Kroni PM `Flip-Flop’ gadai 27 ekar tanah UM

Kroni PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Annuar Zaini, telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah premier (bernilai tinggi) dalam kawasan kampus Universiti Malaya (UM), kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.

Annuar, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya (merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat Universiti Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00/ kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 / kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja. Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 / kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.

Annuar juga merupakan Pengerusi Bernama dan penulis ucapan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Sebagai usaha membetulkan imej yang ‘dicalari’, beliau telah menemu-ramah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah pada sebuah rancangan khas TV 3 yang disiarkan 7 Ogos 2006, sebagai respons awal kepada kritikan kiritikan terbuka mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai beberapa isu. Antara yang menjadi ‘mercu tanda’ temu ramah ini ialah apabila PM ‘Flip-Flop’ mengatakan Kerajaan tidak terlibat memberi kontrak kepada Scomi (yang dikuasai Dato’ Kamaluddin Abdullah) dan menantu beliau (Khairy Jamaluddin) tidak terlibat langsung dalam apa apa proses keputusan Kerajaan.

Annuar juga ialah seorang ahli lembaga pengarah Malaysia Airlines. Beliau, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang baru baru ini ‘menjawab’ bagi pihak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah segala kritikan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam satu forum anjuran Alumni UM, adalah antara alumnus UM ini.

*Tambahan maklumat dan kemas kini kepada cerita asal, pada 12.00 tengahari, 11 Februari 2008

Pada 2005, PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga seorang alumnus UM, telah merasmikan pecah tanah bangunan rumah kelab Alumni UM ditapak ini. Oktober 2007 pula, Dato’ Annuar Zaini, selaku Pengerusi UM Holdings Sdn. Bhd., telah bersetuju pada dasar untuk menyerahkan tapak ini kepada syarikat usahasama Mint PPC Glomac Whitestone, untuk dibangunkan sebagai kondominium mewah. Syarikat usahasama ini bersetuju untuk membina rumah kelab Alumni yang sedang dibina itu, ditapak lain sebesar 5 ekar juga dalam kampus UM.

Oleh itu, kerja pembinaan dihentikan. Dalam masa yang sama, syarikat usahasama ini, dengan kerjasama rapat UM Holdings Sdn. Bhd. sedang mengusahakan kelulusan dari semua pihak dan agensi berkenaan, agar projek pembangunan hartanah lumayan ini dapat diteruskan.

Pengerusi Alumni UM Dato’ Nordin Razak, yang juga mantan Ketua Pengarah DBKL, dikatakan menentang kuat deal ini.

Published in: on February 10, 2008 at 00:03  Comments (26)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/10/kroni-pm-flip-flop-gadai-27-ekar-tanah-um/trackback/

RSS feed for comments on this post.

26 CommentsLeave a comment

  1. Haram jadah betul kroni Pak Lah ni!!!!!

  2. Di manakah kau Hishamudin…..sejak dua menjak ini sepi tanpa berita…..

  3. A very good scoop, Bro.
    No wonder MAS is also in a big mess.
    For that matter, anything which carries the words Melayu, Malaysia, Malaya are under attack !!!

    And we, Malaysians still sleeping and continues to put the blame on the Sleeping Emperor.

  4. it makes me sad to see these people plunder our country

  5. the plundering hasn’t stop. i feel sick that even alumni univ malaya, which i am a member of, readily “kangkang” themselves to this evil anuar zaini. however, i don’t think that this Pm dog is a UM alumni. he is a product of USM, and lapping dog of both the Pm and Musa Hitam.

  6. The crony had to do it….he was in serious financial trouble…..especially with that sinking nursing school of his at PJ New Town…..Badawi put him in MU to take them back to the top….but Badawi is weak…..it is a free for all now…..and this guy is actually planning to take MU off the map literally…not to the top….and where is that Rafiah bitch and Amin in all of this……still stuffing herself?…..Tak boleh harap…..It is left to the alumni, Ungku Aziz, Anwar and PKR to blow up this issue…..otherwise kiss MU bye bye…..

  7. The MU Alumni should get together and fight this.

    They shd set aside their politics and put pressure on Pak Lah now when he is most gullibe and in a giving mood.

    After GE, it is too late. Kepala dia dah besar!

  8. any clue to which company that tis arsehole sold for a mere 3 million club house and a return of 5 acres of land?

  9. […] kroninya menggadai 27 ekar tanah UM kepada pemaju untuk mendirikan kondominium mewah.  Sila klik disini untuk membaca dengan lebih […]

  10. I could not understand a word of this post

  11. Tanah UM adalah hak milik kerajaan sebarang urusniaga terutama yang melibat nilai dan harga hartanah tersebut perlu mendapat laporan penilaian dari JPPH. Untuk mempastikan apakah hal ini benar-benar berlaku ada baiknya saudara bloger membuat risikan di JPPH yang berpejabat di KL SENTRAL.

  12. this gadai-and-u-get-something thing has been going on for so many years already. better ask ex-internal affair minister Md Noh about PDRM land in Sg petani that being ‘sold’ to business people.

    and that PDRM would get ‘return’ of ready built IPDs and police stations around Kedah. one of them in padang terap and guar chempedak. but most stupid of them all is the ‘return kickback’ in the mould of IPD Sg Petani.

    IPD sg petani got this quaters for policemen and each house is too small. you know what Md Noh said? give two house lah if too small. and it is really-really small. i am not joking.

    and that PDRM’s land has been transformed into shop lots and one Village Mall. The area is at primed lot and they made millions in rents and selling of the lots.

    Now we got this UM land. I bet, all the mainstream media will keep damn shut on this blockbuster. good.

  13. PKR esp Syed Hussain…should apply for an immediate injunction to stop this deal and hold Rafiah and the two Deputy VCs responsible…..in his prayers they must also apply to stop Anuar Zaini from making any further decisions until the disposal of this case……..BUT WAIT…Does the PKR and Syed Husin have the guts and balls of a those villagers from BROGA….

  14. Hishamuddin lari dengan rakan gay dier la. Haha.

  15. Haha.
    Kasihan Malaysia.

  16. Bank Bumiputra dah lenyap..UM pun akan lenyap..siapa penjual ‘tanah air’..dulu kes TANJUNG PAGAR , TANAH KTM DIJUAL KEPADA sINGAPURA..NI DEPAN MATA LAGI AKAN HILANG…!!! memang dasar biadap….kalau betul Melayu boleh berniaga bukan begini caranya… pemilikan akan bertukar kepada orang lain dan meninggalkan kita dengan sejarah yang di hilangkan sendiri oleh sibangsat berselindung dengan title Datuk ini..tapi inilah pengkhianat bangsa! duri dalam daging@api dalam sekam….apabila pembangkang menyiarkan salah laku ini, pembangkang yang menerima gas pemedih mata,ugutan,bahkan penjara….Wahai Dato Seri Anwar silalah bersilat sebagai pahlawan agar perlakuan si bangsat ini dapat dibendung…..

    kalau anda membenarkan lagi tanah umum untuk warisan generasi akan datang dan yang ada untuk dirompak dengan mengundi Kerajaan yang tidak perihatin ini, maka anda bersubahat merompak kerana memberi mandat kepada perompak merompak dengan mudah…soalannya BACUL KAH ANDA MELIHAT SEMUA KERAKUSAN INI DIDEPAN MATA..MANA MUNGKIN GENERASI AKAN DATANG BOLEH BERDAYA SAING KALAU PENJARAH/PEROMPAK INI MEROMPAK HARTA UMUM SEMUDAH INI….

  17. sedarlah bangsa melayu..
    keistimewaan orng melayu perlu dipelihra..
    jgn smpi ank cucu mgemis dbumi sndiri dkemudian hari..
    takbir!!
    Allahhuakbar..

  18. Biar sepenggal lagi,separuh Malaysia PM & Flip-flopnya akan jual Malaysia…..

  19. How does one do such a thing with government land and get away with it? How does the land status get converted?How are development plans approved ? The UM alumni should forget their differences and immediately start a campaign to ensure that this does not happen and take the necessary steps to make sure that this can never happen again.

  20. Oh no! I appeal to all like-minded Malaysians who have some sense of patriotism and love for history to get together and openly submit a very strong protest against the sale or lease whatever of this piece of land which is a valuable part of living history. Or else use the forthcoming GE as a good platform to express our indignation against such acts of disrespect by the Govt and of course the impotence of the Alumni itself.

  21. Why those days including DSAI, YB Mat Sabu , just to name a few could fight for any issue which threatens our unity and any Islamic affairs without fear?? How about UM students these days? Are they too busy to look around or just indulge in social activities which lead them to nowhere…? Wake up…you are so sissy …aww..aww..you’re the next leaders for Malaysia but how could you so coward to highlight these malpractices by those who are so greedy looting our national treasures?????

    Those days we look high at those who study in UM but where’s your self esteem ..gone???No wonder your ranking is too low compared to all…….We have moral decay..if you start ignoring these no wonder your are the culprit for the next generation if you become a leader as you already carrying BAD SOUL…….just look around…open up your blurry eyes….

  22. Amin…we malaysian must recite doa allwhile to allah swt to punish and disappear this crooks from our land ….amin…amin

  23. Nampaknya sekiranya berita ini benar. Ahli-ahli politik Malaysia memang tamak. Kita mesti siasat sekiranya betul,kita harap ada seseorang yang berani tampil membuat kenyataan didalam akhbar biar semua orang tahu mengenainya.
    Wassalam

    Cakap memang senang. Bila masa untuk ambil tindakan (dedahkan segala isu isu serupa ini), semua orang akan ambil keputusan, “Susahlah…….biar orang lain sajalah buat!”. Pendekata, semua tak berani. Semua nak jaga periuk nasi sendiri, termasuk kakitangan. Semua, sebenarnya BELUM MERDEKA LAGI!

  24. cilaka ko anuar zaini..bertambah bangsat la ko anuar zaini.. bukan UM je di kejekan.. banyak lagi..
    kat bernama tu tak tau la ape jadi..
    cuba korang cek apa lagi jawatan anuar zaini tu pegang. lepas tu cek plak apa yang t elah dibuat nya dek hamlau nie

  25. guys, tke a look on diz Mint PPC Glomac Whitestone.ntah2 relate ng ‘mereka” gk. Allah bless Malaysia..ameen..

  26. […] land scandal is resolved Eighteen months ago, we here at BigDogDotCom scooped a story about one of PM ‘Flip-Flop’ Tun Abdullah Ahmad Badawi’s cronies attempted to […]


Leave a comment