Opsyen PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk selamatkan UMNO dan Kerajaan BN

‘Mesej jelas’ yang ditafsirkan rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008 merupakan cabaran langsung rakyat kepada Kepimpinan, untuk bawa perubahan, dengan kadar segera. Apa yang dirangka dan cuba dilaksana dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, terutama keputusan yang dibuat jelas tidak disenangi sebilangan besar rakyat Malaysia.

Isu yang timbul seperti kenaikan kos hidup, peluang pekerjaan/perniagaan terhad, rasuah dan kronisma, kes berprofil tinggi, kes kontroversi melibat soal ugama Islam/intra ugama dan budaya dan ketirisan keyakinan kepada sistem Kehakiman, penguasaan undang undang dan demokrasi menjadi faktor utama yang menjadi rungutan serious dan meningkat rakyat semua peringkat, seluruh negara.

Ianya perlu ditangani, dengan berhemah, segera dan produktif dan lebih lama ianya tertangguh, semakin gusar dan rakyat mungkin akan naik marah. Perasaan tidak senang ini bukan setakat datang dari akar umbi, malah pelbagai organisasi dalam BN sendiri merasakan tidak puas hati dan ‘terabai’, terutama dengan keputusan dan tindakan pasca PRU 12, seperti Wanita UMNO, Pemuda UMNO, BN Sabah, BN Sarawak, BN Kedah dan BN Perlis.

Persoalan sekarang, apakah dan bagaimanakah perubahan yang perlu dilakukan itu dan paling penting, bila?

Opsyen yang ada dalam tangan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang dan wajar ditimbangkan:

1. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan semua jawatan, serta merta atau pada jadual terdekat yang ditentukan, sebagaimana yang didesak mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir dan yang timbul dalam Forum MyKMU.net “UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian”

2. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I segera TETAPI terus memegang jawatan Presiden UMNO sehingga pemilihan parti semasa Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disemeber 2008; agar kesinambungan Kepimpinan Melayu diserah kepada pemimpin seterusnya secara sempurna dan licin.

Ini adalah sebahagian dari tindakan menjaga maruah dan ego peribadi Presiden UMNO dan pengunduran berjadual.

3. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah melakukan rombakan Kabinet untuk meningkatkan keyakinan rakyat agar perubahan positif berlaku:

3.1. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah melepaskan jawatan Menteri Kewangan I dan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih

3.2. Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak melepaskan jawatan Menteri Pertahanan dan Dato’ Shapie Apdal mengambil alih

3.3. Dato’ Shapie Apdal melepaskan jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan dan seorang warga Sabah (sebagai contoh Dato’ Lajim Haji Ukin) mengambil alih

3.4. Ujudkan jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan II dan diberikan kepada Wanita UMNO (sebagai contohnya Dato’ Halimah Mohd. Sadique)

3.5. Ujudkan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna II dan diberikan kepada warga Sarawak (sebagai contohnya, dari etnik Bumiputra seperti Dato’ Dr. Tiki Lafe)

3.6. Ujudkan jawatan Menteri Pengajian Tinggi II dan diberikan kepada Kedah (negeri yang tidak diwakili Menteri Kabinet dan personaliti seperti Ahmad Ikmal Ismail [dilantik menjadi Senator])

3.7 Ujudkan jawatan Menteri Kemajuan Wilayah, Pembangunan Negara dan Luar Bandar II dan diberikan kepada Perlis (negeri yang tidak diwakili Menteri Kabinet dan personaliti seperti Dato’ Ismail Kassim)

Sekaligus, rasa tidak puas hati dan ‘permintaan diabaikan’ Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Sabah, Sarawak, Kedah dan Perlis ditangani dengan satu ‘penyusunan semula Kabinet’ dan kesimbangunan peralihan kuasa jelas dan lancar. Oleh itu, kegusaran akar umbi UMNO/BN dapat dikurangkan dan jentera Kerajaan dapat berfungsi dengan lebih effisyen dan produktif. Perkhidmatan awam juga tidak bercelaru kerana tiada kementerian baru diujudkan walaupun keperluan politik dapat dipenuhi.

Yang paling utama, jika opsyen 2 atau 3 dipilih, ‘Tingkat Empat’ mesti dimansuhkan dan kuasa dan fungsi mereka dikembalikan kepada agensi agensi yang berkenaan seperti EPU, ICU, MAMPU, MOF, MTEN, MITI, MIDA dan sebagainya.

Sekiranya salah satu opsyen ini tidak diambil, maka PM ‘Flip-Flop’ Abdullah akan banyak menghabiskan masa bermain politik dan “buat kerja bomba” dalam beberapa bulan ini (kemungkinan sebelum Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disember 2008), sementara hal ehwal pengurusan negara ditentukan ‘Tingkat Empat’.

Ini semestinya akan menimbulkan lebih kemarahan rakyat dan mungkin rakyat akan terus mencabar Kepimpinan dengan tindakan tindakan demonstrasi yang berterusan, lebih lagi jika anasir anasir tertentu ‘menghasut’. Seterusnya dijangkakan akan berlaku kehilangan keyakinan dikalangan MP BN, terutama di’tekan’ akar umbi dan penyokong masing masing dan apabila berlaku fenomena ‘melompat parti’ secara besar besaran ini, maka Malaysia akan melihat peralihan kuasa pertama kali dari Perikatan/BN ke gagasan parti lain.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Published in: on April 5, 2008 at 04:54  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/05/opsyen-pm-flip-flop-abdullah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. nampak sangat umno tak boleh kalah sikit. di negara2 mau yg lain menang majority sikit sudah cukup utk membentuk kerajaan, tidak perlulah utk bermimpi utk memang 2/3 bagi membentuk kerajaan yg kuat.
    tuan blogger yg dihormati, kita mesti ingat dunia sudah berubah, umno masih lagi sempit seperti 50 tahun dahulu, umno masih lagi mengamalkan parti sempit yg mengenepikan org2 cerdik pandai melayu sebab itulah kita tengok kebanyakan org2 yg pandai berpidato, pelawak & badut merupakan wakil2 umno. professional n cerdk pandai sukar mendapat tempat di dalam umno melainkan mereka anak2 sibadut umno. akibatnya org2 cerdk pandai melayu join pas, pkr, dap. lihat sahaja exco johor, ghani tak suka org lebh pandai dari dia,di letakkan nya exco2 dari kalangan kerani, bekas pelajar tak lulus SPM, yb yg beli sijil diploma etc utk line up exco. so secure lah kedudukan MB.

  2. “3.3. Dato’ Shapie Apdal melepaskan jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan dan seorang warga Sabah (sebagai contoh Dato’ Lajim Haji Ukin) mengambil alih”
    Tak ada nama lain ke nak diberi contoh! Lajim tu tidak mempunyai kelulusan!! Tak pas LCE pun!! Jagan dok bagi agin kepada orang spt ni , dia akan naik junjung!! Satu masa berangan2 nak jadi CM Sbh apabila diberi semangat oleh Tg Adnan. Ramai lagi di Sbh tu yang berkaliber!!

  3. Takde Org lain ke selain dari Shafiel Afdal, satu malaya dah tahu mcm mana dia handle kementerian Hal Ehwal Pengguna sebelum ini. Tunggang langgang jadinya. Isu gula pun tak boleh nak solve sampaikan berbulan-bulan.


Leave a comment