Mukhriz konsisten mengesa PM Abdullah berundur untuk kepentingan Bangsa dan Negara

Serangan dan ‘putar belit’ (spin) keatas surat MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir pada Rabu 12 Mac 2008 kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar meletakan semua jawatan serta merta, sudah pun bermula. Hari ini, PM Abdullah membuat kenyataan kepada media seolah olah Mukhriz tidak konsisten dalam kenyataanya, sepanjang minggu ini.

Dipetik dari Bernama.com:

14 Mac, 2008 21:51 PM

Abdullah Serah Tindakan Ke Atas Mukhriz Kepada Pemuda Umno

 

PUTRAJAYA, 14 Mac (Bernama) — Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Pergerakan Pemuda Umno untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga anggota exco Pemuda mengenai desakan Mukhriz meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Saya lepaskan kepada Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein, Ketua Pemuda Umno) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya (terhadap Mukhriz), katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas mengenai sepucuk surat yang ditulis oleh Mukhriz dan dihantar kepada Perdana Menteri di mana Mukhriz menggesa agar Abdullah bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Sehari sebelum dia hantar surat itu pada saya, dia telahpun keluarkan satu kenyataan mengatakan dia sokong dan dia memahami apa yang berlaku itu merupakan satu collective responsibility (tanggungjawan bersama) dan beberapa kenyataan lain yang dilihat sebagai kenyataan positif terhadap saya.

“Tiba-tiba dia tukar pulak…hanya sehari setelah itu hantar surat bukan hanya pada saya tetapi juga Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dan seluruh negara.

“Ini pada saya bukanlah satu cara atau pendekatan yang baik. Ini adalah satu reaksi daripadanya sebagai ahli pergerakan Pemuda Umno, yang telah pun mengambil keputusan untuk sokong saya dan pucuk pimpinan parti.

“Dia juga telah mengatakan saya dan Najib diberi sokongan untuk memimpin parti dan kerajaan…ini satu perbuatan (menulis surat yang meminta beliau meletakkan jawatan) yang menyalahi pendekatan dan pendirian yang telah dibuat oleh Umno dan Pergerakan Pemuda Umno,” kata Abdullah.

— BERNAMA

Ini pula kenyataan Ketua Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, atas isu yang sama dan bagaimana Mukhriz disifatkan sebagai membelakangkan prinsip dan amalan pergerakan itu.

Dipetik dari Bernama.com:

14 Mac, 2008 22:55 PM

Surat Mukhriz Bukan Pendirian Pemuda Umno – Hishammuddin

 

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika benar anggota Exconya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ada menulis surat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur, ia dibuat secara peribadi.

Beliau berkata permintaan Mukhriz supaya Perdana Menteri berundur berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) di lima buah negeri pada pilihan raya umum Sabtu lepas bukan merupakan pendirian Pemuda Umno.

Pergerakan itu tetap berpegang kepada kenyataan yang dibuat sebelum ini untuk berdiri teguh di belakang Abdullah selaku Presiden Umno dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sekiranya pendirian meminta YAB Perdana Menteri berundur itu dikeluarkan atas sifat peribadinya, maka secara peribadi saya menganggap bahawa cara dan masa ianya dibuat adalah tidak sesuai.

“Dalam keadaan sekarang apa yang lebih utama ialah bagaimana penyusunan parti dapat dilakukan demi kebaikan semua kerana institusi lebih penting dari segala-galanya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Hishammuddin juga berkata Pemuda Umno masih berpegang kepada pendirian bahawa sebarang keputusan melibatkan kepentingan parti mesti dibuat secara kolektif dan bukan oleh individu.

Agensi berita asing hari ini mengeluarkan laporan memetik Mukhriz, Pengerusi Biro Antarabangsa pergerakan itu, mengaku menghantar surat kepada Abdullah, dua hari lepas meminta pemimpin itu supaya meletakkan jawatan.

— BERNAMA

Sebenarnya, PM Abdullah membuat kenyataan berdasarkan laporan media yang telah di’putar-belit’kan (spin), oleh pihak pihak tertentu. Mukhriz adalah konsisten dengan kenyataan yang dibuat di Seberang Perai pada Isnin, 10 Mac 2008, iatu “Merayu agar Kepimpinan mendengar ‘mesej jelas’ rakyat” dan “Yakin Kepimpinan akan membuat ‘keputusan terbaik’ untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN dan UMNO”.

Walaubagaimana pun, setakat ini, tiada ‘tindakan terbaik diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat’ oleh Kepimpinan. Mesej yang disampaikan jelas oleh rakyat hampir dibiarkan terabai dan usaha usaha ‘menyimpang pandangan’ (diversion) rakyat kepada permasalahan sebenar sedang berlaku. Contohnya, demonstrasi yang berlaku di Pulau Pinang hari ini berkemungkinan akan di’perkuda’kan oleh Kepimpinan sebagai “Rakyat, terutama memerlukan Kepimpinan untuk mempertahankan kepentingan mereka”. Walhal, BN gagal dalam negeri PM Abdullah sendiri dan ini sebenarnya sesuatu yang memalukan!

‘Tanggung jawab kolektif’ sebagaimana yang disebut oleh Mukhriz semasa soal jawab dalam sidang media Isnin itu bermaksud bahawa semua pihak dalam parti perlu memikul kesan prestasi buruk dan kekalahan BN dalam PRU 12. Namun begitu, soal ‘kepertanggung jawaban’ (accountability) merupakan aspek yang mesti dipikul mutlak Kepimpinan dan bukanya akar umbi, dalam kegagalan dan prestasi buruk BN itu.

Soal ‘kepertanggung jawaban’ (accountability) ini juga berkait rapat dengan manifesto BN pada PRU 11 2004 dimana rakyat dijanjikan ‘keterbukaan’ (transparency). Apabila pengaharapan rakyat begitu besar yang tidak dilunaskan, maka ‘mesej jelas’ itu dizahirkan dalam peti undi, lebih lebih lagi setelah rakyat dicabar PM Abdullah semasa Ucapan Penggulungan Presiden Perhimpunan Agung UMNO 9 November 2007.

Tiada yang bercanggah dalam kenyataan Mukhriz pada hari Isnin dan surat peribadi yang dihantar pada hari Rabu. Malah, ianya cukup konsisten. Namun begitu, ada pihak pihak terutama yang menguasai media perdana cuba memutar belitkan (spin) keadaan sehingga mereka mula percaya dan menghayati ‘putar belit’ (spin) mereka sendiri. Pemimpin parti komponen sendiri telah meluahkan ‘kekecewaan’ mereka dan ditafsirkan dari pelbagai sudut. Ada yang enggan menyertai Kabinet (samada menang atau kalah), kerana mungkin tidak sanggup memikul kepertanggung jawaban manakala ada pula ‘berkias’ atas isu ‘penasihat’ PM Abdullah, yang wajar ‘diganti’. Ini semua sealiran sebagai ‘mesej rakyat’ yang disebut Mukhriz Isnin lepas dan suratnya dua hari lepas itu.

Kepimpinan wajar ‘fokus’ kepada permasalahan yang ditafsirkan rakyat dalam ‘mesej jelas’ mereka, termasuk ada dikalangan akar umbi UMNO sendiri yang dipercayai yang memberikan undi kepada Pembangkang. Sebaliknya, Kepimpinan hari ini menitik beratkan ‘birokrasi’ parti seperti “cara dan masa ianya dibuat adalah tidak sesuai” dan “Dalam keadaan sekarang apa yang lebih utama ialah bagaimana penyusunan parti dapat dilakukan demi kebaikan semua kerana institusi lebih penting dari segala-galanya” membatasi apa ‘mesej jelas’ yang dihantar.

Jelas rakyat, terutama ahli UMNO dan orang orang Melayu sendiri hari ini amat dahagakan ‘kepimpinan’ dan ‘tindakan drastik’ untuk membetulkan keadaan. Ini lebih lebih lagi mereka yang baru dapat kuasa dinegeri seperti Pulau Pinang dan Selangor sudah mencabar untuk tidak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tidak kurang juga dikalangan pemimpin UMNO yang merasakan bahawa tindakan Mukhriz ini akan menjejaskan peluang beliau untuk dilantik kedalam pentadbiran Kerajaan, terutama banyak kerusi perlu diisi kerana ketirisan tokoh yang sesuai. Namun begitu, ada kemungkinan besar pemimpin pemimpin ini ‘salah congak’ dan Mukhriz sebenarnya tidak berminat untuk menyertai pentadbiran sekiranya ‘mesej jelas’ rakyat ini akan diabaikan.

PM Abdullah wajar berundur, demi Agama, Bangsa dan Tanahair dan tidak menyimpang, semata mata kerana cuba ‘mempertahankan’ keenakan berkedudukan dan berkuasa!

Published in: on March 15, 2008 at 02:05  Comments (35)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/15/mukhriz-konsisten-mengesa-pm-abdullah-berundur-untuk-kepentingan-bangsa-dan-negara/trackback/

RSS feed for comments on this post.

35 CommentsLeave a comment

  1. Pak Lah should keep the job, those who are not happy should step down or just join Anwar.

    A ship need a captain and only Pak Lah is strong enough and if he give up the ship will sink without a captain.
    Unless you want to see UMNO desolved otherwise everyone should continue to support Pak Lah.

    Only with Pak Lah we can be assured of the NEP success, NEP is a big success for Malaysia. Look at countries that doesn’t have NEP like Korea. In 1963 we earn 3 times more than the Korean and with the success of NEP we are now earning 3 time less but UMNO members are 10 times richer.

    Everyone should be worry of the new wave by the opposition who want to do away with NEP, what if they copy Korean and make everyone earn as much as the Korean? We don’t want that to happen because if we do I am not sure if we the UMNO members will be half as successful as Zakaria. What is the use if every citizen in Malaysia is richer at the expense of UMNO members? Only UMNO members can be richer, the non-UMNO should just eat ubi kayu.

  2. HAHAHAHAHAHA…. nice sarcasm, indeed! I mean, for Pak Lah’s case.

    But I don’t agree on doing away with NEP. It’s the execution theat must be revamped, not the NEP itself.

    You must also remember that the NEP has been producing a good number of middle-class Malays who have mostly been buying a great amount of goods and services fom mostly Chinese-owned businesses; and Malay contractors that equally make Chinese vendors and manufacturers rich and richer.

    Can you Chinese even have a lucrative local market for your businesses by just relying on 30% of the population, without those well-off NEP-produced Malays/Bumipuiteras? To those calling for the abolishment of NEP, THINK AGAIN.

  3. this moron doesn’t seem to know that he is being despised by the rakyat, does he? orang berkias sudah, orang mengundi sudah, laani org dah cakap tak mahu pun sudah. apalagi yg dia hendak?

    adakah dia mahu kita seret dia turun tangga dan takhta?

    tolonglah….paklah.. kami tak sudi lagi berperdana menterikan paklah…faham tak?

  4. it is well known that there is a tribe in Africa which can count up to ten – using parts of the body as pointers. Therefore it is only natural that mathematics is not their strong subjects.
    Coming back home, UMNO’s culture ( if it can be called so ) will not allow change. Ball carrying, bottom licking and all forms of mendicancy is essential if one expects to board the gravy train.
    It is obvious that the PM is responsible for the political debacle as reflected by the PRU result but when the president can make or break one’s political career one has to be very very very careful ….
    UMNO has to break the count to ten environment. The senior leaders are not without brains ..they only appear so..

  5. Pak lah should resign. The only people want Pak lah to stay is the Opposite Party so they can take over Malaysia in next 5 years. Pak Lah is the biggest clown in UMNO.

  6. The opposition should demand that the PM hold on .. If the opposition allows the heat to simmer and at the same time expand it would disintegrate UMNO through implosion – progressively.
    There are many UMYES in the party right now hoping for appointments in the new canbinet. Puteri UMNO is playing the card now..making police report lah dll.. while other hopefuls are having huge butterflies in their tummy.

    The compromises that you have to make to get a post..anybody wants grandmothers ?

  7. PM – Ada MATA lihat, Ada TELINGA dengar…..Sampai bila baru nak paham atau buat2 tak paham. Dulu Pak Lah lain – sekarang lain. PRU11 kata rakyat sokong dia ..PRU12 kata component BN yang kalah sokong dia.
    Semalam wawancara kata 51% undi bagi kat BN ….cuba tengok betul2 bagi kat BN bukan Pak Lah.

    Sayang lihat UMNO jatuh sebab seorang PM yang anggap UMNO00 miliknya bukan rakyat.

    Ada orang lain selain pak lah dlm UMNO utk naik…?congak 2

  8. semalam ingatkan paklah nak umum letak jawatan..rupa-rupanya nak samapikan mesej betapa paklah tegas dalam meneruskan perjuangan.perjuangan untuk sapa?takdak sapa kelapaq dgn perjuangan paklah.semua bohong sj.sebelum pilihanraya umum mcm-mcm.berlagak cakap ekonomi bagus,eknonomi bagus..keliling yang dok bg nasihat lebih dr dajal akhir zaman pun paklah ambil bulat-bulat.pru12 hari tu semua calon paklah dgn khairi terkangkang..ha,awat media takpi korek cerita depa yang kalah.pi tanya sebab apa?

    Semalam pun dalam semangat seperti api lilin yang makin malap paklah masih nak tegaskan pendirian.awat tak cakap yang paklah dapat mesej suruh paklah letak jawatan?bila rakyat cakap paklah buat pekak, buat tuli..silap haribulan rakyat mengamuk baru paklah nak kalut.tapi rasanya paklah tak kalut.paklah kata jangan cabar saya..

    tentang mukhriz, saya bersyukur sebab selama ni saya ingat pemuda dah hilang bisa. Pemuda dah jadi macam Puteri. lebih dayus dan lembik dari Puteri. Puteri telah la..takdak kerja lain.Dok mengampu meja Ketua Puteri Malaysia yang menang kat tempat selamat. Cuba mai bertanding di Kedah tengok..balik kat Pemuda..sekurang-kurangnya hampa kena bangga sebab dengan adanya seorang yang degil dan berani macam Mukhriz boleh mencabar dan bersuara. Sekurang-kurangnya orang nampaklah gak Pemuda tu ada yang tak lena. Syabas Mukhriz..jangan takut..biaq depa nak ambil tindakan apa-apa..Kalau amnbil tindakan juga alamat Pemuda cempera. Jangan bagi muka sangat kat Paklah dengan Khairy.Allah Maha Berkuasa.Kebenaran selalu akan menang dan kami sentiasa di belakang orang yang berani kerana benar bukan penakut macam Khairy yang selekeh dan tak berani nak keluaq rumah dah sekarang..takut kena baling dengan kasut buruk..heheh

  9. This is my prediction:

    Pak Lah will hang on to his post.
    KJ di absorb masuk menteri kabinet.
    Tsunami kedua semakin marak.
    Kemarahan rakyat akan accumulate hingga ke tahun depan.

    Maka…. 2009…. setelah 40tahun berlalu….adakah peristiwa 1969 berulang kembali ?

    Pak Lah… tolong read & reread surat Dato Mukhriz.

    PLEASE. Before it’s too late…

  10. Jika dimusim pilihanraya, AUMNO ( Syarikat Abdullah Anakberanak & UMNO ) sebok dengan berita ahli PAS dan PKR keluar parti masuk AUMNO, dalam masa terdekat, jika paklah masih buat buat tak faham, kemungkinan besar akar umbi UMNO akan keluar dari AUMNO dan masuk PKR atau PAS, media yang tidak bodek kerajaan harus memain peranan menyebarkan berita penghijrahan mereka mereka ini ke PAS atau PKR.

    AUMNO kurang ajar belum cukup terajar dengan keputusan rakyat, AUMNO mesti diseret dan dimalukan jika itu kemahuan pembesar UMNO yang berdiri teguh di belakang paklah. Suara rakyat, keputusan rakyat, people power harus digunakan sekali lagi dalam apa jua cara.

    Dalam wawancara yang terpaksa ditonton oleh rakyat, paklah masih mendabik dada polisi dan dasar kerajaan tetap rakyat terima, cuma perlaksnaannya sahaja rakyat tolak. Kepala hotak dia, semua projek dan koridornya masih diperingkat perasmian, belum ada perlaksanaan, jadi ‘perlaksanaan’ apa yang ditolak oleh rakyat? Rakyat menolak Paklah dan segala bentuk pentadbiran dan pemerintahannya yang lembek dan tidak bermaruah.

    Kepada Mukhriz, perjuangkanlah walaupun dengan satu sokongan, kebenaran pasti teserlah dan menyebelahinya jua pada suatu masa. Paklah sudah diingatkan berkali kali oleh rakyat termasuk mantan PM tetapi dengan megah dia merasa pandai, akhirnya tersungkur di PRU12. Bukan sahaja rakyat minta dia berundur, Sultan pun sudah hilang hormat, rujuk beberapa kejadian di Perlis dan Trengganu.

    Akhir kalam, saya sendiri memberi undi kepada DAP, biarlah dikatakan saya melayu yang hilang semangat patrioism asalkan saya bukan orang Islam yang menyokong rasuah dan zina.

  11. MENANG PUN SUSAH…. ?

    Kalah susah, menang pun susah
    Kepada shahidan diberi watikah
    Sebegitu penjelasan oleh pak lah
    Tapi md isa sabu angkat sumpah

    Dua watikahkah pak lah berikan
    Satu buat mat isa, satu shahidan
    Ditambah SUA UMNO beperanan
    Hebat radzi jika benar demikian

    Adakah pak lah main sendiwara
    Radzi direstu melakukan agenda
    Lempar batu, sorok tangan gaya
    Libatkan istana tidak manis cara

    Bahaya SUA UMNO mewarnai
    Kerja radzi lampaui kerja parti
    Hal MB Perlis cetus kontroversi
    Dilihatkan Rajalah putus sendiri

    Bagi rakyat jelata bangsa melayu
    Penjelasan pak lah buatkan ragu
    Seolah Raja Perlis sebegitu mahu
    Adakah pak lah sendiri bercelaru

    serling
    [15.03.08]
    sabtu

    p/s:
    -AGENDADAILLY:15.03.08:sabtu:
    “Krisis MB Perlis: Menang pun susah…“

  12. aku setuju sungguh dgn mukhriz. sekiranya perubahan tidak dilakukan, perangai sombong dan bongkak akan masih diperlakukan walaupun sudah hampir ke PRU13. paklah masih akan menyuruh orang lain membuat kerja kotornya (dlm kes ini menyuruh hishamuddin mengambil tindakan) seperti masanya dlm S46.

    dalam PRU13 pembangkang hanya perlukan 30 kerusi lebih dari sekarang untuk memerintah, dan paklah akan menjadi ketua pembangkang. najib, muhyiddin akan dilupakan. padan muka.

    tetapi, sekiranya mukhriz dipecat dari umno, maka kuranglah majority paklah dgn satu kerusi, bermakna pembangkang hanya perlu memujuk 28 orang BN untuk berpindah parti. ini bukan perkara susah memandang MP umno memang bukannya pedulikkan rakyat tetapi sebaliknya wang ringgit.

  13. Pak Lah…
    He is still hanging on to the power due to soo many stakes in hand if he steps down…
    He could cause his son’s,SIL’s lives in screwing & daughter’s live in jeopardy as she will face the risk of being left by Kera Jadian as she is of no use anymore…
    Mukhriz has the balls to call for this sleepy head to step down where Kerismudin & Najis are ball less…
    I think time for Ku Li to make a statement to call for this sleepy head to step down also…
    Ku Li..where are you?

  14. Lepas ni Cina anak haram Guan Eng nak buat apa pulak kat Penang. Anwar gay tak boleh buat apa dan Hadi kambing pun tak boleh buat apa. Apa yang dapat kita lihat kemusnahan Melayu secara besar besaran. hahahahahaha
    Selamat Datang ke Palestin versi Malaysia
    hahahahahahahah

  15. Kalau Hisham ambil tindakan keatas Mukhriz, tentukan dia terkangkang dalam pemilihan UMNO akan datang. Seharusnya, Pemudalah yang mendesak untuk membetulkan UMNO, bukan turut mendendangkan lagu merdu ketelinga Pak Lah bahawasanya beliau di sanjung dan sokong rakyat.

    Apabila UMNo sudah tidak berkuasa nak sokong jugak ke Pak Lah? Hisham adalah pengkhianat bangsa!

  16. During MAhathir’s time, everyuone says there is no room for any voice to be heard.

    What law is broken by an UMNO member seeking the president’s resignation?

    Mukhriz is more sincere than Hisham. He tells it like it is to Abdullah. Abdullah asked to be told the truth, now he would rather hear lies and fake praises.

    Let it be known Abdullah, that when you are no longer in power, it is Mukhriz that will be showing more respect to you than the likes of Hisham, Muhyiddin and Ali Rustam. These people we gang up and run you and your son in law down.

  17. alahai besar sangat ke mukriz tu aku pandang sebelah mata je nak jadi hero konon harta melayu berbukit dia kebas ceh p raaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

  18. Masa zaman Mahathir pegang, masih ada masyarakat yang merungut itu dan ini kerana tidak puas hati meskipun pelbagai pembaharuan dan kejayaan yang dibawa. Begitu juga waktu zaman-zaman pemerintah sebelum itu, Tunku yang berjasa pun suatu ketika dibenci kerana menyerahkan Singapore ke tangan chinese..

    Jadi siapa patut jadi PM Malaysia? Mukhriz? Najib? Lim Kit Siang? Anwar? atau lantik semula Dr. Mahathir?

    Sewaktu Saddam Hussein masih hidup dan memerintah Iraq, ramai yang menjatuhkannya. Macam-macam alasan, negara luar masuk campur, rakyat pun berkobar-kobar nak tukar pimpinan sebab Saddam tidak sebagus yang mereka sangkakan. Then who’s the best? Adakah Iraq menjadi lebih baik setelah Saddam jatuh dan digulingkan? Keadaan lebih baik atau lebih huru-hara.
    Selain ketentuan Allah, malapetaka yang menimpa Iraq adalah atas pilihan dan kemahuan masyarakat Iraq sendiri.

    Malaysia bakal jadi begitu kelak. Moga dengan izin Allah malapetaka itu dielakkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita lalui hari ini, meski banyak yang tidak adil tetapi sekurang-kurangnya jauh lebih baik dari nasib bangsa lain. Kita perbaiki hari ini dan hari esok dengan cara penuh hemah dan sungguh-sungguh, bukan dengan cara mengecam dan terus mengecam – yang mana kita hanya membuang masa mempertikai tentang masalah, bukan mencari penyelesaiannya.

    Salam hormat.

  19. kata seorang ahli politik dari cheras,muka dia nampak bodoh,bila buka mulut sahlah bodoh!.

  20. Mukhriz sudah kaya tak takut hilang jawatan boleh bersuara untuk menegakkan Agama Bangsa dan Negara. Yang lain2 dah kaya pun nak main safe takut hilang jawatan sanggup menjual bangsa lagi harami punya manusia!!!

  21. Alahai Mukhriz,
    Tulislah berapa banyak surat, semuanya akan dibakul sampahkan.
    Ada cari lain yang lebih efektif, kalau tak tau, tak payahlah jadi MP.

  22. TROFI HEBAT CAKAP
    BUAT MUHYIDIN..!

    Pandai bercakap mudah ketemui
    Depan pak lah melangit memuji
    Cadangan nampak hebat kongsi
    Muhyidin selaku NP kena perhati

    Hebatkan pertanian pak lah mimpi
    Kepada muhyidin amanah hidangi
    Cakap visi pertanian sering laungi
    Kategori hebat cakap dianugerahi

    Selaku NP UMNO, hebat rasa diri
    Mantan MB johor, gegarkan negeri
    Ke pusat dibawa rawatkan prestasi
    Kurang penambahbaikan dia lalui

  23. YM Tengku Razaleigh is making move to get rid of greedy useless UMNO BASTARDS. Read
    http://mykuli.blogspot.com

  24. Jadi siapa patut jadi PM Malaysia? Mukhriz? Najib? Lim Kit Siang? Anwar? atau lantik semula Dr. Mahathir?

    Fear, that is the ideology that was planted into the mind of 1st & 2nd generation Malaysian by the British colony and later UMNO. Fear of change, fear of riot, fear of racial unrest, fear of all kind is the way we were brought up. I know, I was brought up with that fear. 1997 were the year that changes most of our fear but not those who live in the comfort zone. Most of the UMNO Malay was in the living in the comfort zone in 1997 on the expanse of other that is because they are government servant or UMNO business crony. After Anwar Ibrahim expel from UMNO the secret of all the UMNO wrong doing begin to surface. We still stand by Mahathir not because we fear MEI 13 or racial unrest or the ISA or the police. Poverty & Hunger are more fearful than anything. We stand by him because he has track record and a big group of Chinese, Indian and Malay billionaire crony who will back him to save the country from the greatest fear that even he and his crony fear. We give him one more chance to make it right and go, he fail though by picking Badawi. Anyway we still give Badawi the same chance when he promise to bring Malaysia out of all the problem but he not only fail he is consider as unqualified to be a PM. I am not going to stress here about him but to get to the point of why we need change. We should not fear of change because we will never know what is the out come maybe good maybe bad. Only people who are in the comfort zone fear change but without change there will never be progress. We do not care who run this country, as long as its function fairly trough good and bad time. Black cat white cat theory. When a system malfunction we need to fix it by changing its component and part but when a system is beyond repair we need to change the system. Why are the Malay so worry about their ketuanan? When they are the one who try to pull down their king and agong. Isn’t the Agong and raja a symbol of ketuanan or UMNO Malay feel they are above the king. The issue of perkauman and ketuanan are always brought by UMNO to provoke other race. I tell you here the 3rd & 4th Generation do not have all that fear and don’t buy the UMNO tactic because they are educated with global standard to understand the we are the world. Country & Government are only domain that serve its function to its user and there can never have permanent administrator. Umno are just another program and cannot claim as the only program and if it malfunction or obsolete then it must be deleted.
    There is no race or religion when god created this world. Think
    10010001010001010001010010000101110 bless you

  25. AAB should step down. Rakyat is fed up with this lame duck. This clearly shows that UMNO is bankrupt with leaders and have no direction.

  26. Pak Lah should keep the job, those who are not happy should step down or just join Anwar.

    A ship need a captain and only Pak Lah is strong enough and if he give up the ship will sink without a captain.
    Unless you want to see UMNO desolved otherwise everyone should continue to support Pak Lah.

    Only with Pak Lah we can be assured of the NEP success, NEP is a big success for Malaysia. Look at countries that doesn’t have NEP like Korea. In 1963 we earn 3 times more than the Korean and with the success of NEP we are now earning 3 time less but UMNO members are 10 times richer.

    Everyone should be worry of the new wave by the opposition who want to do away with NEP, what if they copy Korean and make everyone earn as much as the Korean? We don’t want that to happen because if we do I am not sure if we the UMNO members will be half as successful as Zakaria. What is the use if every citizen in Malaysia is richer at the expense of UMNO members? Only UMNO members can be richer, the non-UMNO should just eat ubi kayu.

    You have suck so much Bodowi’s shit. That is why you back this Bodowi.

  27. On March 15, 2008 at 6:28 pm azlan Said:

    Lepas ni Cina anak haram Guan Eng nak buat apa pulak kat Penang. Anwar gay tak boleh buat apa dan Hadi kambing pun tak boleh buat apa. Apa yang dapat kita lihat kemusnahan Melayu secara besar besaran. hahahahahaha
    Selamat Datang ke Palestin versi Malaysia
    hahahahahahahah

    ini lah monyet yg tak berfikir mengguna otak .sekadar bercakap dan komen mengikut perasaan.ini lah melayu yg telah layu.sorry to say your comment is nothing .same like dog bark the hill

  28. Congrats for those who critisized and condemened the BN for GE 08. Remember!you people being born after Merdeka. All silver and golden spoon fed.Never ever expeienced the difficult times. What you know is to condemened and cursing. Remember! This is Tanah Melayu,others menumpang ! Refresh your memory before merdeka…those who do not confessed TAAT SETIA dengan hormat boleh balik negeri asal. Those who stayed must SETIA.
    The world recognised Tok Det accomplishments and hardcore attitude. You moron who still under ‘coconut shell’should accept the facts. You moron still under LOW Mentality and all should be sent to Cosovo, Sudan,Somalia,East Timor, Seira Leon, South Thailand, Tibet etc and experienced the fate. I think you all don’t have guts even before going. Pak Lah made mistakes. Lets gave him some space to ‘repair’. By now he knew the facts why voters against BN. This is not a ‘total loss’yet. For Anwar… a traitor to the Malays. Pak Lah must ‘exposed’ everthing about him. Let him ‘harakiri’. New generation had no ideas the sufferings during Communist terrorist era, the outcome of Mei 69, the Black Monday etc. DAP do not play with fire. Once ignite, its going to be hell(Reminder). Do not let the Police give way to the Royal Malaysian Army to take over. For PAS, do not ‘fitnah’ and ‘suka suka buat fatwa’ but consider. The PKR new generation, do not think you are big headed and can change and lead.Most of the are categorised as Golongan Kecewa and Bodoh Sombong. The Malays must stay united because of Negara Ku,Tanah Tumpah Darah Ku…DEB…for those ‘tumpang duduk’ rethink and rethink. Hindraf…send them to the grave. Malaysian Malaysia ….Hang Tuah regretted saying “Melayu tak kan hilang didunia”. Congrats to the malays who become Datok Mandelia and Si Kitol. Accept the fact.

  29. To hjgtad,
    Used your brain and mouth when you talk and not your ass and asshole. What do you know about before Merdeka? I am 83 years old and I have serve three government. When I was in uniform you are in liquid form. So please don’t talk cow dang here and try to scare the children. You word have no value here. Even if there is a Mei 13 that Khairy UMNO tries to create I warn you that this time is not racial Chinese Malay stuff but Malaysia against Khairy UMNO. Just like UMNO never felt this tsunami coming until its too late.

    “Remember! you people being born after Merdeka. All silver and golden spoon fed.Never ever expeienced the difficult times. What you know is to condemened and cursing”.

    You are the one who are born and fed with the golden spoon not us so think with your head not your ass.

  30. sekarang indeks saham sudah jatuh, seronoklah temasek dan kawan-kawannya shopping di kl. pm dengan yakin kata, FDI tidak akan terjejas, tidak lain dan tidak bukan FDI dari temasek dan kawan-kawannya yang akan masuk. kesimpulannya, ketidakstabilan yang berlaku sekarang, secara sengaja diciptakan untuk memudahkan temasek dan kawan-kawannya bermaharajalela. siapa dalangnya?

  31. Moreover please don’t try to claim this land as yours when you never respect the Sultan who originally rules them. Go and study your history before you talk. This land originally was rule by Indian during Ganga Nagara, Langkasuka Sri vijaya until Majapahit. The Chinese arrived and intermarried happen during Langkasuka period creating the kopi susu race (pattani), and the tie were from then all the Raja then were close to the Chinese envoy sent from china. During the period of Majapahhit some 600 years ago Paramesuara a decent of Raja of Sri Vijaya after failing a coo in Temasek over his father in law the Raja of Temasek he escape to Malacca and try to start his own kingdom but were too weak over the Siam (Thailand) power that rule Bujanga (Malaya) than. He than seek the Chinese envoy help and was introduces to Zeng He (Haji Mahmud ) who was on his way to Mecca. Zeng He agreed to help him if he were to embrace Islam and he did changing his name to Iskandar (Alexander the great ). Zeng he then give him the protection of the Chinese royal yellow robe and the Yellow Umbrella also the Chinese tile for the roof. This is a symbol that the Siam needs to respect because they were also rule by the Ming Dynasty. Zeng He also let him marry Hang Li Po a royal geisha as a gift. 50 men and women were left for Hang Li Poh as servant and five as bodyguard. This so called bodyguard from Yunan China with the surname Hang is your so called Malay Hero until today. So Please ask yourself who are you before you make any claim. We are in the 21 century not the nineteen. Knowledge is power not your grandfather kampong story claim. The people who invent space craft are the power not the one who goes for a ride at 45 million dollar.

  32. The true history of this land can never be found in Malaysia .Only the royal keep written record but was also destroy during the many power struggle. The peasants are buta huruf until the time of Abdullah Munshi. The peasant only trusted the religious teacher who is considering as the most wise man in the village. There are more legend in Malaysian history then fact. This is because during the British colony they just get this story from kampong local and put it as record but the real fact can be found in China and India. The envoy of China keep record of there mission and report to the emperor. They are keep in there history as record.

  33. […] beberapa pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan negatif dan mengesa tindakan diambil, disamping media perdana pula ‘memutar belitkan’ (spin) laporan untuk mengelirukan orang ramai, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mukhriz menerima pesanan khidmat ringkas (sms) dan […]

  34. Mukhriz………sesungguhnya seorang “ANAK JANTAN”.Berani menegur wlp beliau tahu akibatnya.Teruskan wahai Mukhriz…Berani Kerana Benar. Demi untuk masa depan Malaysia,UMNO perlu berubah. Yang takut pada kebenaran hanyalah pembodek-pembodek yang bukannya setia pada pemimpin tapi pada poket masing-masing. Mukhriz….pemuda bermaruah. Sebarang tindakan terhadapnya dari Pemuda UMNO hanya menunjukkan kedayusan,kejahilan dan kelemahan mereka. Teruskan !!! Wahai Mukhriz…sesungguhnya ramai lagi menyokong anda agar AAB & KJ sedar akan kesilapan mereka. Hahaha…..!!!! Sampai tua la KJ dok berangan nak jadi PM.

  35. http://www.aumno.blogspot.com


Leave a comment