Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tuanku Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Ketua Turus JMF

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi semalam, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa  gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini, untuk meraih perhatian rakyat.

Sepanduk PKR yang memaparkan gambar Tuanku Sultan Johor sebagai modal kempen; ehsan blog idealismalaysia.blogspot.com

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor 2010, akibat tindakan yang disifatkan:

“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen) sepanduk mereka. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Golongan ini tiada pendirian hidup, seperti ‘lalang’. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar diiringi TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin semasa pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di JB Sentral

Laporan The Star:

Tuesday August 10, 2010

Don’t use my name for politics, says Johor Ruler

KOTA TINGGI: Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has warned politicians not to use his name for their own personal gain.

“Do not drag me into politics” he said, adding that such action was rude and offensive.

Sultan Ibrahim pointed out that he had been following the news, especially in the state.

“In Batu Pahat, a politician had tried to create problems among the people by using my face in a banner,” he said during the closing ceremony of Kembara Mahkota Johor at Padang Majlis Perbandaran Kota Tinggi here yesterday.

He added that politicians should not use the influence of Rulers for their personal agenda and the police should investigate the issue.

Sultan Ibrahim also urged the people not to be swayed by the actions of such politicians.

On another matter Sultan Ibrahim reminded government officials to serve the people diligently.

“I would like to remind government officials to serve the people with integrity.

“Do not do things solely for your own benefit,” he said.

He also reminded enforcement officials to uphold justice as it was their responsibility to do so.

“Do not adopt a double standard when carrying out your enforcement duties as anyone who breaks the law must face the consequences,” he said.

******************************

Tuanku Sultan Johor melepaskan benih ikan semasa lawatan program Kembara Mahkota Johor 2010

Kebiadapan Chua menggunakan peluang platform politik sebagai pentas untuk ‘menghasut’ rakyat agar ‘bangkit’ dengan ‘memperkudakan emosi’ kunun kununya Tuanku Sultan Johor terpengaruh dengan pemimpin UMNO  untuk ‘menghukum’ beliau dan menarik balik darjah kebesaran dan merayu untuk memberikan kuasa kepada PKR juga wajar disiasat bawah Akta Hasutan.

Dikhabarkan darjah kebesaran anugerah Tuanku Sultan Johor keatas Chua semasa beliau menjawat Menteri Kabinet, MP BN untuk Bakri dan Naib Presiden MCA adalah akibat tindakan beliau yang cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor, dalam proses perebutan jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti 2008. Beliau dikatakan mengunakan pengaruh beliau sebagai pemimpin kanan MCA Johor untuk ‘mempengaruhi’ Istana dengan menafikan darjah anugerah kepada masyarakat Cina, kerana dikatakan mereka yang tersenarai ini tidak memihak kepada beliau dalam perebutan jawatan Presiden MCA itu.

Chua dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

Chua menyertai PKR kerana kecewa dalam MCA adalah amat tepat kerana PKR merupakan ‘himpunan politikus kecewa dan terdesak’, yang diketuai Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Beliau juga kini menurut rasmi Anwar dan Anwarista dengan memanipulasikan fakta dan keadaaan, berbohong dan tergamak memperkudakan nama baik Tuanku Sultan sebagai gimik kempen semata mata untuk meraih perhatian rakyat, disamping dengan menyelitkan mesej berbaur hasutan dan politik kebencian.

Titah Tuanku Sultan Johor agar rakyat “Tidak terpedaya dengan hasutan golongan ini (PKR)” merupakan ingatan tepat untuk amaran agar golongan yang memperkudakan emosi rakyat dengan politik kebencian dan mesej berbaur hasutan sebagai modal untuk meraih kuasa, dalam kekeliruan dan ‘menangguk di air keruh’.

Tuanku Sultan Johor melibatkan diri dengan sukan air antara remaja semasa program Mahkota Kembara Johor

Baginda merupakan seorang Raja Melayu yang amat perihatin dengan rakyat dan rakyat Johor amat kagum dan sayang kepada baginda. Ini amat jelas dengan penglibatan baginda dengan program tahunan Kembara Mahkota Johor sebagao acara tahunan baginda mendekati rakyat Johor diseluruh pelusuk negeri, tanpa pengecualian mana mana daerah dan keturunan etnik, termasuk masyarakat orang asli.

Kebiadapan golongan minoriti untuk mencabar kesabaran majoriti adalah menjadi terlaluan dan makin parah. Sudah tiba masa undang undang dilaksana sebagaimana diperuntukan, demi menjaga kepentingan negara dari usaha untuk membawa rakyat kepada kancah yang mengancam keselamatan negara, demi meraih sedikit populariti dengan perjuangan politik sempit dan mencabar kepentingan majoriti.

KEBIADAPAN BUKANLAH SESUATU YANG WAJAR DITIMBANG-TARA! AMARAN KERAS: JANGAN BERMAIN DENGAN API!

*Perkembangan dikemas kini 845am

Published in: on August 10, 2010 at 01:45  Comments (23)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/08/10/sultan-ibrahim-jangan-jadi-bodoh-dan-terpedaya-dengan-pkr/trackback/

RSS feed for comments on this post.

23 CommentsLeave a comment

  1. KEBIADAPAN BUKANLAH SESUATU YANG WAJAR DITIMBANG-TARA! AMARAN KERAS: JANGAN BERMAIN DENGAN API!

    Amaran keras, sekeras-kerasnya !!!!!!!!!
    – Amaran keras dari Hishamuddin lembek.

    Di bumi Malaysia ni, orang dah konfius samada ada lagi ke tidak “sedition act”. Thanks kepada yang lembek terkulai dan sepupunya yang play safe.

  2. Saya memberi AMARAN yang SANGAT KERAS… Hishamudin Aww.. Menteri Amaran Dalam Negeri.

  3. minta izin artikel ini di printkan dan di sebarkan ke seluruh rakyat johor dengan kaedah door to door.

  4. semoga orang2 melayu sedar akan apa yg berlaku sekarang..dengan DYMM SULTAN pun mereka berani bersikap kurang ajar dalam agenda politik jijik mereka apalah kita ini rakyat biasa.
    walaupun dah berusia,tetapi darah melayu yg mengalir dalam tubuh melayu kerdil ini tak akan biarkan kaum pendatang ini mencabar kedaulatan RAJA2 dan bangsa melayu dibumi tercinta ini..
    cubalah…
    jangan sampai melayu marah…sabar ada had dan sempadanya..
    jangan sampai melayu hilang sabar..buruk nanti..
    melayu sanggup berputih tulang,bermandikan darah bila haknya dicabul..
    ingat..bukan semua melayu macam melayu dalam pas dan pkr serta beberapa kerat petualang melayu dalam umno yg sanggup jual maruah bangsa dan ugama..

  5. DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU

    SAYA SANGAT TERHUTANG BUDI DENGAN TITAH KE-BAWA DULI TUANKU.
    SEMEMANG NYA RAKYAT PERLU DI-SEDARKAN OLEH TUANKU.

    SEMOGA SEMUA RAJA RAJA MELAYU BERPENDIRIAN SEPAERTI KE=BAWA DULI TUANKU, BANGKIT MENETANG KEBIADAPAN GOLONGAN TERTENTU DAN MENASIHATI RAKYAT-RAKYAT BAGINDA JANGAN TERUS MEMBIARKAN DIRI MEREKA DI-PERKUDAKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU UNTUK MENCAPAI MAKSUD JAHAT GOLONGAN ITU.

    DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU

  6. […] Posted by JoS on August 10, 2010 in Politics · 0 Comment Revenge of an axed-Dato. Jimmy Chua may still be very sore about losing his Johor datukship. We can understand that. But using Sultan Ibrahim’s portrait on his banner to campaign for himself, knowing very well he’s not in the good books of the Sultan, is deceiving and insulting. And we can’t understand that. The Sultan is not amused. Read here. […]

    • Puting gambar Tuanku dibawah CIPUT BABI dan sebaris dengan cina tu di dalam poster, tak manis, to say the least…

      mohamed

  7. Gambar Anwar diletak lebih tinggi dari Sultan Johor…..mungkin dia ingat jika DAP berkuasa dia akan jadi Presiden Malaysia yang pertama kot, dan kominis Chua dilantik sebagai Gabenor Johor.

  8. Hishamudin, Menteri Amaran Ya a Auwww! Apelah dia nak buat tentang perkara ni yek?!! Oh! Dah tau dah! Paling kuat pun bagi Amaran le…. Auww!

  9. Lagi sekali Bro! LETIH KITA Bro, apa yang berlaku hanya angin yang lalu bagi Menteri Dalam Negeri yang lembik bersama sepupunya dari Pahang. Harap DYMM Tuanku halau aje Menteri KDN dari Johor ni sebagai pengajaran kepada pemimpin dari Johor yang dayus tak bersuara mempertahankan Kesultanan Johor.

    DAULAT TUANKU!

  10. Ye ke? Tak mungkin org PKR buat kerja bodoh. Ini kerja orang ameNO la buat kerja bodoh macam kes kepala lembu. Otak lembu punya orang

  11. apa la lu mamat ab rashid ,kalau malaysia diambil oleh orang asing kau nak berniaga atau cari makan pun susah.udah la nak subsidi dan nak bantuan dari kerajaan aje…PKR apa ada bro…lu pikir la sendiri…jangan sampai kubur kau anak cucu cicit kencing udah le…

  12. Saya senang hati sedikit melihat ramai Melayu mempertahakan Raja Raja kita dan bersuara. Ini mesti berlaku kerana Raja Raja kita adalah punca dan lambang hak mutlak kita dibawah Kedudukan Istimewa Melayu. Hak dan kepentingan Melayu terletak diatas bijaksana Raja Raja Melayu yang diwakili oleh YDP Agong diperingkat Federal. Hak tersebut dilindung oleh YDP Agong melalui Kerajaan yang dibentuk dan diperkenankan YDP Agong selepas pilihan raya umum.

    Saya tidak senang hati melihat Kerajaan yang dipilih tempoh hari tidak nampak menjaga hak dan kepentingan Melayu dengan serius. Liberalisasi ekonomi, Model Ekonomi Bahru dan lain lainya membayangkan kepentingan Melayu terletak dibelakang kepentingan Cina. Berbagai kata kata dan tindakan kaum Cina tidak menyenangkan, termasuk Tony Pua berani mencadangkan diskaun perumahan Bumiputera diketepikan. UMNO perlu mengambil tindakan mengubah keadaan ini. Perlu menentukan atau mendapatkan pemimpin yang gigih dan tegas mempertahankan dan memajukan hak dan kkepentingan Melayu.

    Mereka mengeksploitasi keadaan Melayu lemah akibat pecah tiga – UMNO, PAS, PKR. Dengan ada nya Perkasa, Gertak, Melayu Bangkit dan lebih 100 NGO Melayu menyuarakan tidak puas hati, Melayu sebenarnya sudah pecah empat. UMNO dan PAS disemua peringkat perlu mencari jalan dan berusaha supaya perpaduan Melayu akan menjadi realiti. Kita perlukan perpaduan itu supaya tidak dieksploitasi kaum pendatang.

  13. Perpecahan Melayu hari ini menjadi pesta kpd. golongan termaklum untuk menjatuhkan kuasa politik dan pertuanan Melayu di tanahairnya sendiri.Tetapi sayang bila ada orang seperti Dato’ Ibrahim Ali ( PERKASA )bangun berjuang untuk mempertahankan hak Melayu,ada pula seorang pemimpin baru UMNO yang meminta beliau jangan berlagak hendak menjadi hero kepada orang Melayu ! PELIK SEIBU KALI PELIK dengan kata-kata ini….Dimana semangat KeMelayuan?

  14. […] on highly controversial issues such as the ‘Kalimah Allah’. Last weekend, HRH Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar lashed against Johor PKR for using his photo in a campaign for State Chairman Chua Jui Meng, who was stripped of from his […]

  15. […] weekend, HRH Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar lashed against Johor PKR for using his photo in a campaign for State Chairman Chua Jui Meng, who was stripped of from his […]

  16. […] PKR terlalu nyata mengamalkan politik kebencian dan perpecahan sehingga DYMM Sultan Johor menarik kembali darjah kebesaran DPMJ dan SPMJ Chua Jui Meng kerana cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor. Minggu lepas Tuanku menitah murka mengenai PKR berkempen atas penarikan balik ‘Dato’ ini dan menggunakan baginda sebagai modal untuk kempen. Akibatnya, baginda menitahkan agar rakyat Johor “Jangan kadi bodoh dan terpengaruh dengan hasutan PKR”. […]

  17. […] Baru baru ini baginda Tuanku Sultan Johor menarik balik darjah kebesaran SPMJ dan DPMJ dari Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana cubaan memecah belahkan masyarakat Cina Johor. Oleh kerana sebagai kebiasaan, PKR mengambil reaksi berkempen secara negatif kepada rakyat mengenai keputusan dan hak mutlak baginda Tuanku dan menerima kemurkaan dan amaran baginda pada 10 Ogos 2010 semasa di Kota Tinggi dalam siri Kembara Mahkota Johor dengan menintahkan “Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR”. […]

  18. […] Sultan of Johor previously issued titah murka against the Opposition for very unhealthy and destructive politics. Even the ‘Datukship’ of PKR Vice President […]

  19. […] was not the first time the Opposition displeased HRH Sultan Ibrahim. He issued titah murka against PKR last year. HRH Sultan Ibrahim even revoked PKR Vice President Chua Jui Meng’s DPMJ […]

  20. […] dengan juga mengambil kira titah titah Tuanku Raja Raja yang lain sebelum ini. Ini termasuk titah Tuanku Sultan Johor mengenai politik kotor Pembangkang dan titah Tuanku Sultan Perak berkenaan tindakan golongan yang “Membuat tuntutan tidak […]

  21. […] years ago, HRH Sultan Ibrahim issued a ‘titah murka’ against Johor PKR Chairman Chua Jui Meng for instigating his rakyat when the latter’s SPMJ was revoked. Chua was found to have […]


Leave a comment