Berapa kali Tuanku Sultan perlu murka?

MP DAP Serdang berucap dalam surau, betul betul ditempat imam sujud

Isu MP DAP untuk Serdang Teo Neo Ching menyampaikan ceramah tanpa menutup aurat dengan sempurna dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lepas menerima reaksi negatif DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Laporan Utusan Malaysia:

Sultan Selangor murka

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 27 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan ‘tazkirah’ di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lalu.

Sehubungan itu, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan surau yang terlibat.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, selepas siasatan dibuat, pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau Al-Huda dan menguruskan pentadbiran surau itu serta-merta.

Ia kerana kata beliau, situasi berkenaan jelas bertentangan titah baginda yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

Selain itu, menurut Mohamad Adzib, MAIS juga akan mengeluarkan surat amaran kepada Nie Ching.

”MAIS telah memanggil pengurusan Surau Al-Huda hari ini untuk menjelaskan isu tersebut.

”Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat itu di dalam dewan solat surau, berlaku seperti dilaporkan.

”MAIS memandang serius isu ini memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya yang membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor,” kata beliau dalam kenyataan di sini petang ini.

Pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan Islam.

Sehubungan itu, Mohamad Adzib mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam.

Mereka juga, kata beliau, hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor.

*************************

Kemurkaan baginda Tuanku Sultan Sharafuddin ini adalah kerana kebiadapan DAP yang memuncak kerana bukan sahaja mencemar kesucian masjid dengan masuk ke dewan ibadat tanpa menutup aurat dengan sempurna, malah memberi ucapan kerana kedudukan beliau sebagai pemimpin politik.

Mungkin baginda Tuanku  belum mengentahui aktiviti pemimpin Pakatan Rakyat lain yang begitu aktif muncul di masjid masjid sebagai sebahagian dari melunaskan peluangan atas kedudukan mereka sebagai wakil rakyat. MP PKR Selayang William Leong juga muncul dalam masjid untuk memberikan sumbangan.

Ini bukan pertama kali baginda Tuanku Sultan Sharafuddin murka, akibat tindakan dan kelemahan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah dalam Selangor. Pada awal bulan ini, baginda menitah murka atas isu ‘Kalimah Allah’ yang tidak diselesaikan, malah menunjukan bibit bibit negatif makin menular dikalangan rakyat.

Isu ‘Kalimah Allah’ ini menjadi modal politik oleh pemimpin Pakatan Rakyat secara tidak langsung menyemai bibit bibit ‘politik kebencian’ dikalangan rakyat, dengan pendekatan mengelirukan rakyat. Sebagai contoh MP PAS Shah Alam Khalid Samad menyokong bahawa golongan Bukan Islam terutama Kristian menggunakan ‘Kalimah Allah’ sebagai gantinama bagi Tuhan. Ini digunakan sebagai modal segelintir minoriti Bukan Islam menyemai ‘politik kebencian’ terhadap UMNO, yang begitu tegar mempertahankan isu ini.

Isu kemurkaan salahgunakan masjid dan surau sebagai pentas politik oleh PAS ini bukan isu baru. Semasa Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor, baginda menitah murka kepada PAS kerana ingkar larangan ini.

Tahun lepas, baginda murka kepada YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mencadangkan menggunakan wang zakat dari Baitul Mal bagi tujuan pembangunan. Masa yang sama, isu pengurusan isu sensitif mengenai cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam sehingga menimbulkan kemarahan pendudukan setempat mengecewakan baginda. Isu ini jelas merenggangkan hubungan antara baginda dan Khalid dan jelas apabila Khalid tiada mengiringgi baginda dalam upacara rasmi gilang gemilang menyambut kepulangan kapal selam sulung TLDM KD Tunku Abdul Rahman pada 3 September 2009 di Pulau Indah.

Awal bulan ini juga menyaksikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membelakangi protokol apabila baginda tidak dijemput untuk menghadiri majlis International Islamic Music Festival dan kemudiannya ‘mengaibkan’ negeri dan rakyat Selangor dihadapan DYMM Raja Permaisuri Agong kerana persediaan dan perjalanan majlis yang gagal dan memalukan. Secara tidak langsung ini memalukan Tuanku Sultan Selangor, sebagai simbol mewakili rakyat dan negeri Selangor di peringkat nasional dan Raja Raja Melayu.

Jelas sekiranya Pakatan Rakyat tidak menghormati baginda Tuanku Sultan sebagai Raja Melayu Berpelembagaan dalam Selangor, maka mereka juga telah pun menunjukan kecenderungan untuk tidak menghormati dan menjaga perasaan orang Melayu, sebagai warga majoriti Malaysia.

Sikap angkuh, sombong dan biadap Pakatan Rakyat ini terhadap institiusi Raja Raja Melayu sebagai penaung masyarakat majoriti Melayu juga semakin menyerlah keseluruh negara. Pada 13 Ogos 2010 DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan agar golongan minoriti dan Bukan Melayu (yang rata rata menjadi tunggak penyokong Pakatan Rakyat) agar “Menghentikan tuntutan yang tidak munasabah”. Baginda juga pernah bertitah memberi amaran terhadap golongan yang “Menjual negara”, yang amat jelas ditujukan kepada Pakatan Rakyat terutama pemimpin seperti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dan keluarga yang sentiasa memburukan nama baik negara dipersada antarabangsa.

Baru baru ini baginda Tuanku Sultan Johor menarik balik darjah kebesaran SPMJ dan DPMJ dari Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng pada 10 Jun 2010 kerana cubaan memecah belahkan masyarakat Cina Johor. Oleh kerana sebagai kebiasaan, PKR mengambil reaksi berkempen secara negatif kepada rakyat mengenai keputusan dan hak mutlak baginda Tuanku dan menerima kemurkaan dan amaran baginda pada 10 Ogos 2010 semasa di Kota Tinggi dalam siri Kembara Mahkota Johor dengan menintahkan “Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR”.

Siri perkembangan atas titah amaran dan kemurkaan baginda Raja Raja keatas Pakatan Rakyat ini wajar menjadi perhatian kepada rakyat, terutama orang Melayu. Walaupun berada atas tahap politik, amat jelas sekelian baginda Raja Raja telah menunjukan kecenderungan ‘tidak selesa dan berkenan’ kepada golongan yang tergamak menggunakan strategi ‘politik kebencian’ dan ‘politik keyakinan palsu’ untuk meraih sokongan dalam kekeliruan dan permainan emosi yang mereka jana. Sekelian baginda jauh diatas tahap politik tidak mahu rakyat Malaysia berpecah dan disemai dengan perasaan dan sifat kebencian hanya kerana permainan strategik politik Pakatan Rakyat.

Published in: on August 28, 2010 at 09:36  Comments (44)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/08/28/berapa-kali-tuanku-sultan-perlu-murka/trackback/

RSS feed for comments on this post.

44 CommentsLeave a comment

  1. Kalau aku jadi Sultan pun aku akan sokong Umno. Dapat berbillion2 kontrak, saham dan macam2. (Umno + Sultan + Vincent Tan + Lingam) vs Rakyat. Memang tiada pihak atasan yang akan menyokong perjuangan rakyat. Ini sudah dijangka oleh pejuang rakyat.

    • Ini dakwaan amat serious.

      Boleh tolong senarai beberapa kontrak (yg berbilion billion) yang dianugerahkan kepada DYMM Sultan Sultan? Kontrak bukan bilion (million) pun tak pa. Terutama kontrak yang UMNO bagi.

      Sila senaraikan. Jangan suka suka dakwa saja!

      • Betul tu aku sokong supaya senarai kan kontrak tersebut..jangan nanti hanya jadi fitnah…tapi PKR dan PAS memang dah mashur suka tabur fitnah

      • Sdra buatlah research sendiri. jangan malas nak research lepas tu suruh orang bukti dakwaannya. Dia nak ackap apa, dia sukala. Klau tak setuju, jawablah kenapa you fikir Sultan you tak terlibat dalam sebarang business dan dapat kontrak kerajaan. Saya bagi satu clue-buat research mengenai kawan kawan Sultan you dan bermula dari sana. Jangan malas…MAIS senang senang saja ambil alih pentadbiran surau…nasib surau ini akan malap selepas ini…jemaah yang datang boleh dikira dengan jari. Orang MAIS sendiri malas datang.

    • This a very damaging accusation towards our Sultan. You want to play politic dont include our Royalties. The pakatan groupies are already believing this nasty accusation. You better have the facts. Probably some one is responding to you now

      mohamed

    • Pakatan Rakyat Supporter,

      Kamu ke pejuang rakyat? Ape yang kamu pernah juangkan? Aku tahu kamu bukan Melayu, bukan Islam. Boleh dianggap dari cara pemikiran dan hujah-hujah kamu.

      Kamu memporak perandakan keadaan. Kamu memecahkan persatuan rakyat. Kamu tohmah macam macam. Kamu tak hormatkan Perlembagaan negara. Kamu tak hormatkan kedudukan Sultan. Kamu tak hormatkan kedudukan Islam dinegara ini. Kedua duanya tercatit didalam Perlembagaan negara.

      Jika kamu tak hormatkan dan ikuti Perlembagaan negara sepenuhnya, kamu boleh pergi kenegara lain. Dimana mana yang kamu boleh hormatkan Perlembagaan negara itu. Kami tidak mahu orang yang memporak perandakan keadaan seperti kamu.

  2. Bodoh keterlaluan……
    Dulu saya bertemu jugak dengan orang yang keterlaluan (taraf imam).
    Perkara ini berlaku sebelum pilihanraya (awal 200…)
    Di bawah pimpinan BN. Tp sekarang di bawah PKR (PAS/ADIL/DAP) yang peliknya AJK dari PAS/ADIL….tp kenapa bodoh sangat…Macamni sekali jadinya…Tak kiralah apa dia orang nak bagi samada benda baik pun. Tapi surau tu bukan ko orang. Aduh…..sakit hati tengok kejahilan ko org. Ingatkan aku yang jahil…
    Dulu pernah aku terserempak di masjid kampung pandan dalam. Waktu asar.. aku solat lewat. Nampak bangsa cina dalam masjid di bahagian mimbar…tukar tiles (renovation). Menjerit bual dengan kawan yang buat keje di bahagian belakang.. Dah lah pakai seluar pendek, tak berbaju, keluar masuk kaki ayam, air teh ‘o’ ais main gantung dlm masjid, berpeluh2, tanpa alas dilantai, tanpa kanvas kepungan. Ikut hati aku nak halau cina tu…tapi orang tua aku org berniaga di kawasan tu. Takut nanti apa pulak kroni dia orang buat hal kat bapak aku. Aku terus ke rumah imam (lorong D….). Kebetulan ada 2 pemuda yg berurusan dgn Pak Imampu…. Aku kemukakan kemusykilan tentang cina tu kepada Pak Imampu….

    Boleh ke cina buat kerja dalam masjid.. kata Pak Imampu tu…”Eh kenapa pulak tak boleh? Dia org majusi (sembah berhala), kenapa nak paksa dia org. Ni bukan kerajaan PAS”. Lepas tu dia gelak2…pemuda 2 org pun gelak ketawa….Fuuuhhhh…..menyirap darah….kurang ajar atau kurang belajar? Aku fikir kedua2 sekali. KIta berpegang pada pemimpin kita, setiap lantikan adalah dari mereka yang terpilih…berwibawa….berpengetahuan…orang tua lagi banyak ilmu (kok begitu….. goblok). Lantikan dah tentu dari JAIS. Datang org ni…mcmni..dah belah, datang pulak org ni…mcmni pulak…Dia org ni sebenarnya nak kan gaji je…bukan kerana Allah S.W.T.

    Itu zaman BN. Sekrang zaman PKR pun sama jugak..Agaknya aku ni dah ketinggalan zaman kot..jahil dalam agama islam… Mana 1 yang betul ni…

    Lagi 1…..
    Mana pegi kontraktor melayu…pekerja melayu…pekerja indonesia…semua dah mampus ke? Sampaikan kerja mcm tu pun boleh bagi kat bangsa cina. Pernah apa2 job… apa2 jualan…apa2 belian…bangsa cina datang keluarkan duit utk support bangsa melayu…Bangsa melayu lah bangsa yang besar berbelanja….Ko org tengok kedai melayu…brp org cina yg datang membeli?

    UMNO(dulu)/PAS/KEADILAN ambil alih masjid/surau samaja sj…. main lantik sj…sebab dia org apa yea…

    Kepada semua veteran tentera melayu dan kepada semua perajurit melayu… Renungkan….lihatlah…pengorbanan masa anda dalam pertahankan negara, menjaga kedaulatan negara, menjamin keselamatan dari penjajahan luar.. Tp sekarang, di persekitaran kehidupan anda, anak2 anda, sudah mula menampakkan bunga musibah yang bakal menyusul.

    Aku pernah bermimpi…semua veteran tentera melayu turun ke jalanan bersama2 tentera melayu lain yg sedang berkhidmat, bersama2 membawa PANJI-PANJI Rejiman Askar Melayu Diraja…anugerah dari Raja Melayu…mengelilingi pusat bandar. Terpegun pelancong2 luar….Ini lah Malaysia, ini lah 1 MALAYSIA kini…. yang pada sejarahnya ini adalah TANAH MELAYU….. TANAH MELAYU…..TANAH MELAYU….

    Tak sangka bila tamat perkhidmatan tentera rumah ayah aku diroboh atas alasan tanah haram. Pemaju cina jgk yg kaya bersama2, pejuang melayu (kononnya). Pampasan 10K dan di offer beli rumah apartment 115K. Kepala otak dia org, utk jaga hak melayu (pejuang melayu…)
    Ayah dah usia 60 tahun lebih, bank mana nak bagi pinjaman? Ko org yang konon kata nak juang bangsa melayu, halau bapak aku keturunan melayu… Sedangkan generasi dia yang hijrah ke kampung pandan, sama2 meramaikan pendudukan melayu…sosio-ekonomi melayu..lastly dia kena tendang keluar..hina betul aku rasa dengan kepimpinan melayu masa tu…sebabkan tamak kumpul harta dikalangan pemimpin melayu..semua anak dan menantu sepakat sekata..jatuhkan mereka. Bayangkan undi 16 org telah hilang…ha ha ha….
    Lain2 keluarga lagi? Nak kata melayu mudah lupa?

    Yang di luar sana turut samalah berkongsi khazanah Tanah Melayu….Adil..tapi tak sama rata….

    Beri peluang kepada anak Allahyarham Tun Razak memimpin kita…Aku tak pandang dengan UMNO…Tapi cara anak Allahyarham itu sendiri. Mudahan UMNO akan bersih…PBTM dipimpin oleh mereka yang tidak lupa diri….InsyaAllah agenda…strategik beliau..membela bangsa melayu… Aku nak rasa sikit hak pemilikan tanah dari Tanah Melayu….Aku Askar Melayu…

    Bergabunglah dalam persatuan yang pemimpinnya benar2 juang bangsa melayu dan askar melayu. Bukan sibuk dengan buat kekayaan. Jom join aedypandan@yahoo.com.my

    Semoga lain bangsa sikit mau ingat…harimau berjuang masih ada…Tak Akan Hilang Askar Melayu Di Dunia…(tak pakai dah Tak Hilang Melayu Di Dunia)

    Pembaca melayu…sebarkanlah…

    • Askar Melayu pun dah boroi boroi semua-boleh lawan musuh lagi ke?

      • Sedapnya minda kamu menghina askar Melayu!!!

        Andai kamu bangsa Melayu, kamu memang lupa daratan. Andai kamu bukan Melayu kamu memang sifat racis kominis ultra kiasu pendatang yang tidak mengenang budi!!!

      • barua ni memang kominis ni tapi dalam imej baru

  3. Masalah dengan negara ini ialah, jika DAP tidak memberi pressure kepada kerajaan, tidak akan wujud keadilan kepada rakyat. Kalau bukan kerana DAP, kalau adik-beradik kita mati akibat tersilap ditembak oleh polis, maka adik-beradik kita yang mati tersebut akan diisytiharkan sebagai penjenayah dan pesalah akan terlepas begitu sahaja. Kalau bukan kerana DAP, maka negara akan diberitahu yang Anwar Ibrahim memukul dirinya sendiri sehingga cedera. Tiada siapa yang akan dihadap ke pengadilan. Selepas DAP membuat kecoh, barulah kerajaan dengan berat hati menubuh suruhanjaya diraja. Macam ini lah negara ini. Saya orang Melayu tetapi berterima kasih kepada DAP. Tanpa DAP, kalau saudara kita mati dalam lokap, saudara kita bunuh diri. Tiada apa-apa siasatan. Kalau anak kita berumur 10 tahun mati ditembak, sebabnya ialah anak kita ketua geng penyamun. I am sorry to say this.. mampus lah dengan perpaduan Melayu; kalau setakat bersatu untuk menafikan keadilan dan untuk menegakkan kebatilan; ini perpaduan Syaitan. Cuba fikir, kalau rumah anda sedang dirompak oleh seorang penyamun Melayu dan anda orang Melayu, salahkah anda bergabung dengan jiran Cina dan India untuk menagkap perompak ini?

    • I believe you are a simpleton. Your example of robbers is laughable

      mohamed

    • Siape suruh adik-beradik kau jadi penyamun/peliwat in the first place?

      Kalau kau tu penyamun/peliwat, aku pedulik ape kalau kau kene belasah dalam jail? Lagi cepat kau mampos, lagi aman Malaysia.

      • Ini Pakatan Rakyat Supporter adalah orang DAP. Kemungkinan besar bukan Melayu. Diorang mahu mengacau ketenteraman dan keamanan negara sejak dahulu lagi.

        Depa bantah segala apa yang boleh. Depa demonstrasi apa saja. Tak ada permit, disembur air, depa kata Polis kasar. DiParlimen dan di DUN Perak panjat meja, berdiri atas meja dan menjerit. Mesyuarat dibawah pokok.

        Macam macam dakyah dan propaganda. Tohmah sana tohmah sini. Polis bahru saja siasat kematian Teoh BH, depa dah tohmah SPRM bertanggung jawab. Pada hal sebab kematian sampai sekarang belom tahu.

        Menghasut pula. Tony Pua membuat cadangan seditious berkenaan diskaun perumahan Bumiputera.

        Subversif pula. Mahukan pengganas kominis Chin Peng masuk mati diMalaysia. Pengganas yang tak mengaku salah, tak meminta ma’af, tak mahu bubarkan Parti Kominis Malaya sampai sekarang.

        Rasuah pula. Perbelanjaan peruntukan kewangan untuk Exco Selangor disiasat SPRM tapi saksi penting mati. Senang depa kata tak ada bukti. Tapi SPRM akan meneruskan siasatan selepas Inques Teoh Beng Hock.

        Kepala surat Ronnie Liu digunakan untuk mempengaruhi tender. Ini depa tak boleh nafikan. Penuh dalam surat khabar. Ronnie sendiri ngaku tapi tuduh pembantunya buat kerja itu.

        Exco Selangor berhubung dengan gengster (the Underworld) diIbupejabat Kerajaan Selangor. Ini disebut ADUN PKR Selangor dan WR PKR sendiri.

        Maka itu semua yang hamba Allah ini kata DAP buat pressure kapada BN menjuangkan rakyat konon. Bukan menjuang tapi menggeledah dan mengganas, merusakkan keharmonian antara bangsa, menggugat ketenteraman negara. Awasilah, jangan undi mereka, kalau tidak teruk padahnya.

        Askar Melayu Islam sudah marah tu. Semoga lain bangsa sikit mau ingat…, kata dia.

      • Salam……dulu, kita org melayu anak orang melayu islam…

        Ha ha ha…..
        …..aduh malu tu….
        aku pun tak boleh lama…ketiak….
        Salamsejahtera di Tanah Melayu….

  4. A cheap issue that is BN attacking Teo, said a PAS VP. Sad to say, the VP is spitting himself and his party in the face. It was the general consensus of the congregation of my surau last night that what Teo did was a heinous disrespect to the sanctity of our religion and therefore a big slap on the face of those in PAS who supported such action and other such earlier actions causing murka by the Sultan. Such gross gluttony in trying to secure Malay Muslim support without appreciating the sensitiveness of their action is a sham to the DAP and Pakatan. There are many ways to skin a cat, a popular saying, such dahwah liberalization efforts by PAS does not contribute to the propagation of our way of life, and instead it becomes divisive, anti Sultan, anti Constitution. PAS continues to dwindle in its grass root support, many thanks to the DAP and Tok Guru.

    • “PAS continues to dwindle in its grass root support” Alhamdullilah …

      Tahniah bangsaku

      mohamed

  5. Berbalik kepada soalan. Berapa kali Tuanku Sultan perlu murka?

    Selagi pembangkang tidak berjaya duduk sebagai PM di Putrajaya dan negara ini tidak di tukar sebagai negara republik.

    agbr47: Melayu menghianat Melayu.

  6. […] Nampaknya ahli2 politik Pakatan tidak menghormati arahan Tuanku malah mengengkari berkali2 perintah Baginda. Bukan setakat itu, mereka tidak hormati lain2 Sultan juga. Baca Bigdogdotcom di sini. […]

  7. Big Dog,

    Kindly make an official report against Pakatan Rakyat Supporter to MCMC.

    mattau

    • Boringlah …asyik asyik buat laporan polis. tak ada kerja lain ke? Polis pun banyak kerja yang lebih pentingla. Ataupun kita tubuhkan satu unit baru-kita panggil dia UNIT POLIS POLITIK

  8. A picture, tells a thousand words..!!
    Well, on the concern matter the accompanying photo does have a few sentences worth mentioning from my point of view thou.
    My version as follows;
    The lady in kebab-ya are seen, to rendering some “karaoke song”. She musta be proud of her cleavage. Instead of donning some “baju kurung and the scarf” kind of…

    She purposely chose to dress to kill, whereas she knows pretty well the place that she gonna to step in is not a mere “karaoke centre”..!!

    As for that male-fella in the white dress. He seem to enjoying every moment of it. The sight of the lady cleavage and he musta be thinking, “what arse..lady.”..!!

    After all it’s “Halal”, it happen in a “masjid”,..what??
    Don’t even try to preach about “zina mata..zina that and this.” Even though if it’s a”Fasting month”…well , what ever shows and posed the lady does.! It all happen after breaking the fast..what???

    So it’s all Halal..what !!! There’s no Haram kind a thing involved.
    After all we’re all PAS member. And who ever associate with PAS such as DAP..PKR .They too are guaranteed with heaven..there no “dosa” kinda thing involve here..!!

    Another thing lets blame UMNO ..they’re always jealous of PAS/PKR/DAP such as this milestone achievement’s..!!!

  9. And another thing, I believe, the kebaya she is wearing is the one similar/exactly the same a the one worn by Singapore Airline stewardess.

    Well, to choose not to tutup aurat is one thing, but to do it in a uniform of another country’s company is another issue. To be honest, if it was Malaysia Airlines’s uniform, at least she can claim she supports our national airline. But this one? Kinda looks like showing someone might be a proxy of foreigners, eh?

  10. tuan,

    saya tidak berpendapat ahli parlimen bukan Islam harus dipersalahkan dalam soal ini. AJK pengurusan masjid termasuklah tuan imam seharusnya lebih faham sekiranya mereka ingin menjemput wakil-wakil rakyat mereka yang bukan Islam ke masjid. Biar apa pun sebabnya,wakil rakyat bukan Islam mungkin tidak faham tentang peraturan masuk ke rumah ibadat orang-orang Islam. Kita yang Islam inilah wajib memberitahu. Jangan dipolitikkan soal-soal begini, setidak-tidak nya wakil-wakil rakyat ini menunaikan tanggungjawabnya tidak kira apa agama pun rakyat yang dipimpinnya.

    hormat,
    HD

    • Tak setuju, man. Dia orang pakai jubah, ketayap dikepala, makan gaji dimesjid, mana lah dia tau banyak sangat.

      Tapi Wakil Rakyat, kononnya Yang Behormat, Member of Parliament berdentam dentum – dia sepatutnya reti undang-undang dan peraturan. Haiiish, diakan buat undang-undang. Di Parlimen. Tapi disini dia nampaknya buat taik. Tidak Berhormat. Ape jenis ni? Ape kamu pertahankan dia, HD?

  11. Saya akui memang ada siasatan tentang kematian Teoh dan kes Kugan dan Anwar dan sebagainya. TETAPI ini berlaku hanya selepas DAP membuat kecoh. Kalau sampai nak buat report tentang saya kepada Suruhanjaya Multimedia, OK, saya tak nak comment dalam blog ini lagi. TETAPI that doesn’t change a thing. My perception of the political situation is the same. Kamu ketua-ketua Umno tak perasan ke, kenapa rakyat malas nak mengibarkan Jalur Gemilang sekarang? Sebab “merdeka” is getting meaningless — there is no difference between being robbed by whitemen and being robbed by your own countrymen. BigDog, tak payah buat report lah. Saya bukan takut, tetapi saya tak suka jadi wira atau jaguh bila kena tangkap masuk paper. I am not a member of any political party. Hanya menyokong Pakatan Rakyat dan sangat tak suka kepada Umno.

    • Kamu ada pernah dengor “My country right or wrong” ke? Dah beratus tahun orang cakap. Di negara Barat. DiMalaysia pun dah berpuluh tahun.

      Ke kamu hanya dengor “My kingdom for a horse”? Jual negara bila dapat kuda, boleh cabut lari.

      Ke kamu dengor yang subversif, tak ada ta’at setia kpd negara cakap “Give me what I want, then only I give what my country want”.

      Mana boleh. Macam tu jahannam lah negara. Bacalah dan luaskan fikiran le sikit. Pernah dengor Presiden JF Kennedy kata “Ask not what the country can do for you – ask what you can do for the country”?

      Ada faham makna ta’at setia kpd negara? Tanggung jawab rakyat jelata? Rasa sayang atau patriotik kapada negara?

    • Pakatan Rasuah punya supporters memang lawak, kaki fitnah satu hal . Kalau nak politikkan isu merekalah nombor satu , nak belitkan isu macam TBH yg mati kerana ingin menjadi saksi SPRM pun satu hal , nak sokong anwar membabi buta lepas nak sokong penjenayah tapi bila mereka sendiri dirompak Polis dan kerajaan pulak disalahkannya , semuanya serba salah pada mereka akhirnya DAP yg kaki rasuah anti melayu dan anti islam itulah yg disanjungnya , kebebasan bersuara … DAP bakal mengikut jejak parti racist PAP singapore sesiapa yg mengkritik kerajaan mereka akan difitnah.

      Akhirnya Pakatan Rasuah hidup dalam lingkungan penipuan dan penuh fitnah

      • “Akhirnya Pakatan Rasuah hidup dalam lingkungan penipuan dan penuh fitnah”

        Ahhh..samalah dengan Barisan Nasional pun, malah BN 10 kali lebih terukkkk..

  12. Pelancong bukan Islam boleh masuk masjid. Orang bukan Islam tempatan tak boleh masuk. Apa ni?

    • Pelancong Bukan Islam masuk masjid perlu:

      1. Jaga adab, termasuk diminta tutup aurat
      2. Jaga tatasusila

      Ada ke pernah pelancong asing masuk masjid lepas tu bagi ceramah?

      Itu bezanya!

    • Lepas tu masuk surau dan menjadikannya pentas gimik Politik murahan . Memalukan !!!

    • Pakatan Rakyat Anjing,
      ai dah menggelupur ke. semua hujah kau blogger2 pro kjaan dahh patahkan. skrg kau nak pusing pasal bukan islam xleh masuk masjid plak. mmg dasar babi tau tuduh je. pegi mampusla pakatan rakyat anjing. aku nekad balik kg raya ni aku nak tarbiah org2 kg aku yg totok pas tu spy insaf. pas dah makin jauh menyimpang lepas sekongkong dgn pakatan anak2 anjing ni. aku da fedup

  13. Salam Bro dan semua,
    Apa bezanya antara Minah ni http://tukartiub.blogspot.com/2010/08/ada-macam-macam-punya-ajaran.html
    dengan minah YB Teo ni? kedua2 tidah mebutup aurat rambut tetapi tidak menjadi kesalahan bg YB teo tidak menutup aurat rambut tidak bg yg satu lagi.
    Kedua2 berucap didalam masjid hanya satu beragama islam dan satu lagi tidak.
    Bro….?

    • zabri totok pas,
      org putih ckp, 2 wrong doesnt make 1 right. jgn la nak spin tegakkan benang basah lg. ngaku je salah.

  14. […] Berapa kali Tuanku Sultan perlu murka? […]

  15. Saya bersimpati dengan tuan Imam sebelah itu sahaja.

    Sabarlah to’ Imam. Jom tengok Astro Oasis lagi seronok.

  16. sri hartamas,
    kalau sama knp sokong. jwpnnye mudah je. mcm penyokong pakatan anjing kat atas tu, kau ada kebencian meluap pd UMNO BN. bukannye benci pd perlakuan rasuah tu sendiri. aku rasa kalau ada org ofer kau rm1juta mak kau pun sanggup kau jual jd pelacur. konon tentang rasuah/kemungkaran tp takut bila org nak buat repot bg alasan x mau jd wira. pegi mampus la kau pakatan syaitan. makhluk yg suka bermuka2. aku dah muak dgn manusia mcm kau.

  17. […] week’s column of his, “On the beat”. Moreover,  he was particularly silent when HRH Sultan of Selangor was murka for Serdang DAP MP Teo Nie Ching’s blatant disrespect of the sanctity of the surau. […]

  18. […] in this week’s column of his, “On the beat”. Moreover,  he was particularly silent when HRH Sultan of Selangor was murka for Serdang DAP MP Teo Nie Ching’s blatant disrespect of the sanctity of the surau. It would be […]

  19. […] MP DAP Serdang Teo Nie Ching berceramah dalam surau di Seri Kembangan dalam bulan Ramadhan lepas juga menjadi kemurkaan baginda Tuanku. Isu ini juga […]

  20. […] ucapan, dalam bulan Ramadhan. Reaksi kemarahan memuncak sehingga DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sendiri mengeluarkan … atas tindakan yang dianggap ‘biadap’ dan ‘menghina kesucian ugama Islam’ […]

  21. […] tindakan biadap Teo ini sehinggakan Tuanku Sultan menitah murka, menunjukan berat salah-guna dan menghina kesucian Islam. Khusrin pada masa itu merupakan Pengarah […]

  22. […] DAP MP for Serdang Teo Nie Ching spoke in the surau and being ‘under-dressed’ in her constituency three Ramadhans ago, HRH Sultan of Selangor was angered. Then, another titah against the […]


Leave a comment