Mukhriz: ‘Yakin’ Kepimpinan mendengar mesej rakyat dan lakukan terbaik

Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia yang telah dipilih dengan undi tertinggi pada pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ogos 2004, hari ini mengesa agar semua pihak bertenang dan Kepimpinan parti mendengar mesej rakyat dan melakukan yang terbaik (Do the right thing). Mesej yang dimaksudkan ialah kekalahan buruk BN di lima negeri dan prestasi menurun secara amnya diseluruh Negara.

Beliau menegaskan bahawa rakyat telah membuat keputusan dan semua pihak perlu menerima keputusan itu dengan keterbukaan, rasa insaf dan rendah diri. Kenyataan ini dibuat disebuah hotel di Seberang Perai, Pulau Pinang sebentar tadi.

dscn4128.jpg

Mukhriz juga merayu agar Kepimpinan menimbang ‘suara hati’ rakyat yang begitu jelas dan melakukan yang ‘terbaik dan berpatutan’ untuk mengembalikan keyakinan rakyat, termasuk melakukan perubahan yang sesuai. Beliau meminta semua pihak perlu bertenang dan bertindak rasional dalam kekeliruan sekarang, dimana empat buah Kerajaan Negeri berubah kuasa dan BN untuk pertama kalinya, hilang 2/3 majoriti. Hari ini, indeks KLCI jatuh mendadak 123 mata keparas 1,173 mata.

Dalam soal jawab dengan media, beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia sekarang sudah matang dan tidak melakukan tindakan luar kawal sebagai reaksi kepada keadaan sekarang. Apabila ditanya apa bentuk perubahan yang perlu dilakukan, Mukhriz berkata bahawa UMNO dan BN mempunyai mekanisma untuk melakukan perubahan yang bersesuaian dan ini pernah dibuktikan.

Setakat ini, Mukhriz sahajalah pemimpin UMNO yang menegur Kepimpinan secara terbuka agar mendengar dan meneliti ‘mesej rakyat’ yang ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum XII Sabtu lepas dan apa yang tersirat sebenarnya mempunyai makna mendalam. Kesopanan ‘teguran’ ini dibuat secara berkias adalah dengan sengaja itu, adalah sesuai dengan budaya masyarakat Melayu. Ini terutama apabila Mukhriz pernah dibidas hebat oleh pemimpin pemimpin UMNO kerana komen langsung “Tiada yang baru” (Nothing new) kepada Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO November 2006.

 *Perkembangan terkini, Utusan Malaysia Selasa 11 Mac 2008

Dipetik dari Utusan Malaysia:

Mukhriz minta pucuk pimpinan dengar suara rakyat

Oleh HABIBAH OMAR dan WAN NAJIB WAN DAUD

BUTTERWORTH 10 Mac – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir meminta pucuk pimpinan mengambil langkah segera bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

Tanpa menjelaskan mengenai langkah-langkah tersebut, beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lalu telah memberi mesej yang jelas bahawa suara rakyat di peringkat bawahan perlu diambil kira.

‘‘Langkah berkenaan boleh dilakukan dalam banyak cara kerana dengan terlepasnya lima negeri ke tangan pembangkang bukan perkara kecil dan memerlukan pendekatan drastik untuk memulihkan keyakinan rakyat.

‘‘Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab di atas kekalahan itu, bukan sesuatu yang baru apabila ketidakpuasan rakyat disuarakan di dalam forum-forum namun kita tidak mendengar suara berkenaan, sekarang mesej yang jelas telah diberikan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Beliau pada mulanya dijadualkan mengadakan sidang akhbar di Hotel Sunway Seberang Perai namun telah menukarkan lokasi ke Hotel Pearl View di sini atas sebab-sebab tertentu.

Lebih 500 penyokongnya hadir untuk memberikan sokongan kepada Mukhriz.

Ditanya mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan bahawa beliau mengadakan sidang akhbar berkenaan untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, Mukhriz berkata:

‘‘Tidak. Saya difahamkan ada SMS yang dihantar mengatakan bahawa saya akan melakukannya (desak letak jawatan), saya tidak pasti siapa dalang itu.

‘‘ Tapi saya menerima panggilan dan SMS yang menyatakan rasa sedih dan kecewa di atas kecundang BN di beberapa negeri, sebelum ini kita tidak pernah kalah seperti ini, ia adalah satu peringatan,”.

Namun, katanya beliau yakin Perdana Menteri akan melakukan perkara yang difikirkan wajar malah sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Abdullah akan mendengar suara rakyat.

 


 

Published in: on March 10, 2008 at 17:33  Comments (51)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/10/mukhriz-yakin-kepimpinan-mendengar-mesej-rakyat-dan-lakukan-terbaik/trackback/

RSS feed for comments on this post.

51 CommentsLeave a comment

  1. Cakap berlapik dan tidak berterus teranglah yang menjadi punca BN kalah di empat negeri.

    Bercakap dengan orang dungu tak boleh berlapik atau berkias, dia tidak faham. Cakap sahaja terus terang bahawa dia tidak disukai rakyat kerana terlalu dungu dan oleh itu minta letak jawatan serta merta. Tak perlu buang masa berkias atau mengatur ayat agar tidak tercalar maruahnya, ini kerana dia memang tidak bermaruah. Orang yang bermaruah sudah tentu akan bertindak seperti Koh Tsu Koon.

    Kalau semua MT, Pemuda dan media masih memilih untuk bercakap berlapik begini, maka hancurlah BN, UMNO dan Melayu dengan sebenar-benarnya.

  2. 1. Pak Lah should resign
    2. His cronies should resign
    3. The mechanisms that are/were used to move forward poor malays should be revamped and relook (NEP) so that the REAL NEEDY malays are benefited from this mechanism.
    Protect it as we are still lagging behind in economy no matter what other races told.
    4. No more gangsterism culture in UMNO.
    Allah tidak akan mengubah nasib seseuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya.

  3. The benchmark Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) closed at 1,173.22, down 123.11 points or 9.50 percent.

    -NST online

  4. Don’t beat behind the bush. Be a man, and say it straight “PAK LAH, RESIGN NOW”.

    If not just shut up.

  5. inilah masalahnya UMNO, bila terlampau nak jaga maruah orang yang menghancurkan UMNO

    kata nak pertahankan maruah melayu, kalau dah tak boleh nak mempertahankan kerusi di perak dan penang…baik ketuanya letak jawatan…

  6. after listening Mukhriz in TV3 tonight, I retracted my comments on Mukhriz of being the brave one. Instead i would say, LEMBIK LAH !!
    If this is where melayu going to, Tun M, sorry to say, HABIS LAAA!!
    Nanti nama mukhriz boleh jadi nama utk org malaysia bukan melayu.. MOO KHOAY LIZ

  7. BIAR BETUL-BETUL !

    Dalam berita TV3 malam ini
    Johari Baharum buat analogi
    Tun Dr Mahathir pun merasai
    BN kedah kurang 2/3 majoriti

    Tiada desakan Tun undur diri
    Ngapakah pak lah diminta kini
    Jelas analogi diguna tak selari
    Kini MB PAS perintah negeri

    Era Tun, Kedah masih dikuasai
    Era Pak lah, terlepas lima negeri
    Kedah,Perak dan P.P dirangkumi
    Juga Selangor dan WP KL sekali

    Eloklah johari memuhasabah diri
    Yang tidak betul jangan dikongsi
    Berkata benar walau pahit dirasai
    Kerana kuinin pahit, demam pergi

    serling
    [10.03.08]
    isnin
    …..
    p/s;
    -Tahniah pada johari baharum atas kemenangan dan HARAP tak ulangi kesilapan / kesalahan analogi sebegini !

  8. mukriz knew very well that a direct attack on pak bodoh would lead to many problem remember the police is with pak lah also don’t forget what happen to TUN in kelantan the way he gave his statement even though looks soft but its actually have strong meaning its now up to UMNO to decide you heard any other leader ask Pak Bodoh to do the right thing ?

  9. MAsalah UMNO juga ialah korang..Majlis tertinggi dah buat keputusan, apa masalahnya lagi??..Kalau Pak Lah turun, negeri2 tersebut dapat balik ker? Kalau Najib naik, Adakah UMNO akan mendapat sokongan hebat semula?

    Masalah UMNO sekarang sebenanya tiada kaitan langsung dengan siapa yang mengetuai parti..Masalah UMNO yang sbenanya sekarang adalah disebabkan polisi-polisinya.Bila pembangunan yang tidak seimbang dilakukuan,apa yang berlaku adalah bebanan akan lebih banyak ditanggung rakyat.Polisi berkenaan sudah pastilah bukan dibuat oleh Pak Lah seorang yang korang panggil sebagai dungu,tetapi semua menteri2 yg terlibat,jadi semua pihak yang terlibatla perlu bertanggungjawab..

    Bagi aku, rakyat bukannya tidak menghargai apa yg BN bagi,tapi lebih bersifat untuk menyedarkan pemimpin2 BN..Tiada masalah sebenanya sekiranya minyak naik skit,harga barang naik sedikit selagi ekonomi masih kukuh dan stabil..Tapi masalah sudah pastilah timbul sekiranya rakyat sahaja yang terpaksa menanggung susah kononnya untuk kebaikan masa hadapan yang tidak nampak,manakala menteri2nya berterusan mewah dan ada juga yang semakin senang di atas sana..Sentimen ini sudah pasti mudah sekali dipermainkan pembangkang yang sudah menjadi kerajaan di beberapa negeri..

    Kepada ahli-ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO,teruslah berdiri teguh di bawah keputusan parti.Tiada sesiapa yg mempertikaikan jasa Tun Mahathir di negara ini.Tetapi dalam masa yg sama kita juga mesti bijak berfikir,jangan terlalu taksub membabi buta.Sekiranya dilihat,sememangnya serangan Tun sekarang lebih bersifat peribadi dan tidak kesemuanya untuk kebaikan UMNO atau negara.Sekiranya Tun jujur untuk menegur kerajaan,salurannya sememangnya telah ada,dan bukan di hadapan musuh untuk melemahkan parti.

  10. Mukhriz’s PC was a waste of time. He didn’t have to call it as it didn’t have any substance. He is young and should be straight to the point. Either you are for or against Pak Lah continuing. If you are neither here nor there and leave it to the mass to make their own assumptions on your speech, you are wasting our time.

  11. Kerana keberanian Pak lah dan kejujuran Pak lah maka kita merasai nikmat demokrasi yang makin baik sekarang.
    Pada hambalah, Orang UMNO tidak akan berubah perangainya, Ingat ini: hamba ialah orang melayu, menyokong UMNO walaupun tidak jadi ahli UMNO, hamba sekarang kerja makan gaji, anak seramai enam orang, Gaji kecil, dari duduk kampong sampai duduk dibandar,
    Hamba tak pernah mendapat pertolongan dalam apa hal pun dari orang UMNO,jadi mengapa hamba harus menaroh cinta lagi pada UMNO? Tambah UMNO yang ada sekarang
    suka berlagak dan bercakaran demi harta dan benda.

  12. kawan2.

    mukhriz mesti buat secara beradap. kang lebih2 orang kata kurang hajar plak. dia ambek pendekatan berbeza dari kj dan akan terus fight.

    kalau terlampau keras kena singkir dari UMNO lagi susah. IMHO.

  13. kepada semua penyokong Mahathir, Najib & Rosmah… sila baca nasihat ikhlas ini.

    hormati pilihan rakyat sebagaimana rakyat bersama parti-parti pembangkang selama 50 tahun menghormati walaupun dah banyak kali kalah.

    Biarkanlah Badawi tu, sekurang-kurangnya buat sementara. Tak gentle ler kalau lawan musuh yang sedang dalam keadaan nazak. Kalau nak hentam dia pun, sila gunakan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO. Tak payahlah sampai libatkan atau buat mende yg akibatkan seluruh rakyat susah hanya kerana kepentingan dan ego kamu.

    Berilah peluang kepada parti-parti pilihan rakyat di 5 negeri tu dahulu.

    Peluang untuk Mahathir dah tamat sejak 2003, Najib dah jadi menteri lama gak, Rosmah dah lama gak untung besar.

    Beri rakyat peluang sekali jer untuk rasa ruang bebas lebih demokratik!

    makasih!

  14. Berlembut bukan bermakna lembik. Berkasar bukan bermakna wira. Yang penting ilah mesej dan pendirian. Alhamdulillah, Dato Mukhriz harap akan terus menegur apa yang perlu.

  15. Bukan semua ahli UMNO bersetuju dengan pucuk pimpinan. Namun diatas tiket politik mereka mengikut arus `bodoh` yang dibawa pemimpin.

    Datuk Mukhriz hebat dan wira melayu sebenar. Adab. Sopan. Teliti. Cakap berlapik pada yang tua. Mesej yang nak disampaikan tepat.

    PRU~12 adalah suara rakyat. Mereka memilih pemimpin yang mereka mahu dan mereka tidak mahu Khir Toyo, Koh Tsu Koon ~ Mahadir & Tajol Rosli etc.

    Mereka juga tidak mahu Samy Velu, Sharizat, Aziz Samsuddin, menantu Abang Zack, Nawawi M Zin etc.

    Mereka tidak pergi dengar ceramah Najib di Bangsar yang lebih kerusi dari orang. Yang hadir ceramah BN ialah orang UMNO & komponen yang jadi organizer serta diberi baju photographer lagak hebat & berkuasa. Kebanyakkan mereka ini lapar `projek`, kaki bodek, oportunist etc.

    Nak gantung bendera semua pakai duit. PAS buat kerja ikhlas. Duit mereka chip in. Demi ugama ~ slogan mereka. Banyak gotong royong. Parti jimat cermat. Parti Para Sahabat.

    Di Khemah Panas BN mereka beri lighter, badge button, hand-fan, air mineral lambang BN etc. Lighter – pemetik api ? Nak galakan orang merokok lagaknya? Mana mereka dapat dana sebanyak ini? Satu persoalan yang akan dibawa semasa melangkah masuk ke dewan undi dan seterusnya memangkah yang lain.

    Kecundang BN diatas perbuatan sendiri. Report Card Pak Lah semamangnya banyak `F` Gagal – Fail – Lingkup – Jahanam. Rakyat menderita, merana & memberontak dalam diam.

    _____________________________

    Mohon kerjasama saudara pembaca untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengapa DAKWAT SPR tidak digunakan dan Siapa yang simbah Cat Merah kat rumah Tan Sri tu? Skrip drama yang tidak masuk akal.

    ________________________________

    Andaian ~ BN menang besar disemua negeri. Wan Azizah Kalah, Nik Aziz tumbang, Nurul tersungkur di Pantai etc. Apa yang akan berlaku selepas PRU-12 nanti.
    ________________________________

    F1 akan diadalan pada 21-22-23 March nanti. Seluruh dunia akan fokus pada Malaysia. Jangan sampai pelabur melabur di tempat lain.

  16. Hangpa yang tak tahu cerita jangan cakap banyaklah.

    Mereka yang menunggu kedatangan Mukhriz di Sunway Hotel, Seberang Jaya pukul 3 pm adalah 30-40 orang gangster dihantar Kj bersama Pemuda Kepala Batas/Bana.

    Press conference terpaksa diubah diam2 ke Hotel Park View dan polis buat roadblock nak masuk.

    Kalau Mukhriz cakap lebih keras, boleh huru hara. Dengan keadaan tegang, sedikit macam ini boleh menimbulkan riot.

    Jika Mukhriz menuntut penurunan Pak Lah, ia akan kelihatan seolah dia parroting bapanya.

    Bercakap kias menunjukkan kematangan dan ketamadunan leh orang Melayu. Ia memerlukan seorang yang berfikiran panjang, beradab/adat dan bijak untuk memahami kias.

    Cuma saya rasa, si BErok Hitam dan Tingkat 4 tak faham kias pasal mereka ini semua orang putih tamaddun barbarian.

    Banyak masa lagi. Tapi kenapa perlu semua dibebankan kepada Mukhriz sahaja.

    KENAPA ANDA SEMUA SENDIRI TAK BERSUARA DAN MENCARI RUANG UNTUK BERSUARA!

    Tampal pelekat di kereta menuntut Pak Lah dan KJ resign. BUat poster dan letak di rumah/pejabat dan lain2. Buat apa sahaja utk Pak Lah bodoi ni tahu sentimen rakyat.

    JANGAN SEMUA DILETAK PADA BAHU MUKHRIZ SAHAJA. DIMANA PERANAN ANDA SEMUA????????????????

  17. Dato Mukhriz and his supporter should submit their application a be part of the PKR team. UMNO doesn’t need people like Dato Mukhriz or big dog and can’t you see that the writing is on the wall already? If joining PKR is not acceptable than join DAP, they are a multi racial party too. Race based political parties are death in Malaysia. MIC MCA PPP are on their way out.

    Joining PKR is the way to go for now and the next election and beyond. Hidup PKR Hidup DAP!

  18. Ini bukan cerita penyokong Tun Mahathir atau penyokong siapa. Ini ceritanya tentang seorang Perdana Menteri yang tak ada maruah kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab ke atas keputusan pilihanraya terburuk dalam sejarah BN.

    Stop the prejudice on ‘siapa yang tak sokong Pak Lah adalah semata-mata kerana menyokong Tun Mahathir’.

    Orang tak sokong Pak lah banyak sebab. Sebab yang jelas ialah ekonomi. Have you ever talked to the Chinese? If you do, you should know that they vote DAP just because they are tired of Dollah’s economic blunder, not because of Tun M.

  19. Aku adalah kacukan Cina dan tahu sentimen sebenar orang Cina kali ini kerana aku hidup dan bergaul dalam masyarakat Cina di KL.

    Mereka bukan marahkan MCA atau gerakan, tapi mereka marahkan UMNO.

    Orang Cina tidak marahkan Abdullah Badawi, tapi marah sangat dekat pengacau macam Khairy dan Mahathir. Orang Cina (pengundi bangsa lain juga) tahu bahawa pentadbiran PakLah akan okay kalau tiada pengacau.

    remember, the Chinese vote not only gone to DAP but they trust PKR & PAS also.

    so, pls stop the racist base political argument. LoL

  20. Asyik jer ‘nasib Melayu’ tu, ‘nasib Melayu’ ni.

    Dengan keputusan pilihanraya, masih tak sedar lagi ke wahai orang Barisan Nasional, bahawa yang mutlak dan utama adalah ‘nasib Rakyat Malaysia’, tak kira kaum dan agama?

    Kalau Barisan Nasional terus memecah-belahkan rakyat ikut kaum, melambai-lambai keris, maka Barisan Nasional akan lambat-laun menjadi tidak relevan lagi tibanya pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.

    Lihatlah cara Barisan Rakyat (DAP + PKR + PAS) yang bertolak ansur, dan cuba untuk mewakili rakyat tidak kira bangsa.

    Sebab itulah Melayu undi DAP atau PKR.

    Sebab itulah Cina undi PAS.

  21. All the decent people who are still in UMNO should seriously consider joining PKR, PAS and even the DAP!

    UMNO is the party of corruption and nepotism

  22. Well said Ultraman! Malaysia is for Malaysians!!!

  23. Sdr. Ultraman,

    Maaf. BN telah melakukan apa yang DAP + PKR +PAS sedang terkial-kial untuk melakukannya. Setelah lama Melayu undi MCA, MIC, PPP, dan setelah lama Cina undi UMNO, MIC, begitu juga INDIA mengundi UMNO dan MCA.

    Boleh ke PAS bekerjasama dengan DAP? Sedangkan DAP sendiri menolak negara Islam yang PAS perjuangkan? Don’t be hypocritlah…

    Anyway, hope Mukriz kuat semangat untuk terus menentang arus.

  24. Bagi aku mudah sahaja,tiada sesiapa dalam BN yang pengecut dalam hal ini..Tapi kesemuanya adalah untuk kebaikan negara..BN sudah gagal dapat 2/3,ketidakstabilan ekonomi boleh berlaku sekiranya Pak Lah pula meletak jawatan..Untuk menjatuhkan Pak Lah perlulah dengan saluran yang betul,bukan dengan mengeruhkan keadaan..

    Lagipun beban kekalahan perlu ditanggung semua pucuk pimpinan UMNO,bukan Pak Lah seorang..Korang sendiri panggil Pak Lah dungu,takkanlah seorang dungu mampu menggubal segala dasar ekonomi negara..Aku tak cakapla aku support Pak Lah ini,tapi ape gunanya kita nak gaduh2 lagi kemudian pecah belahkan parti sedangkan majlis tertinggi sendiri sudah sebulat suara menyokong Pak Lah.

    Aku nyer point senang jer,sekarang ni sekiranya Dato seri Najib naik pun belum tentu ada jaminan UMNO akan terus kukuh..Wlaupun DS Najib menang majoriti besar di tempat dier,itu bukan ukuran penunjuk bahawa kesemua rakyat Malaysia menyokong dia..Lihat saja Khir Toyo,rata-rata rakyat Selangor sebenanya marahkan keangkuhannya,namun die tetap selamat di kawasannya..

    Seperti yg aku katakan seblum ini,masalah UMNO sekarang sebenanya ialah masalah lama bukan masalah baru..Sesetengah daripada masalah ini juga telah lama terkumpul malahan sejak dari zaman Tun Mahathir lagi..Kronisme,Nepotism,Kapatalisme dan sebagainya sememangnya telah lama bertapak dalam UMNO dan perlu di beri perhatian serius sekali.

    Mintak maaflah bro,menyemak kat blog nih sekejap,haha sekali sekala..Anyway,nice blog that you have.

  25. Salam buat semua

    Tidak dinafikan laungan “UNDUR LAH” semakin bergema selepas PRU12. Rakyat jelata telah bersuara dengan jelas menerusi kertas undi. Malangnya para pemimpin tetap tertidur dan berhibernasi bersama PM kerana didapati media & pihak-pihak pro-Pak Lah kembali mendendangkan “Kami Sayang Pak Lah”,”KERAjaan masih kuat”,”Sokongan Padu Untuk PM”.

    Setakat ini hanya Mukhriz yang bersuara, tapi berlapik dan berkias, serta kelihatan keseorangan. Sejauh mana ahli UMNO lain berani menongkah arus untuk melawan secara terus-terang? Selama ini pun sindrom angguk-angguk geleng-geleng dalam UMNO amat popular malah sejak zaman Tun lagi. Malah saya masih yakin bahawa Pak Lah tetap akan meneruskan hidup(tidur) selaku PM buat penggal ke-2 dengan jayanya!

  26. these peoblems all started when hishammuddin waved the keris than zakaria mansion, moorthy,lingam,destruction of temples tempat sembahyang jangan kacau, than nazri taksi with the berok talk colk in al jazeera, umno forgot they represent the people, than the biggest blunder was the ink, and that fat jakun from dun damansara, who ask the RESIDANTS’ ASSOCIATION VERY ARROGANTLY SHOW ME YOUR IC,that was the final nail, kita orang malaysia, my family came to malaysia in 1856, we are all SINGHS, all pro bn supporters, bila kerajaan bongkar, kita pun support, tapi baru2 ini terlalu banyak tindakan dari pihak majlis2 bandaran yang biadap, treat others to go back, hoi bodoh go back where, this is my country too, my ancestors were soldiers,polis,air force, navy, field force, home guards masa communist, I ask those here can khir toyo trace back his ancestory to how far back, he was born in INDONESIA, we don’t mind, pandai2 lah, tapi jangan biadap, go to the tugu kebangsaan, go and see how many SINGHs BERKORBAN UNTUK NEGARA, if my family accumalates all the years in govt service, ada kira more than 3,000 years in accumalated service for country! I am now 5 generation Malasian SIKH dan umur saya 45 tahun, so do your maths, THE BIGGEST BULLSHIT IS THE WAY ORANG KUAT UMNO GET AWAY WITH IT, e.g. zakaria,daim,miti,mohamad2, Kalau nak betul bercakap ALTUNYA SIAPA BUNUH, WHY THE COVERUP, THAT IS THE REASON, BN GOT ITS ASS KICKED.
    for comments you can contact me at, isamatrix@yahoo.co.uk, saya bukan anti melayu saja anti corruption, and racialy motivated dungus, this pru12, all saudara saya voted pas. UMNO IS THE ONE THAT ALWAYS INCITES RACIAL TENSION, LETS CALL A SPADE A SPADE,
    SALAM, SAT SRI AKAL

  27. Tahniah kepada Dato Mukhriz, beliau berjaya menggunakan bahasa yang sangat sesuai, cukup-cukup moderate supaya media menyiarkan komennya (dengan memutarbelitkan maksud ucapannya), dalam masa yang sama rakyat dapat faham dengan jelas mesej asalnya. Jika beliau gunakan nada yang keras, media tak akan siarkan.

    Nampak beliau mewarisi kebijaksanaan Tun….

  28. Harap ramai lagi pemimpin UMNO negeri lain yang bertindak serupa Datuk Mukhriz. Ke yang lain takut hilang jawatan? Saya sokong!!saya sokong!!! sokong apa? Entah!!! 🙂

  29. No No please don’t call for Pak Lah to resign. He is needed to lead UMNO & be the leader of the opposition in Parliment House in 4 years time!

    Hidup Malaysia!

  30. Balik2 TV muka gampang tuu kata okay saya akan teruskan perjuangan……. kalo gini macam gaya “YEAAAA MARI HANCURKAN MALAYSIA….START DENGAN ORANG MELAYU DULU!!!!”

  31. Jika pak lah punya waras minda
    Maruah UMNO/BN wajiblah jaga
    PM dari negeri kalah dipersenda
    Nyata hal peribadi lebih utama

    Buat kesekian kali bela menantu
    Serupa idea menantu dipersetuju
    Taraf PM berkata buat kita ragu
    Jangan lagi sorok dalam kelambu

  32. huh, UMNO create racial tension? apsal kat perak, pas, dap dengan keadilan submit nama masing masing untuk calon mb? what happen to kompromi, kerajaan campuran, barisan rakyat, malaysia for malaysians and all that shit? sudah masuk tong sampah ka? baru 3 hari menang election, pas, dap dengan PKR dah berebut jawatan. barisan rakyat my azzzzzzzz.

  33. ‘kadiology Said:
    huh, UMNO create racial tension? apsal kat perak, pas, dap dengan keadilan submit nama masing masing untuk calon mb’ tuan check lah first apa itu Perlembagaan Persekutuan, the MB MUST BE AMELAYU, TAHU MENGAPA? SEBAB TAK MAHU MACAM BRITISH, masuk sebagai “COLONIAL ADVISOR” bagi satu inchi, naik kepala ambil stu tangan, hingga negara nusuntura terkena jajah, belajar lah sejarah! senyum
    Than there is the other choice a non malay can be aMB if the sultan waives it, if the SULTAN SAYS it is ok he allows it, so far has not happened because of the above-mentioned reason, and the third reason is the candidate is not properly paper qualified, up till now the Royal families have to accept the candidate UMNO says whether the like it or not, the late Sultan of Selangor as per regarding mohamad2 when he found out dia lari kahwin, after that when he was forced to swallow his pride and accept it, he refused to talk to him (m2) talk through 3 rd party, same in negeri Sultan didn’t shave his bears till the day the mb left, ini Malaysia lah, because they had no choice,they had to follow what UMNO says, Now the Sultan has a choice and he can choose who he wants, another thing DAP eventhough menang the state with more seats than pkr or pas, the regent has instructed that he wants a dap name too, just to see what dap has to offer, the Perak royal Family is rather special, they are Mavericks, very highly educated all members of the family, they want to spread their wings (due to present circumstances and if respected may become a precedent), which by the way, was cllipped by UMNO, our very own tun Mahathir, who by the way has selective memory, What is happening to him now, media blackout, told to diam2 pension and jangan masuk campur in the affairs of UMNO,this is something which has come full circle to bite him in the arse for what he did to TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA MALAYSIA, WHAT DOES STAR (newspaper) stand for, SUARA TUNKU ABDUL RAHMAN!!, WHICH Mahathir banned in 1987, and told tunku to shut up. pei tanya orang lamoh, do you know that the present tugu kebangsaan was rebuilt in 1977/8 why, the first tugu kebangsaan was blown up by the communists!, what history you learn in school today is THE eDited version as according to UMNO.

  34. […] Seri Dr. Lim Kheng Yaik. Juga gesaan (dalam bentuk rayuan) Dato’ Mukhriz Mahathir, agar “mesej rakyat yang ditafsirkan sebegitu jelas” itu di’dengar dan teliti’ dan melakukan terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada […]

  35. Orang UMNO, berhentilah dari berdolak-dalih. Kami dah muak dengan telatah UMNO memperBODOHkan rakyat, lebih-lebih rakyat miskin. Janganlah terus membazirkan wang rakyat dengan berforum tidak putus-putus, sedangkan yang berforum berbelit-belit dengan hujah-hujah tidak “relevan” dan tidak berani memperkatakan bahawa “RAKYAT TIDAK MAHU TERUS DIPERBODOHKAN”.

  36. pak lah will go down in the history as the most stupid prime minister Malaysia ever had. Its so pathethic that he even wrote a letter to the wall street journal pleading to the Malaysian to give him a chance.
    Lets b frank, to be a leader one need to have good knowledge in all sorts of field. one must read alot. But as far as i am concern the fact that he did his Islamic studies shows how capable he is to be a PM. How can he manage the country in terms of financial and economics.
    Ntah2 itu bodoh punye KJ sudah kasi die ubat ape benda la kan. Sume ckp menantu nak dengar. Bodo punye org tua

  37. entahlah..tapi aku rasa kita sebagai orang melayu..kita tak bersatu hati sedangkan bangsa lain…walaupun tak suka sesama sendiri bila melibatkan bangsa,,mereka bersatu hati..tapi kita tak…bila kita nak maju?…sedangkan kita sendiri iri hati sesama sendiri….dan bagaimana kita nak menang jikalau kita yang menjadi punca bagi kekalahan sendiri….renungkanlah…

  38. […] telah di’putar-belit’kan (spin), oleh pihak pihak tertentu. Mukhriz adalah konsisten dengan kenyataan yang dibuat di Seberang Perai pada Isnin, 10 Mac 2008, iatu “Merayu agar Kepimpinan mendengar ‘mesej jelas’ rakyat dan […]

  39. […] Isnin 10 Mac 2008 lepas, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan […]

  40. Semoga mukriz berjaya…aku support dari belakang

  41. Hidup Mukhriz ! Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir !

  42. Hey dei thambi dollah, anne kalah itu mintri tak mau, rakyat sudah kasi suara, resign sajala, good pemimpin ramei ada standby

  43. […] sokongan padu akar umbi Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir, yang telah mengesa Kepimpinan “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN” dalam sebuah sidang media semasa di Seberang Perai, Pulau Pinang Isnin 10 Mac 2008 dan menghantar […]

  44. […] 10 Mac 2008 lepas, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan […]

  45. Hidup Mukhriz!!! Perjuangan Mu belum selesai…PAKLAH & KJ Perjuangan Mu Boleh beLAHHHH…..Pak Lah cakap tak sergupa bikin..kononnya sesiapa yang terlibat dalam hal-hal pembangunan bolasepak demi untuk nak kembalikan maruah bola sepak NEGARA tak boleh terlibat dalam politik sebab nanti tak boleh nak bagi tumpuan tp KJ masuk politik jugak walaupun memegang jawatan penting dalam FAM….PAKLAH mudah lupaa…

  46. […] Agong UMNO’, yang dijangkakan diadakan lewat tahun ini. Ianya bukan Kabinet untuk ‘memperbaiki keadaan dan melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat’, terutama apabila UMNO dan BN telah kecundang dalam 5 + 1 negeri dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 […]

  47. Semalam 18/3/2008
    Kementerian International Trade & Industri (TanSri Muhyiddin Yasin)kroni Paklah semua org tahu. Ini satu tamparan hebat kpd Dtk Rafidah dan Tun M and kroni.Tengok ttg AP kereta nanti.Apa akan jadi. Naza get ready.
    Kementerian Domestic trade/cunsumer affair (Dtk Shahrir)
    mungkin menjalan tugas dgn baik.Syabas tapiperlu tambahkan pekerja pemantau barang sebanyak mungkin.
    Everthing will be control.
    Syabas Dtk seri Sulaiman (Dpty Minister) Tourism.DtkSeri
    you terlalu banyak asset luar negeri tapi tak apa luar,dlm tiada tapi deretors firm dlm SCORE you control.
    Get out that Dtk Adanan (P.Putra Jaya)banyak buang duit
    dan buang pekerja MAS.Hrp Paklah tidak kasih apa apa jawatan sama ini org. Too many kroni,gov byk rugi.

    Syabas kpd semua yg di pilih oleh Paklah.
    Jgn percaya sama PKR melayu sarawak kerana mereka telah di susun oleh TunRahman/Hapsah H yang tidak diketahui oleh Dtk Seri Anwar di PKR pusat.

  48. Nasib baik gua kat malaysia timur, kalau tak! Marah tak terhingga ni memang dah dihamburkan.
    Buang je org guna samseng, rosakkan bangsa, jual negara, penting poket sendiri je tuu..Tak guna. Rasa rugi kasi MP kami menang besar. Tapi disalah guna.
    Dato Mukhris, gua rasa tuan akan pergi lebih jauh. Teruskan ikut “acuan” kita. Wujudkan banyak unit intelligence mcm skarang. Kami menyokong tuan walau lain bangsa. UMNO still relaven. Negara kita, darah kita!!!!!!

  49. […] Badawi menerima tanggung jawab penuh dan berundur, pada hari selepas PRU 12. Ini disusuli pula gesaan ‘berlapik’ Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun “Yakin PM ‘Flip-Flop’ akan membuat terbaik untuk mengembalikan […]

  50. entah lah melayu nie tak nak bersatu langsung…agaknya depa nak jadi melyu singapure gamaknya….takleh bersuara bila DAP memerintah negara ini, bila dia dpt aje memerintah kerajaan ini, semua akta akan dibubarkan baru tahu orang2 melayu yang lupa diri ni….. agaknya anak2 yang muda2 ni lupa sejarah kot…sebab tu dia suka sangat pangkah DAP>PKR, PAS tu x apalah parti bangsa melayu, tapi sejak kbelakangan ni PAS dok bersekongkol dengan DAP yang tak suka Negara Islam…apa nak jadi dengan PAS ni entahlah….nak kan kuasa sanggup buat apa saja….dulu dia kata UMNO kafir sebab bersekongkol dengan MCA dan MIC, sekarang apa dah jadi, ALLAH telah tunjukan kepada kita semua siapa yang betul….
    aku harap, PAS baliklah kepangkal jalan….

    kepada Dato’Mukhriz teruskan perjuangan mu untuk membela nasib melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu

  51. […] Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, bermula dari Perhimpunan Agung UMNO November 2006, gesaan berlapik dua hari selepas UMNO dan BN mendapat prestasi buruk Pilihanraya Umum ke XII dan terbaru, meminta PM […]


Leave a comment