menjangka
    Pada ahli DAP dibukti janji kata
    Tetapi musa hitam lain pula cara
    Di WPI agenda DEB dinyah saja

    Musa hitam dan guan eng berbeza
    Musa serta sealiran, jati diri tiada
    DEB idea parti tidak pula percaya
    Gaya caturan musa undang bahaya

    DAP adik PAP singapura, tahu kita
    Bermentorkan Singapura boleh aja
    Manfaat besar WPI buat Singapura
    P.Pinang fotokopikan telah terduga

    serling
    [12.03.08]
    rabu
    …..

    p/s:
    Bernama: 11/03/2008 8:59pm:selasa
    Pulau Pinang bebas DEB – Guan Eng

    PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.

    Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kon trak kerajaan.

    DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.

    Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandungi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.

    Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

    “Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.” — BERNAMA.

  3. Salam buat tuan empunya laman dan para pembaca.

    Hari ini penyokong Pak Lah sibuk menyalahkan orang Melayu. Tidak dinafikan DAP di P.Pinang mula meminggirkan DEB. Tidak dinafikan Melayu P.Pinang (dan mungkin selepas ini negeri2 lain yang dikuasai PAS/DAP/PKR) akan turut terdesak.

    Akan tetapi selama 4 tahun ini pun Pak Lah & co. telah membelakangkan suara Melayu. Hak Melayu telah hilang sedikit demi sedikit di depan mata sendiri. Ini amat memedihkan dan kita tahu orang melayu biasanya bersikap memendam rasa dan bersabar. Bagaimanapun sabar itu ada HAD dan HARInya. Orang Melayu telah hilang sabar dan “mengamuk” di kertas undi. Orang Melayu sedar DAP tidak akan memperdulikan hak mereka, tetapi daripada membiarkan hak mereka dicabul perlahan2 oleh Pak Lah & co., lebih baik beri terus pada pembangkang! Mana-mana satu jalan pun hak Melayu tetap hilang juga akhirnya!

    Kejadian ini banyak hikmahnya, tapi sayang, Pak Lah & co. tidak cukup bijaksana untuk memahaminya. Memang betul UMNO/BN tidak kalah PRU12 tetapi jika beginilah reaksi Pak Lah & co., ada kemungkinan PRU13 nanti, talqin terpaksa dibacakan untuk UMNO/BN.

    Allah lebih mengetahui segala rahsia alam.

  4. Tahun ini, Penang ada 2 Ahli Parlimen BN. PRU akan datang, mungkin kedua-duanya pun tersungkur dikaki pembangkang.

    Eluklah berundur sebelum terlambat.

  5. […] jelas membuktikan bahawa bukan sahaja rakyat sudah ‘tidak yakin’ kepada Kepimpinan, pihak istana juga sudah tidak yakin dan kurang percaya. Samada cara istana bertindak menurut […]

  6. […] dengan mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesa PM ‘Flip Flop’ Abdullah berundur, sejurus tamat PRU 12. Bahagian Muar telah secara lantang membuat gesaan PM ‘Flip-Flop’ […]

  7. […] Budak Tingkat 4’ kepada menerima reliati sebenar bahawa rakyat amat bosan dengan keadaan. Mesej jelas PRU 12 masih lagi gagal direalisasikan. Khairy dilihat sebagai antara personaliti utama yang banyak […]

  8. […] the responsibility and resign. That did not go well with many UMNO leaders. Former Vice President Tengku Razaleigh wrote to all 20,000 branch leaders asking them to conduct EGMs to discuss UMNO and BN’s poor performance and a road map to move […]


Leave a comment