Apa motif kumpulan “UMNO 11″ mengaku tidak berniat haramkan UMNO, sekarang?
Hari ini, salah seorang dari kumpulan “UMNO 11”, gerombolan 11 orang ahli UMNO yang telah mengheret UMNO ke Mahkamah sehingga mengakibatkan Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Harun Mahmood Hashim mengharamkan UMNO pada 4 Februari 1988 membuat kenyataan bahawa bukan niat mereka UMNO diharamkan.
Sebaliknya, mereka meminta Perhimpunan Agung UMNO (PAU) April 1987 diisytiharkan tidak sah dan pemilihan yang menyaksikan Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad mengalahkan pencabarnya Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah dengan undi tipis 43 undi. Naib Presiden UMNO En. Abdul Ghaffar Baba mengalahkan penyandang Timbalan Presiden UMNO Dato’ Musa Hitam.
Laporan Bernama.com:
|
April 19, 2008 22:46 PM |
|
|||||
Kumpulan “UMNO 11” ini kini tampil kehadapan setelah 20 tahun, kunun kunun mengaku bahawa niat mereka sebenarnya tidak mengheret UMNO sehingga diharamkan.
Penasihat undang undang kumpulan “UMNO 11” ini pada masa itu ialah Dato’ Radzi Sheikh Ahmad, seorang Mantan Timbalan Menteri dan penyokong kuat Mantan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Musa Hitam dan “Team B”. Seorang lagi ialah peguam Dato’ Marina Yusuf.
Mesyuarat pertama kumpulan ini telah diadakan dikediaman Mantan Menteri Pertahanan Dato’ Abdullah Ahmad Badawi di Bukit Bandaraya. Abdullah pada masa itu ialah Naib Presiden UMNO dan juga seorang penyokong kuat Musa dan “Team B”. Abdullah telah dipecat dari jawatan Kabinet setelah tamat pemilihan PAU April 1987, walaupun berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden.
Hari ini, Abdullah merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia manakala Radzi pula baru sahaja meletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN, selepas BN mengalami kekalahan di 5 + 1 buah negeri dalam Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) pada 8 Mac 2008.
Antara isu isu yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka ialah salah seorang berkaitan rapat dengan ahli kumpulan “UMNO 11” ini ada memohon 10,000 ekar tanah balak di Pahang dan kerusi Pengarah dalam PKNP, yang tidak dilayan oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Dato’ Khalil Yaacob.
Perkara penglibatan kumpulan “UMNO 11” ini mungkin sengaja ditimbulkan pada masa ini (’kebetulan’ selepas 20 tahun?) ialah sebagai ‘gangguan’ (distraction) dan ‘alih pandang’ (diversion) kepada desakan yang dimulakan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad agar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ianya semakin intensif. Begitu juga keputusan memberikan pembayaran ex-gratia kepada Ketua Hakim Negara yang dipecat pada Ogos 1988, Tun Mohamed Salleh Abas dan lima Hakim Mahkamah Agung lain dua malam lepas.
The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/19/apa-motif-kumpulan-umno-11-mengaku-tidak-berniat-haramkan-umno-sekarang/trackback/


bodoh punya abdul rahim.. kalau kata pemilihan 1987 tu tak sah sbb ada cawangan tak registered, then kenapa tak terus kata pemilihan tahun 1985 dan 1982 dan sebelum sebelumnya pun tak sah??? sore loser…
bagus lah pekara2 seumpama ini di dedahkan supaya orang ramai boleh berpikir & menilai semula setiap perancangan jahat yang telah dilakukan oleh Tun dan kuncu2nya untuk terus berkuasa selama lebih 20 tahun dan hasilnya adalah seperti saudara Tuan punya blog ini.
Perancangan jahat…??? tolong senaraikan… saya hidup dah 27 tahun n sampai arini saya tak tau apa yang jahat sgt nya TDM nie… wondering wondering…
Arini saya idup selesa… malahan lebih dari apa yang saya jangkakan… saya bersyukur… teramat sgt… sy tak pikir apa yang saya kecapi hari nie dtg bergolek… Allah takkan turunkan rezki saya nie begitu sahaja… mestilah ada usaha…dan tentulah bukan dari sy seorang… dan usaha itu saya tak pikir akan menjadi dgn mudah jika keadaan negara saya begitu “jahat”…
hahahaha….lepas ni UMNO kena bayar pampasanlah pulak kat ‘geng 11′ ni!…depa taknak suruh Tun mintak maaf ke??sorilah encik2 11 jahanam semua…kalau dah pengkhianat sampai bila akan jadi pengkhianat!
p/s:Kalau zaman Tun ahli UMNO bangga menjadi ahlinya tapi la ni zaman Pak Lah hadhari…bukan sahaja malu mengaku jadi ahli UMNO tapi ahli UMNO mengundi DAP pun ada!…fikir2kan lah!
Semasa pilihanraya Presiden USA, Al Gore dan kemudian John Kerry menerima keputusan kekalahan sebagai gentlemen bukan dengan membawa ke mahkamah. Padahal mereka mempunyai asas perundangan.
Kumpulan Team B atau S 46 tidka gentlemen. Mereka mengorek teknikaliti utk menang apa cara saja. Serupalah apa yang Tengku Teriz kata … mendapat kausa tidka kira membujur lalu melintang patah.
Pada realitinya, mana ada persatuan dalam Malaysia yang pentadbiran begitu sempurna hingga cawangan-cawangan mengikut peraturan?
Jika diakui hak mereka untuk membawa ke mahkamah, maka merek aperlu bertanggungjawab sekali.
Mereka tidak boleh kata mereka tidak ada niat. Ignorance of the law is no excuse. Lawyer mereka lawyer Oxford, Radzi.
Mereka sepatut tahu bahawa tindakan mereka menyebabkan UMNO di bubarkan. Maka mereka harus bertanggungjawab dan berhenti menuduh TDM dan Sanusi sebagai penyebab UMNO diharamkan.
Sementara, maklumat saya pula mengatakan mesyuarat pertama kumpulan penghancur UMNo ini adalah rumah Pak Lah di Jalan Medan Kapas, Bangsar. Msyuarat berikutnya sebelum raya di rumah Marina Yusof di Ampang Hilir. Sila baca Fikir-Fikirkan: Abdullah Perancang Pengharaman UMNO 1988
Sebenarnya tidka berpaa yang peduli ini semua. terutama anak muda dan pengundi yang dalam umor 30an kebawah.
Kalau diikutkan alasan S 46, UMNO perlu kembali pada Perlembagaan asal dan tidak ada undi kuota. Ku Li sepatutnya menjadi Presiden bukan Dr Mahathir.
Katakan diterima hujah mereka, adakah Dolah sedia undur untuk mereka yang sepatutnya lebih layak, Ku Li untuk naik atau kembali kepada perlembagaan asal yang tidak mahu buang undi kuota?
Ini semua untuk kekalkan DOlah sebagai Presiden dan PM.
Apa yang saya faham, mengikut cerita orang, tak pasti betul atau tidak, Team B heret UMNO ke mahkamah untuk Ku Li menang, bodohlah ia kalau nak haramkan UMNO.
Tapi oleh kerana hujah team B ialah kerana terdapat cawangan tidak berdaftar dan ahli tidak “membayar yuran”, pihak team Mahathir yang mengharamkan UMNO, supaya dia boleh bentuk UMNO baru tanpa team B.
Peguan Team B pun terkejut.
harap maaf jika cerita ini tidak benar. tapi rasanya benar.
Apa untungnya team B haramkan UMNO?
Biasalah orang Melayu, ada sifat dengki. Sanggup “bakor rumah kerana marahkan nyamuk” dan “asalkan menang sorak, kampung tergadai pun tidak mengapa”!
wahai UMNO, cukup le pandang belakang lama sangat, Nanti tak nampak bendol kat depan…. oppss.. i stand corrected, dah langgar pun bendol, abis tukang dimarah. Cukup la.. move forward la.
memang pun, apa yang dibuat oleh 11 orang tu, cuma nak dibuat semula pemilihan saja.
team B memang tidak dapat apa-apa keuntungan pun kalau amnu diharamkan… dan, secara logik, berani sangat ke hakim tu haramkan amnu kalau tak de restu seseorang… hmmm…
setuju pandangan hasbullah…
Rayuan gang of 11 bakal didengar oleh Tun Saleh Abas ketika itu, tetapi faham fahamlah apa yang menimpa beliau sebelum kes rayuan itu dapat berlangsung.
Ini tidak benar sama sekali kerana tiada pihak membuat rayuan.
Menjawab hasbullah bin pit dan el said, hakim yang bersidang adalah almarhum tan sri harun hashim.
Kalau kita baca dokumen dan buku yg pro tun salleh abas, meraka kata ada usaha untuk mengubah hakim tetapi tidak dapat sebab proceeding dah mula. Bagaimana pula harun hashim berpehak kpd pihak tdm?
Sebenarnya banyak masaalah kehakiman bermula dari beliau yang mempunyai pendapat yg sungguh radikal hingga merangkau ke bidang kuasa eksekutif. Contoh yg diketahui ramai adalah permit kerja utk dua wartawan AWSJ.
Dari cakap2 sesama peguam semasa peristiwa ini berlaku, pihak peguam team B dan pihak kehakiman di lihat fraternise di selangor club di bar. Salah seorang partner awal Zaid Ibrahim, shahrom pernah memberitahu kawan2 bank bahawa UMNO akan menang.
Apa ceritanya?
Harun hashim dikatakan membenci UMNO dan ini mungkin ada elemen bias hingga sanggup mengharamkan UMNO. Persoalannya kenapa dia tidak membatalkan sahaja keputusan pemilihan?
benda benda lama tak yahlah di korek korek…tengok hari esok plak…esok masih ada…rasa tak ada persepakatan dalam UMNO nie sebab tu jadi macam tu…Sistem awal dah salah…keputusan apapun selepas tu tak akan betul…tetap salah…fikir fikirlah semua…kita dah ada anak menantu…cucu lagik tetapi minda maseh terbatas untuk menguasai pentas politik yang perlu kesabaran tinggi dan bertamaddun…kita macam budak budak berebut buah setoi…salam