Tun Dr. Mahathir: “Kalau reti malu, dah malu dah!”

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata “Kepimpinan hanya suka mendengar apa yang dia suka dengar“ dan “Kepimpinan yang tak mahu dengar cerita yang tak sedap didengar pada telinga dia”.

Keputusan Pilihanraya Umum Ke XII menunjukan UMNO dan BN gagal di 5+1 negeri, merosot di negeri lain dan gagal meletakan Menteri Besar pilihan dalam 2 negeri lain.

Pengundi baru adalah sedikit dan jumlah undi pemindahan dari BN menunjukan rakyat tidak lagi menerima Kepimpinan, termasuk negeri yang secara tradisinya mendukung kuat UMNO seperti Johor. Undi kepada BN di Johor merosot teruk dan undi merosak juga meningkat begitu banyak. “Ini menunjukan bahawa orang Johor memberi protes kepada BN tetapi tidak tergamak untuk mengundi Pembangkang”.

Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri kehilangan negeri sendiri kepada parti chauvinis Cina DAP tetapi masih lagi mendabik dada “Kita mendapat mendapat mandat kuat, hanya 8 kerusi kurang dari 2/3 majoriti”.

“Kalau reti malu, dah malu dah!” ujar Tun Dr. Mahathir dan menerima tepukan gemuruh dan sorakan para hadirin. “Rakyat mengundi Pembangkang bukan kerana mereka mahukan Pembangkang tetapi telah kecewa dengan UMNO dan perkara yang dilakukan oleh Kepimpinan”.

Ahli UMNO didesak untuk berani bangkit dan menyuarakan perasaan mereka dan tidak berharap kepada Kabinet “Yang takut”. Beliau juga mengulangi desakan agar ahli UMNO mengubah Kepimpinan demi kepentingan UMNO dan masa depan Bangsa Melayu, sebagaimana yang dibuat pertama kali di Johor Bahru pada 10 Feb 2007. Contoh yang diberikan ialah bagaimana Pengasas UMNO Dato’ Onn Jaafar, yang begitu besar jasanya dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra, juga berjasa besar pada negara, berundur kerana Kepimpinan mereka tidak lagi relevan dan diyakini orang Melayu.

*Perkembangan dikemaskini 2.15pm

Semasa sessi soal jawab, Mantan Presiden UMNO itu juga mengariskan bahawa ahli UMNO perlu berani membawa perubahan dan jawatan Kepimpinan itu terbuka, selagi mereka yang kedepan untuk menawarkan diri mesti mampu membawa UMNO ketahap dimana rakyat meyakini dan kembali memberikan sokongan.

Untuk menjawab soal dimana laporan The Star yang menyebut PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyalahkan mantan Perdana Menteri kerana ketirisan Kehakiman, Tun Dr. Mahathir dengan panjang lebar menjelaskan bahawa tindakan untuk memecat beberapa hakim kanan, termasuk Ketua Hakim Negara dilakukan kerana mereka yang diamanahkan memberi tafsiran mengenai Perlembagaan, telah didapati salah membuat tafsiran, undang undang dilaksanakan berbeza dan menyebelahi pihak yang mewakili golongan tertentu, membelakangi objektif dan falsafah kenapa undang undang tertentu dirangka. Beliau juga mengulas bahawa beliau bersedia dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan seorang Mantan Ketua Pengarah BPR dan akan menyediakan artikel yang menjelaskan seluruh episod itu dalam sedikit masa lagi. Beliau juga meminta dokumen ini disiarkan oleh pihak media, sepenuhnya.

Untuk soalan dimana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengeluarkan kenyataan di PWTC pagi tadi mengenai “Tiada kebebasan media semasa Tun Dr. Mahathir”, beliau menjelaskan bahawa tiada sekatan keatas media dikenakan semasa Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn mengkritik beliau dan meminta orang ramai menilai sendiri apa yang dimaksudkan dan bandingkan dengan cara media dikawal sekarang, terutama personaliti seperti Kalimullah “Riong Kali” Hassan dan ‘Budak Tingkat Empat’ sering menghubungi pengarang media untuk menentukan berita dan sudut yang patut diutarakan.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juda diberitakan menyalahkan Ketua UMNO Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai punca kekalahan BN di Kelantan dan membuat komen sinis “Semua orang lain saja yang salah. Seorang sahaja tu tak salah! Seorang saja tu tak pernah buat salah!”.

Semasa sidang media, untuk soalan bila beliau akan berhenti menganyang Kepimpinan UMNO sekarang, Tun Dr. Mahathir juga menegaskan “I will stop, IF they stop doing things that will cause UMNO to lose!“, sebagai perakuan bahawa mengembalikan UMNO kepada tahap dimana Kepimpinan ditinggalkanya pada 31 Oktober 2003 adalah paling utama, demi masa depan orang Melayu dan negara.

Untuk soalan mengenai sistem kuota pemilihan dalam UMNO, beliau menjelaskan bahawa sistem itu diadakan agar personaliti tertentu dihalang dari membeli pencalonan dari Bahagian, sebagaimana berlaku semasa Anwar Ibrahim mencabar Timbalan Presiden UMNO Ghaffar Baba dalam pemilihan UMNO 1993.

Sebelum itu, Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid menegaskan bahawa semasa dipecat dari Kerajaan kerana menyokong ‘Team B’ semasa pemilihan UMNO April 1987, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah datang kepadanya dan merayu untuk ketengahkan permintaan agar beliau kembali diberikan jawatan Kabinet, walaupun pernah ditawar dalam Lembaga Pengarah Petronas. Abdullah akhirnya kembali sebagai Menteri Luar Negara pada 1991.

Presiden UIAM itu juga menegaskan bahawa beliau telah meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah semasa Pilihanraya Umum ke X 21 November 1999 kerana menerima kepertanggung jawaban BN Kedah kalah 8 dari 15 kerusi Parlimen kepada Pembangkang, walaupun Kerajaan Negeri BN Kedah masih mengekalkan 2/3 majoriti.

Sanusi juga mendesak bahawa Kepimpinan “Menghadapi masalah” dan “Kembalikan budi Bangsa Melayu selama ini mendukung Perjuangan dan tebus kembali maruah Bangsa Melayu, yang sudah tergadai”.

Lebih 1,000 orang hadirin menghadiri majlis anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Chempaka, Bahagian Pandan dalam keadaan penuh sesak di Hotel D’Palma, Ampang Point itu.

*Perkembangan dikemaskini 8.21pm

Laporan Bernama.com:

06 April, 2008 18:45 PM

 

Saya Tidak Ada Niat Jadi Presiden Umno Atau Perdana Menteri, Kata Dr Mahathir

 

 

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — “Saya tidak ada niat hendak menjadi Presiden Umno, sekali lagi atau Perdana Menteri untuk kali kedua, tetapi sebagai anggota Umno dan sebagai rakyat Malaysia saya berhak bersuara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas perdana menteri, beliau akan hanya bersuara apabila diundang menghadiri sesuatu majlis untuk berucap, dan “tidak akan menjalankan kempen bersendirian” untuk menyuarakan pendapatnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis “Fikir-Fikir bersama Mahathir” anjuran Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita sehingga bila beliau akan terus menyuarakan apa yang difikirnya perlu ditegur.

Ditanya perlunya Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah bercakap secara beradap mengenai isu Umno, beliau berkata: “Saya akan berhenti, Saya akan berhenti. Secara jujur saya akan berhenti jika mereka akan berhenti melakukan apa yang salah yang telah menyebabkan Umno mempamerkan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.”

Dr Mahathir turut berkata pada zaman beliau memerintah beliau tidak pernah menyekat sesiapa untuk menyuarakan pendapat mereka malah semasa beliau dicabar Tengku Razaleigh bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu pada tahun 1987, telah memberikan kebebasan kepada Tengku Razaleigh bersama pasukannya yang mencabar pelbagai jawatan dalam parti itu, termasuk Tun Musa Hitam yang pada masa itu mencabar timbalannya Tun Ghafar Baba.

Beliau juga berkata cadangannya supaya peraturan undi bonus bagi pertandingan jawatan dalam parti pada Disember depan dihapuskan adalah juga bagi mengelakkan politik wang dan tekanan daripada pihak tertentu.

“Kita nak calon tak beli undi sebab nak jadi calon (bagi merebut jawatan dalam Umno). Sebab untuk jadi calon seseorang itu kena dapat 60 bahagian,” katanya.

— BERNAMA

Published in: on April 6, 2008 at 12:45  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/06/tun-dr-mahathir-kalau-reti-malu-dah-malu-dah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. Let evil fight with the evil. Both are sinking together with the ship they are fighting for. Malaysia will be better without UMNO and it’s lapdogs of MCA, MIC, Gerakan and PPP. Pakatan Rakyat represents the people now.BN can start packing instead of restructure. What’s left to be structured?

  2. saya optimis PM tak akan letak jawatan kecuali ahli UMNO 90% mendesak atau apabila UMNO hancur.Maka sebelum UMNO hancur PM mesti ditukar dengan yang lain untuk mengembalikan maruah UMNO dan ketuanan melayu semula.

  3. Mahathir nampak cerdik walaupun zalim tetapi Pak Lah memang bodoh dan juga lembek. Bagaimana pun kedua-duanya memang sudah ketinggalan zaman. Orang Melayu sudah benci pada UMNO.

  4. Apa ni, biggie.
    Ini macam kah UMNO solves problem.
    Nasib baik saya belum dan tidak join UMNO kalau tidak, ayo yo !
    We do not need politikus to run this country.!!!

  5. “KALAU RETI MALU,
    DAH MALU DAH“

    Kalau reti malu, dah malu dah
    Pada pak lah dihalakan madah
    Tetapi pak lah buat tidak endah
    Kipasan pembodek dirasa indah

    Meminjam kata yang malay guna
    Pak lah & KJ jadi cancer bencana
    Doctor pakar mahir cara sisihnya
    Tun M kini mantan PM pakarnya

    Pengalaman 22 tahun PM dialami
    Salah langkah pak lah cepat kesani
    Tertonggeng BN di PP satu realiti
    Tak manis Malaysia, pak lah ketuai

    Jika urustadbir tentera jadi analogi
    Balatentera BN, pak lah yang terajui
    Kekuatan BN PP hampir lumpuh jadi
    BN Malaysia masih pak lah nakhodai

    Sukar BN Malaysia mantap sediakala
    Jika ketua lembik masih keras kepala
    PP negeri kecil pun gagal kekal kuasa
    Pak lah dan menantu undurkan segera

    serling
    [07.04.08]
    isnin
    …..

    p/s:
    -Genap sebulan BN/UMNO dilukai dan dmalukan dengan kehilangan 5 + 1 negeri selepas PRU 12 pada 08.03.08.
    -UMNO perlu presiden baru untuk bolehkan BN diketuai bukan pak lah lagi !

  6. Memang Pak Lah tak malu. Pak Lah bukan seperti orang Jepun atau seperti Sanusi yang ada maruah dan harga diri.
    Ingat ‘Mencari Abadi’. Banyak orang tertipu dengn sajak orang munafik ini. ‘Tidak mahu cari wang bertimbun-timbun.’ Dia tulis surat sokongan untuk anak sendiri dapat kontrak. Oh ! bukan untuk diri sendiri, untuk orang lain halal. Itu mengikut mazhap Imam Hadhari.

    Semua kontrak di Terengganu dibolot oleh Patrik Lim (Badawi). Iblis Jusoh tidak terkata…. habis wang ehsan disapu oleh anak beranak Badawi. Lagi untuk orang lain… Halal mengikut nas Imam Hadhari.

    Tidak bermoral…peluk dan cium wanita bukan muhrim dikhalayak ramai. Halal mengikut Imam Hadhari.

    Berpesta di Seri Perdana sampai larut malam menggunakan wang rakyat. Tidak amanah. Halal untuk Imam Hadhari.

    Tidur ketika menjalankan amanah. Halal bagi Imam Hadhari.

    Imbas kembali empat pemimpin yang lalu. Tidak seorang pun hampir dengan ‘munafik’ ini. Oh sekarang nak kenakan Dr M pasal campur tangan urusan ACA.

    Ingat orang bodoh. Diri sendiri bergelumang dengan nasjis. Kita tunggu …. Lepas ini kita bawa Imam Hadhari kemuka pengadilan pula.

    Elok berundur sekarang sebelum terlambat.

  7. DUA RANGKAP PANTUN BUAT PAK LAH
    DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA !

    “Nak tidur, tidurlah di sebelah
    Jangan ragu tidak diganggui
    Nak undur, undurlah pak lah
    Jangan tunggu tidak dipeduli

    Nak tidur, tidurlah sayang
    Usah tunggu saat melayang
    Sila pak lah undur sekarang
    Usah tunggu rakyat berang“

  8. Pak lah tak mau mengaku dia PM yang lemah. Menantu nya Khairi kata jangan ikut suara mereka yang menentang Baba. Wal hal apa yang dikatakan memang betul dan tepat. Lingkup parti UMNO kerana budak kanyak yang mabok kuasa. Baru setahun jagung nak tunjuk pandai. Dia ni budak yang dok pakai kain lampin ‘Pampers’.

  9. Sanusi is a fine one to talk about “budi Bangsa Melayu” and “maruah Melayu”. He was the worst Menteri Besar Kedah ever had. Take a visit to Paya Pahlawan Resort the next time you are in Kedah and see what a “wonderful” development it is. Then, after you have viewed the “Resort” take a guess at how many millions it took to build it. Oh, by the way, he was the “genius” who planned it.

    He should keep quiet and focus on his kelapa muda, planting padi on rooftops, satay arnab and Gorpis.

    Did he show his version of “budi bangsa dan maruah Melayu” when he kicked that airport employee a few years ago? Sudah lupa kah?

    So AAB has Patrik and KJ and what ever other cronies. So what? Ananda Krishnan, Vincent Tan kawan siapa? Sudah lupa kah?

    UMNO is an ENTIRE party with crony baggage!!!

  10. Jangan menyalahkan orang lain atas kekalahan BN,kalau BN kalah di Kelantan disebabkan Tengku Razaleigh, maka di Pulau Pinang, tentulah Pak Lah, tak kan itupun tak boleh nampak.Kalau benda macam itu nampak Pak Lah bodoh, macam mana nak tadbir Malaysia. Banyak lagi benda besar nak ditangani, pemimpin bodoh tak kan mampu nak selesaikan. Jangan asyik tau cakap pasal bini aje, orang lain sayang bini jugak tapi tidaklah pulak heboh satu dunia cerita pasal bini, dah tua…tak payahlah macam orang muda, nak muntah kami melihatnya. Semua surat khabar siar front page, Pak Lah bodoh ketawa ingat orang suka kisah bini dia…bab tadbir negara bodoh macam tahi…Ingatan kami, jangan sekali-kali mengambil tindakan yang bodoh pada Dr mahathir.. satu Malaysia mengamuk .Kami amat sayangkan mantan perdana menteri yang gagah di mata dunia.Beza antara Dr mahathir dan Pak Lah:”Dr Mahathir nak letak jawatan, satu negara menangis supaya jangan meletak jawatan, Pak lah satu negara menangis dan merayu supaya meletak jawatan tp tak faham bahasa…Jadi fahamlah kita bahawa PM Malaysia memang bodoh dan bangang.

  11. Gendang Perang sudah dipalu !!!!

    Pak Lah akan terus membongkar kebobrokan Mahathir dan Mahathir akan menyerang lagi selepas berjaya mengajak Pak Lah beradu di depan rakyat setelah sekian lama menunggu dan menanti serangan beliau dibalas…

    Kenyataan pedas semalam setelah bertahun mendiamlan diri adalah tindakan yang sangat sukar oleh Pak Lah utk mengutuk bekas BOS beliau sebelum ini…

    Namun jika dibiarkan kritikan tersebut tentu keadaan akan semakin dahsyat dan rakyat akan tersepit di tengah tengah perbalahan antara dua pemimpin besar ini…

    Pak Lah tiada pilihan kecuali memulang paku buah keras yang dilemparkan kepada beliau selama ini.

    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir akan ketawa jika Pak Lah yang telah meletakkan beliau dalam cemas dan risau ekoran kes video Lingam dan juga tindakan2 tidak memelihara kepentingan Tun dalam beberapa projek yang dilaksanakan, turun dan meletakkan jawatannya.

    Ramai yang berKEPENTINGAN dalam projek projek utama sebenarnya yang sangat marah dan mendesak Pak Lah turun dari jawatan PM…Dan mereka menggunakan slogan ‘menyelamatkan UMNO dan Melayu ‘ kerana ingin menarik sokongan rakyat…..

    Yang bising ialah mereka yang TAKUT Pak Lah yang dikata LEMBEK itu membongkar kezaliman dan penyelewengan pimpinan sebelum ini BUKAN atas dasar sayang MELAYU tetapi ingin menutup peluang perbicaraan ke atas yang terasa dia akan dikenakan sesuatu hukuman dan mendapat malu daripadanya.

    Kes kes seblum ini seperti Video Lingam , Eric Chia, dll telah menggugat kredibilit Tun selaku pemimpin Ulung dunia…

    Jika Pak Lah turun, rasanya BN akan kembali kuat dan semakin sukar Pakatan Rakyat untuk terus menang lagi dengan majoriti besar masa akan datang…walaupun kemungkinan dapat sokongan tinggi juga cerah.

    Oleh itu kita perlu menahan Pak Lah dari JATUH jika ingin melihat usaha menutup kezaliman dan kejahatan zaman Tun Mahathir akan diteruskan oleh Mahkamah di negara kita….

    Jika tidak kita sebenarnya suka melihat ketelusan terhenti kerana terPEDAYA dengan kebijaksanaan Tun Mahathir dan konco-konconya yang sangat agresif dalam mempertahankan diri mereka sebelum mereka akan JATUH atau MASUK PENJARA kerana dosa sebelum ini.

    Mungkin ini pendapat tidak popular,tetapi fikirkanlah sesaat jika ada kebaikan padanya !

  12. […] Tun Dr. Mahathir: “Kalau reti malu, dah malu dah!” […]

  13. PM nak berundur?? Imposible……
    Kecuali dia sedar ketegangan dalam UMNO sekarang ni. Tapi puak2 ni tak faham2 dan masing-masing masih cuba pertahankan periuk nasik masing2 bukannya nak perbaiki parti dan martabat org melayu. Masing2 duk sibuk salahkan org lain….Yg itu tunjuk yg ini, Yg ini tunjuk yg itu. Jadi macam mana nak solve? Sampai bila lah dulu kini dan selamanya macam ni.

  14. Kalau macam ni le, lebih aman kalau Parti UMNO dikuburkan sahaja. Tak ada faedahnya. Orang Melayu sekarang pun dah tak macam dulu. Selain dari Melayu yang ditakrifkan oleh perlembagaan, kini dah ada komuniti Melayu Murtad. Lahabau pulak tu … seronok menjadi Melayu Murtad..Orang Melayu yg benar-benar beragama Islam sepatutnya berjuang bersama PAS, satu-satunya parti yg masih memperjuangkan Islam (bukan utk orang Melayu sahaja tetapi utk semua orang Islam di Malaysia) termasuklah orang bukan Islam yang menyokong Islam. Yg saya hairan, mengapa orang Melayu UMNO ni menentang Islam? Mereka kata menegakkan Islam tetapi natijahnya terpapar dalam surat pekeliling Bahagian UMNO sendiri supaya orang melayu jahil ugama. Sampai tergamak mengatakan “kejahilan orang melayu dalam ugama menguntungkan kita”.. Aku dah hantar salinannya ke JAKIM. Bukankah ini pengkhianat orang Melayu sendiri atau … tak tahu le aku gelaran apa yang wajar utk orang-orang ni .. dipanggil babi.. marah pula. Kalau dizaman sebelum penjajah dulu senang sikit. Tak payak banyak cerita.. hunus keris saja.

  15. betoi jugak kata batu bata tu..negara kita ni nama saja negara islam..tapi cara hidup macam tak tau apa tentang islam..main hentam saja..tubuh islam hadhari kunon2 nak pembaharuan..pembaharuan kepala bapak lahhh..lagi teruk ada..tu pun kita nak ikut..ni kamal atartuk malaysia..kepala bapakkk…laaahhh…

  16. betoi jugak kata batu bata tu..negara kita ni nama saja negara islam..tapi cara hidup macam tak tau apa tentang islam..main hentam saja..tubuh islam hadhari kunon2 nak pembaharuan..pembaharuan kepala bapak lahhh..lagi teruk ada..tu pun kita nak ikut..ni kamal atartuk malaysia..kepala bapakkk…laaahhh…hacur malaysia macam ni…Kita kena cari pemimpin yang benar-benar nak jalankan dan kembalikan Islam pada taraf yang paling tinggi…jangan macam kepala bapak lahhh…

  17. Kalau UMNO nak pulih semula, hentikan masalah dalaman ini..Apa guna gaduh-gaduh lagi, pemilihan akhir tahun, yang tak sabo2 tak tentu fasal, sekor2 nak jadi pemimpin buat aper..Sekarang ini dah tiba masanya pemimpin2 UMNO tampil, berani mengemukakan idea2 bernas untuk kebaikan negara..Siapa yang benar2 perform dalam beberapa bulan ini,maka orang itulah yang patut diangkat sebgai pemimpin dalam pemilihan nanti..

    Ni tak,ade ker patut kita terburu-buru pilih orang, berdasarkan sape yang paling berani buat bising melawan pemimpin?? Kalau benar2 berani sangat, da lame sebut perkataan “minta maaf”,contohnya IYer saya minta maaf saya salah dulu membazir duit kerajaan negeri buat rumah EXCO besar2 sbb saya dah tak tau nak buat ape dgn duit kerajaan negeri Selangor yg melimpah ruah..

    Aku arap, orang UMNO bertenang,gunakan akal fikiran, kalau yerpun hendak tukar pemimpin,mestila pemimpin yang berpotensi,yang berani meletakkan keutamaan negara melebihi kepentingan peribadi,dan sepatutnya kita gunakan tempoh beberapa bulan ini untuk menilai dan membezakan yg mana satu pemimpin yg hanya tahu melobi dengan yg mana yg benar2 buat kerja untuk rakyat..Kestabilan ekonomi dan politik negara perlu diutamakan..

    P/s : kadang2 tak paham betul melihat ahli2 fanatik UMNO,apa saja yg idola diorang cakap, sumer betul..

  18. Assalamualaikum,
    Saya bukanlah terlalu fanatik dengan Tun Dr Mahathir tapi saya adalah salah seorang yang akan berdiri teguh di belakang Tun. Saya amat berharap Pak Lah berundur dari Kerajaan. Paklah telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang berkarisma. Amat jauh sekali perbezaan dan watak Paklah dengan Tun. Paklah telah banyak melakukan kesilapan antaranya yang amat jelas ialah berkompromi dan menurut aja kata Khairi dan janganlah Paklah melakukan satu lagi kesilapan yang amat besar ialah itu cuba menyalahkan dan memandang remeh Tun Mahathir. Jangan Paklah menuruti sikap anak buah Paklah iaitu Nazri Aziz dan Menteri Penerangan tu yang tak kenal di untung dan tak sedar diri. Sebenarnya banyak yang saya tak puas hati pada paklah tapi takpayahlah saya nyatakan di sini. Bagaimananapun untuk Khairi..You boleh belah, Kamu tidak diperlukan oleh rakyat Malaysia.

  19. Lupa nak tulis tadi. Andainya Pak Lah reti malu dan sanggup berundur, jawatan Perdana Menteri lebih sesuai diberikan pada Muhyidin atau Hishamudin. Najib tu rasanya bolehlah mengikuti Paklah berundur.

  20. walaupun mungkin tidak relevan, tapi saya menyokong penuh sekiranya Tun kembali menjadi Perdana Menteri demi mengembalikan keharmonian dan demi negara ini.

  21. paklah, apasal bonus takda. Kamu je satu satu je PM yang tak kasi bonus. Dulu ada sekali Tun tak kasi bonus semasa belanjawan, tapi dia kasi juga insentif tak silap aku rm600 atau lebih. Gaji naik tu lain hal. memang patut dapat lebih kenaikan gaji pun sebab dah 15 tahun takda kenaikan gaji. Apapun walaupun tak popular, terima kasih kepada Dato Seri Anwar Ibrahim yang memperkenalkan bonus kepada kakitangan awam semasa beliau menteri kewangan dulu. Harap kalau ditakdirkan DSAI jadi PM, bagi le kita orang bonus 2=3 bulan gaji ke, gerenti kita orang bagi sokongan penuh kat Dato Seri. Tak kisahlah kalau Muhyidin atau Hishamuddin yang jadi PM, bonus mesti ada..wokay. Good luck to you all..apa khabar Samy Vellu. Bila mau kasi naik itu tol. Ooo. Lu sudah tarak jadi menteri kerja raya ka..sori maa

  22. Kekalahan BN/UMNO di PRU 12 adalah kerana kebanyakan pemimpin BN terlalu yakin akan kemenangan besar yang dilapurkan olih penasihat penasihat mereka terutama yang mengaku pandai. Mereka sebenarnya hipocrite.Mereka bermimpi di siang hari.Bila menang pukul canag satu kampung, bila kalah, cari sebab untuk salahkan orang lain. Adakah PEMIMPIN begini yang kita mahu?????Mereka lupa bahawa raayat lah yang letak mereka disana, untuk menikmati kesenangan dan kekayaan. Buktikan kepada saya ada PEMIMPIN yang susah atau hidup sederhana? Kebanyakan wakil raayat BN/UMNO, terutama pemimpin di Persekutuan dan di Negeri semuanya hidup dengan mewah dan sombong. Apa bolih buat, kita telah memilih mereka. kita tunggu PRU 13.

  23. Assalamualaikum,apa khabar Dr M. Apa khabar Pak Lah. Tentunya khabar tak baik sebab semakin ramai orang dah membenci kamu disebabkan kelembekkan kamu. Tapi saya tak salahkan paklah seratus dua peratus. Tapi disebabkan tiada ketegasan dan sikap paklah yang lembek membuat ramai menteri-menteri ambik kesempatan. Banyak menteri yang terlebih sudu dari kuah terutamanya Nazri dan Zaid. Apakah jasa dua beruk tu pada negara. Its nothing. Aku tahu sebenarnya banyak isu dan keputusan kerajaan, paklah hanya jadi pak turut. Semuanya dicadangkan oleh menteri menteri bodoh untuk kepentingan sendiri dan kemudian bodek paklah, suruh sain. Satu lagi selama ini UMNO dan BN selalu mencanangkan kononnya mereka yang terbaik. Mengutuk parti lain kononnya tak sokong melayu, suka mengumpat, hanya tahu ceramah, tak demokrasi dan sebagainya,.Tapi benarlah pepatah melayu, satu jari menunjuk orang lain, 4 jari menuding muka sendiri. Apakah UMNO demokrasi. Kenapa SAPP diugut, hanya kerana ingin mengusulkan undi tidak percaya kepada PM. Sebagai hukuman BPR diarah menyiasat dakwaan rasuah semasa presiden SAPP jadi TKM Sabah. kenapa baru sekarang. Why Why Why (Memetik kata Rafidah Aziz semasa Tun umum nak bersara, tapi bila dah bersara Rafidah pula yang kaitkan Tun dan anak Tun dalam isu AP, Apa punya perempuan ni. Cepat betul lupa diri) Inikah pemimpin UMNO yang diagungkan tu. Paklah patut tahu bukan SAPP je yang tak percaya lagi kat paklah dan menteri menteri kabinet rimba tu. Malah kami rakyat malaysia juga dah hilang kepercayaan pada paklah. Paklah bernasib baik sebab rakyat Malaysia tak macam Thailand atau Indonesia atau negara negara lain. Kalau tak, hancus…Sedarlah paklah dan tegaslah sikit. Jangan mudah diperdaya oleh menteri menteri kamu tu. Janganlah jadi boneka atau pak turut je. Mereka tu semua tak ikhlas. kalau tak percaya cuba kamu letak jawatan. Pasti menteri menteri yang kamu lantik sekarang ini akan kutuk dan bantai kamu terutama Nazri dan Zaid. Habis luar dalam kamu depa akan korek balik. Ok lah paklah. Bye Bye

  24. […] Tun Dr. Mahathir: “Kalau reti malu, dah malu dah!” […]

  25. […] think Umno members are generally happy? You just have to check on the forums held last week and yesterday to see for yourself how unhappy the grassroots members are. And please look at the results of the […]


Leave a comment