Mukhriz: Kelemahan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah selesai masalah sebab no.1 BN ditolak


Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir malam ini berkata “Akan berlaku satu lagi Tsunami politik Disember ini”, sambil memberikan alamat bahawa orang Melayu akan bertindak menentukan apa yang penting bagi mereka. “Sebab no. 1 kita kekalahan dalam PRU 12 ialah sebab Kepimpinan yang lemah dan tak mampu selesai masalah”.

Beliau juga merayu kepada golongan professional muda Melayu agar “Biar kita sendiri tentukan bila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihentikan dan bukan orang lain yang minta!”.Apabila bercakap panjang lebar mengenai DEB, Mukhriz menolak gesaan ramai golongan professional muda Melayu bahwa DEB sudah tidak relevan lagi kerana hanya mereka sudah berjaya dan mampu mencari rezeki dan membina kehidupan, sedangkan ramai lagi masih lagi bergantung kepada program program pendidikan, pembangunan ekonomi dan infrastruktur. “Datanglah ke Jerlun dan lihat dan rasakan sendiri kehidupan kemiskinan tegar”, sambil mengundang generasi kedua dan ketiga urbanit yang kini rata rata berpelajaran dan berjaya mendapat kareer stabil dan lumayan.

Ahli Parlimen Jerlun ini juga menjelaskan bahawa modal insan yang cuba yang ujudkan oleh PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal kerana terdapat professional Melayu hari ini lebih berminat keluar negara untuk mencari rezeki dari menyumbang kepada negera sendiri.

Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi pula mengingatkan hadiri agar “Berbudi kepada apa yang diturunkan, yang memberikan menafaat kepada orang Melayu”, sambil membuat rujukan kepada DEB. Atas topik yang sama, hadirin digesa untuk menjaga bagaimana asas ‘persetujuan’ lahirnya negara ini dan sekiranya ada pihak meminta DEB untuk dihapuskan, maka beliau mempersoalkan bahwa adakah rakyat keturunan Bukan Melayu ini sanggup untuk melepaskan sama sekali sistem sekolah vernakular yang mereka begitu bersungguh sungguh pertahankan itu, sebagai timbal-balas.

Beliau mengingatkan bahawa semenjak empat tahun kebelakangan ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah belanja terlalu banyak wang untuk program ‘Islam Hadhari’, yang sepatutnya patut dibelanja bagi orang Melayu generasi muda menghayati warisan bangsa dan sejarah.

*Perkembangan Khamis 1 Mei 2008 2.30pagi

Semasa sessi soal jawab, Mukhriz menjelaskan kenapa Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menjadi pilihan beliau sebagai Presiden UMNO selepas PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Beliau amat yakin dengan kebolehan dan kemampuan Dato’ Seri Najib memimpin negara kerana “Buat masa ini pun, Dato’ Seri Najib mempengerusikan 36 jawatankuasa Kabinet. Oleh itu, urusan mengurus (hal hal operasi) negara terletak pada beliau walaupun tidak diberikan tanggungjawab”.

Dalam banyak sessi penerangan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah yang dihadiri Mukhriz, beberapa kali pengerusi menutup majlis tanpa memberikan hadirin berinteraksi dengan Presiden UMNO dengan alasan “Kerana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah jelaskan semuanya, maka kita berakhir disini sahaja” dan ini menimbulkan tidak puas hati pemimpin akar umbi kepada parti.

Sebagai menyambung mengenai soal DEB, Mukhriz menjelaskan bahawa semenjak dasar affirmative action ini dilaksanakan, pertumbuhan negara lebih pesat dan semua pihak, termasuk Bukan Melayu mendapat nikmat dan kebaikan, walaupun tidak secara langsung. Program program DEB seperti membasmi kemikinan melalui pelajaran, kesihatan dan infrastruktur nyata memberi peningkatan kualiti hidup kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum. Sejarah menunjukan bahawa setelah berlaku krisis matawangan dan ekonomi pada 1997-98, negara tidak mengalami keadaan buruk seperti apa yang berlaku di Indonesia dimana harta rakyat keturunan Cina dan Bukan Pribumi dirosakan teruk dalam siri rusuhan luar kawalan kerana kemarahan rakyat Pribumi apabila mereka dilanda kesempitan hidup.

Kemudian beliau menyingkap dalam sebuah makan malam anjuran KL Business Club pada 14 Jun 2007 dimana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengiyakan soalan mengenai setelah cadangan mengecualikan DEB dalam Wilayah Pembangunan Iskandar dibuat Pengerusi Panel Penasihat IDRA Tun Musa Hitam, bahawa DEB akan seluruhnya dihentikan perlaksanaan bagi peringkat negara pula.

Dalam soal Perjuangan pula, beliau bercakap panjang lebar mengenai semangat yang perlu disematkan dalam sanubari. Sambil itu, beliau memberi pandangan mengenai soal “Keris”. “Biarlah Keris itu terhunus dihati hati kita dan sentiasa terhunus, bagi Bangsa dan Ugama”. Beliau menyusuri pengalaman peribadi semasa diAmbon lapan tahun dulu apabila sendiri menyaksikan bagaimana penduduk majoriti (golongan Maluku Islam) merana kerana kepentingan strategik mereka dikuasai sepenuhnya oleh golongan minoriti (yang berugama Roman Katolik), terutama apabila terjadi pergaduhan berdarah antara kaum.

Apabila seorang graduan UUM mencadangkan bahawa Anwar Ibrahim merupakan kepimpinan alternatif kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, bangkit pula seorang wanita professional berusia tiga puluhan menolak dengan keras cadangan itu dengan hujah bahawa Anwar merupakan “Pengkhianat Negara!” dan ianya mendapat reaksi sokongan hebat hadirin.

Akramsyah pula mencabar golongan professional muda Melayu untuk berani masuk kedalam UMNO, berjinak jinak dengan Perjuangan dan beruasaha membuat perubahan, disebalik hanya membuat rungutan diluar, tanpa benar benar memahami isu sebenar akar umbi dan apa permasalahan rakyat yang cuba ditangani pemimpin, walaupun diperingkat Cawangan.

Published in: on April 30, 2008 at 22:23  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/30/mukhriz-kelemahan-pm-flip-flop-abdullah-tangani-masalah-sebab-no-1-rakyat-tolak-bn/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. “CUKUP-CUKUPLAH…………….kata Pak Lah ?“

    Lebih baik EGM tidak diadakan
    Pak lah selaku presiden nyatakan
    Faham isu dan mesej bangkitkan
    Sumbang silatan, pak lah tarikan

    Syukur pak lah akui kemerosotan
    Kini UMNO menyosot kehebatan
    Tapi tindakbalasnya tak bertepatan
    Halang EGM, amat besar kesilapan

    EGM UMNO, ahli sendiri suarakan
    Perlembagaan UMNO membenarkan
    Halangan bererti demokrasi dinafikan
    Ngapakah pak lah sebaliknya fikirkan

    Konon pembelaan rakyat diutamakan
    Kata pak lah tambah sebab halangkan
    Sebiji macam presiden PAS komenkan
    Yang saran hal UMNO usah pedulikan

    Bila komen Hadi lebih pak lah akurkan
    Sahlah presiden UMNO diperbodohkan
    Hasrat hadi, supaya UMNO kecamokan
    Sedih hasad hadi tidak pak lah curigakan

    EGM UMNO berdasarkan perlembagaan
    Khas buat ahli UMNO yang berkelayakan
    Mudahkan perbetulkan segala kelemahan
    Mantapkan “bahtera UMNO“ dilayarkan

    Persidagan parlimen penggal 12 berjalan
    Eloklah MP wakili UMNO fikir-fikirkan
    Dari seluruh negara di K.L dikumpulkan
    Bahawa EGM UMNO lebih manfaatkan

    serling
    [30.04.08]
    rabu
    ……

    p/s:

    – Tsunami politik dalam PRU 12 adalah luar biasa, EGM UMNO adalah langkah terbaik memantapkan kembali UMNO; jika sebaliknya ibarat UMNO gali kubur sendiri atas kelemahan, kegagalan dan ketakutan pak lah selaku presiden UMNO kertika ini

    -Agendadaily:28.04.08:isnin:
    “Cukup-cukuplah…sampai masa buatlah keputusan”

    Mana-mana UMNO Bahagian yang ingin mengadakan Perhimpunan Agung Khas (EGM) diminta membatalkan hasrat mereka itu kerana isu-isu serta mesej yang dibangkitkan melalui mesyuarat berkenaan telah sampai dan difahami oleh pucuk pimpinan parti.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, dalam keadaan sokongan terhadap UMNO merosot pada pilihan raya umum yang lalu, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha pembelaaan nasib rakyat dan adalah lebih baik EGM tidak dilakukan kerana pucuk pimpinan sudahpun memahami kehendak dan pandangan akar umbi terhadap kerajaan.

    Sehubungan itu katanya, tidak perlulah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mendesak peralihan kuasa dalam parti dilaksanakan sebelum Disember ini.

    “Apa yang rakyat mahu ialah supaya kita tumpukan kepada hal berkaitan kepentingan rakyat dengan tenaga yang ada pada kita.

    “Proses demokrasi dalam parti tetap akan berjalan semasa pemilihan Disember ini, pada masa itu kita undilah, kita tidak perlu gembar-gemburkan, tidak perlu.

    “Sebenarnya kita kenal semua dan semua orang tahu apa mereka buat, apa kemampuan mereka, apa kebolehan mereka, apa salah mereka, apa yang tidak elok dengan mereka. Bila tiba masanya kita buat mesyuarat dan masa itulah kita tentukanlah apa yang patut ditentukan,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat UMNO petang Isnin.

    Sehingga kini, tiga bahagian UMNO iaitu Gua Musang, Batu Pahat dan Cheras telah mengadakan EGM. Manakala Bahagian Bandar Tun Razak turut dijadual mengadakan EGM pada 1 Mei depan.

    Selain soal desakan supaya pelan peralihan kuasa disegerakan sebelum Disember ini, EGM turut menyentuh mengenai kouta pencalonan bagi pemilihan parti.

    Menurut Abdullah, tindakan sesetengah pihak di dalam UMNO terus membangkitkan isu-isu politik dalaman UMNO hanya akan menimbulkan rasa marah rakyat kepada parti yang diberi mandat untuk mentadbir negara.

    Katanya, rakyat akan kecewa dengan tindakan serta gelagat segelintir ahli-ahli UMNO yang begitu memberikan tumpuan kepada soal pemilihan parti hujung tahun ini sedangkan perkhidmatan mereka amat diperlukan untuk membantu rakyat|

    “Rakyat sokong kita sebab kita ada program-program yang akan kita laksanakan, kalau kita tidak laksanakan, parti kuat macam mana pun rakyat tidak akan terima, jadi janji kita kepada rakyat mesti ditunaikan,” katanya.

    Serentak dengan itu, Abdullah melahirkan harapan agar masalah dalaman parti tidak seharusnya melekakan ahli dan pimpinan UMNO terhadap tanggungjawab mereka kepada rakyat.

    Menyentuh mengenai antara perklara yang dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini, Abdullah berkata, banyak perkara yang dibincangkan sehingga mesyuarat kali ini perlu disambung minggu hadapan bagi membolehkan semua ahli MT dapat memberikan pandangan mereka terhadap permasalahan serta isu-isu yang perlu ditangani oleh parti.

    Katanya, dalam membincangkan soal permasalahan serta isu yang melanda parti ia tidak hanya tertumpu kepada masa pilihan raya semata-mata tetapi melibatkan isu-isu yang berlaku di luar musim pilihan raya.

    Beliau juga memberitahu, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuaratnya hari Selasa (29/4/2008). – 28/4/2008

  2. penyertaan profesional, juga golongan berpendidikan tinggi, muda melayu dalam umno adalah perkara lama yang telah dibangkitkan sejak dahulu dan tidak beroleh jawapan atau penyelesaian yang konkrit hingga sekarang. walaupun tudingan jari yang popular selepas prestasi hambar umno/bn terarah kepada pimpinan atasan, para pemimpin akar umbi (cawangan) dan pertengahan (bahagian) juga tidak harus melepaskan diri daripada tanggung jawab bahawa tindak tanduk mereka juga sebagai faktor penyumbang. sejak sekian lama, telah menjadi rahsia umum yang turut disentuh oleh mukhriz sendiri di hotel singgahsana, bahawa proses permohonan menjadi ahli bagi golongan ini harus menghadapi halangan serta rintangan dari pelbagai peringkat pimpinan. sekiranya berjaya menjadi ahli, bukanlah sesuatu yang luar biasa pula nama mereka akan terkeluar menjelang mesyuarat agung pemilihan dengan pelbagai alasan termasuk tidak menjelaskan yuran tahunan sebanyak rm1. sejak sekian lama, golongan ini disisihkan oleh umno sendiri, melalui pimpinan bawahan dan pertengahan, dan menyebabkan kebanjiran mereka di dalam parti lain hingga membentuk kekuatan yang besar di luar umno. oleh yang demikian, sekiranya desakan dibuat supaya pucuk pimpinan ditukar, wajah-wajah pimpinan bawahan dan pertengahan yang telah sekian lama bertakhta di kedudukan mereka juga harus sedar bahawa masanya telah tiba supaya mereka memberi laluan kepada tenaga baru untuk menerajui umno di peringkat akar umbi dan pertengahan. dengan lain perkataan, peralihan kepimpinan umno bukan sahaja terbatas kepada peringkat atasan malahan harus meliputi semua peringkat supaya keadaan benar-benar berubah sesuai dengan perubahan masa dan keadaan.

  3. orang sekarang dah ada ilmu, dah belajaq tinggi, buleh menilai seseorang pemimpin itu walaupon dia rasa dia betul. jangan salah tafsir wahai DYMM Sultan Abdullah Shah, eloklah berundur sebelum banyak lagi kejadian yang tak diingini berlaku di tanah melayu nie.

    buleh jadi pak lah akan turun apabila beliau telah masak2 memikirkan sebab2 yang munasah beliau harus turun takhta. beliau tak akan turun sekarang, nanti orang ramai akan nampak beliau memang tak mampu nak memimpin.

    so, beliau akan menggunakan cara yang org tak berapa nak nampak lah (kononnya la).. tapi orang dah peka la…

  4. Sdr Akram,
    Soalan saya , mengapa golongan 4 ,graduan in the making dan golongan remaja menjauhkan diri dari UMNO, malah ramai pula yang condong ke kiri? Saya memfokuskan kepada golongan ini kerana mereka inilah pewaris yang akan mencorakkan hala tuju masa depan melayu.

    Ramai dikalangan ketua-ketua bahagian yang bimbang akan kehadiran golongan ini yang dilihat boleh menjejaskan kedudukan mereka. Mereka sengaja menyekat golongan ini daripada pergi jauh.

    Tiada program yang dibuat diperingkat bahagian yang bertujuan menarik golongan ini ke dalam parti. jika ada pun bilangannya adalah sedikit. Jika golongan ini terdiri daripada anak-anak pemimpin, kemungkinan untuk diberi ruang adalah tinggi.

    Kecenderungan ahli-ahli UMNO mengutamakan wang adalah satu penyakit besar yang melanda UMNO. Pada mereka Pemimpin mesti ada banyak wang.Sedangkan rata-rata golongan 4 ini mempunyai pendapatan yang cukup untuk keselesaan anak isteri.

    Tidak dinafikan UMNO telah banyak berjasa, tetapi ramai pemimpin mengambil sikap budi mesti dibayar budi. Mereka ini diabaikan sejak mula, sejak diuniversti lagi. Golongan kiri bijak mengambil peluang yang ditinggalkan kosong oleh para pemimpin yang telah menyediakan peluang ini.

    Pemimpin terlalu sombong untuk mendekaaaaati golongan ini.

    Jadi pemimpin UMNO perlu ubah sikap, perlu ubah paradigma. Perlu utamakan parti melebihi kepentingan diri.

    Sedarlah wahai pemimpin UMNO?


Leave a comment