PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bertemu UMNO Johor hari ini

Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini bertemu UMNO Johor di Grand Ballroom, Seri Pacific Hotel, Johor Bahru. Setakat ini, pertemuan masih berjalan dan tiada maklumat terperinci yang keluar dari dewan bankuasi itu kerana semua alat perhubungan diminta dipadamkan dalam suasana yang dijangkakan hangat.

Sebelum ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah bertemu UMNO Sabah dan perwakilan yang hadir secara terbuka dan lantang menyuarakan perasaan dan permintaan mereka. Ada laporan menyebut sekurang kurangnya 20 Bahagian UMNO dari Johor mahukan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘bercuti’ dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memangku jawatan Perdana Menteri, sehingga pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disember 2008 ini.

Semalam, UMNO Kedah dan Pulau Pinang bertemu Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan hasilnya tidaklah memberangsangkan bagi Kepimpinan UMNO. Jelas, akar umbi kini tidak segan silu lagi menyuarakan pandangan mereka dan mahukan perubahan kepada Kepimpinan.

*Perkembangan dikemas kini 5.20pm

Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi telah kelihatan keluar Grand Ballroom pada jam 5.10pm. Lima minit kemudian Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyusuli.

*Perkembangan dikemas kini pada 5.50pm dan Laporan Lengkap Pertemuan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dengan UMNO Johor

Maklumat dari perwakilan yang menghadiri menyuarat tertutup tersebut, melaporkan hanya tiga orang Ketua Bahagian, mewakili UMNO Johor bercakap.

Ketua Bahagian pertama, bercakap panjang lebar mengenai keresahan ahli UMNO mengenai soal Krisis Kepimpinan UMNO yang melanda, semenjak UMNO kalah di 5 + 1 negeri, gagal meletakan Menteri Besar pilihan dalam 2 negeri dan prestasi yang menurun dalam 5 negeri lain, termasuk Johor.

Ketua Bahagian ini menegaskan bahawa UMNO tidak mahu lagi mendengar sebarang penjelasan tetapi sebaliknya mahukan satu penyelesaian kepada kemelut Krisis Kepimpinan UMNO hari ini. Proses peralihan kuasa dan Kepimpinan UMNO hanyalah penyelesaian yang ada dan diterima majoriti ahli UMNO dan umumnya, rakyat.

Oleh itu, ‘Flip-Flop’ Abdullah diminta menyediakan plan dan jadual peralihan kuasa dan Kepimpinan, sebagai program mengukuhkan UMNO. Dengan adanya rancangan dan jadual peralihan Kepimpinan, ianya akan meredakan suasana tegang dan tidak tenteram akar umbi UMNO seluruh negara.

Contoh diberikan berkaitan proses peralihan kuasa dan Kepimpinan ialah pasca peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Parlimen telah digantung selepas berlaku rusuhan kaum dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah mengambil alih fungsi Kerajaan. Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah ‘melepaskan Kepimpinan’ kepada Tun Razak Hussein sebagai Pengarah MAGERAN. Pada September 1970, Tunku telah berundur sebagai Perdana Menteri dan pada tahun 1971, Tun Razak Hussein mengambil alih sebagai Presiden UMNO. Pada Ogos 1973, Parti Perikatan digantikan dengan Barisan Nasional dan ianya menjadi kerajaan kongsi kuasa yang lebih mantap. Proses peralihan kuasa dan Kepimpinan adalah terancang dan rakyat kembali tenang.

Peralihan kuasa dan Kepimpinan yang dirancang sebagaimana yang dilakukan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, apabila mengumumkan perletakan semua jawatan pada Ucapan Pengulungan Presiden Perhimpunan Agung UMNO 22 Jun 2002 dan akhirnya berundur sepenuhnya selepas selesai Persidangan OIC, pada 31 Oktober 2003 diterima baik rakyat dan semuanya berlaku dalam keadaan tenang juga dihuraikan sebagai contoh.

Pemimpin UMNO Bahagian ini, yang juga baru baru ini dipilih menjadi Ahli Parlimen juga menekankan bahawa proses peralihan kuasa dan Kepimpinan UMNO ini akan memperlihatkan kehebatan dan pengkukuhan UMNO dan akan ini mengembalikan keyakinan dan seterusnya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Ketua Bahagian kedua meminta proses peralihan kuasa Perdana Menteri ini disegerakan dan peralihan Kepimpinan UMNO dilakukan kemudian. Ini penting agar jentera Kerajaan dan proses pembangunan masyarakat dapat diteruskan serta merta dan keresahan rakyat dikurangkan. Mantan seorang pemimpin Pemuda UMNO dan sekarang Ahli Parlimen penggal kedua ini menyuarakan pendapat yang dilihat sebagai mewakili suara golongan muda UMNO Johor.

Ketua Bahagian ketiga menguatkan lagi desakan agar berlaku peralihan kuasa dan Kepimpinan terancang dan meminta agar tiada tindakan diambil kepada pemimpin UMNO yang bangkit menyuarakan permintaan agar berlaku proses peralihan kuasa dan Kepimpinan ini. Pemimpin ini kini telah beralih tempat dari seorang Ahli Parlimen kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Johor.

Jelas bahawa UMNO Johor telah sebulat suara berpakat untuk menyokong penuh rancangan pembaharuan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk UMNO dan mendesak, dalam penyampaian beradab agar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur dan ianya perlu dilakukan secara terancang, tertib dan paling penting sekali, dengan segera. Pertemuan berjalan dalam suasana yang lebih tenang, berbanding dengan pertemuan dengan UMNO Sabah pada Isnin dan Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak bertemu UMNO Kedah dan Pulau Pinang semalam.

Malam ini, giliran Naib Presiden UMNO dan Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu UMNO Johor di Sofitel, Senai. Dijangkakan, akan dilakukan post mortem mengenai pertemuan dengan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ini.

*Perkembangan dikemaskini 10.15pm

Ini pula laporan Bernama.com, mengenai pertemuan di Johor Bahru itu:

11 April, 2008 22:13 PM

Abdullah Akan Bincang Dengan Najib Mengenai Pelan Peralihan Kuasa

JOHOR BAHARU, 11 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai pelan peralihan kuasa kepada timbalannya itu, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.

Beliau berkata Abdullah memberitahu perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Johor di sini bahawa beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan tersebut dengan Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.

“Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci… hal-hal berkaitan dengan bila masa dan sebagainya beliau akan bincang dengan Datuk Seri Najib,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan berkenaan di sebuah hotel di sini.

Beliau berkata Abdullah telah pun secara terbuka sebelum ini menyatakan bahawa Najib bakal menggantikan beliau.

Abdullah, yang juga Presiden Umno memberitahu Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno untuk jentera penerangan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Sabtu lepas bahawa Najib adalah penggantinya dan beliau akan menyerahkan jawatan apabila tiba masanya.

Muhyiddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh, berkata pada perjumpaan itu juga, Abdullah menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan berkaitan pilihan raya umum lepas seperti punca kekalahan, isu berkaitan sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi muda.

“Beliau juga menyatakan ada inisiatif sedang dirangka untuk menangani masalah-masalah ini supaya parti lebih kuat lagi,” katanya.

Beliau berkata Abdullah meminta pimpinan di semua peringkat membantu dalam perkara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Johor, Nor Aslina Zainal Abidin pula berkata Badan Perhubungan Umno Johor telah bertanyakan kepada Abdullah sama ada beliau mempunyai pelan peralihan kuasa.

“Kita tidak minta Pak Lah berundur tetapi ada bunyi-bunyi bahawa contohnya pada zaman (Perdana Menteri pertama Allahyarham) Tunku Abdul Rahman di mana proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein, begitu juga di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad proses peralihan kuasa berjalan lancar kepada Pak Lah.”

Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ketua Umno Batu Pahat berkata pelan peralihan kuasa tersebut akan menjawab persoalan-persoalan yang timbul di kalangan rakyat dan meningkatkan sokongan mereka terhadap kerajaan.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, UMNO Johor tidak meminta Abdullah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO semasa mesyuarat hari ini.

Shahrir yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata mesyuarat itu yang berjalan dalam suasana ikhlas, mesra dan terbuka hanya membincangkan senario politik parti itu dan Barisan Nasional pada masa ini dan masa depan.

“Beliau tahu. Beliau telah menyatakannya banyak kali. Tidak ada desakan supaya beliau meletak jawatan. Sebab beliau telah pun mengumumkan rancangannya sendiri untuk menyelesaikannya dengan Datuk (Seri) Najib,” kata beliau.

Pemberita berulang kali meminta Shahrir menjelaskan hal itu dan beliau menunjukkan notanya mengenai mesyuarat tersebut.

“Abdullah akan bereskan perkara itu dengan (Datuk Seri) Najib selepas Perhimpunan Agung UMNO. Kita akan bekerjasama sehingga perhimpunan agung,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu.

Ditanya sama ada ini akan diselesaikan semasa perhimpunan itu, Shahrir berkata ia akan diselesaikan selepas perhimpunan kecuali terdapat cabaran terhadap jawatan presiden parti oleh mana-mana anggota semasa perhimpunan.

“Nota saya betul-betul (menyatakan) apa yang telah diperkatakan (di mesyuarat itu),” tegas Shahrir.

Ditanya mengenai ahli-ahli UMNO di Kedah dan Pulau Pulau yang meminta Abdullah meletak jawatan, Shahrir berkata pemberita perlu berhati-hati dalam situasi sedemikian dengan tidak menyebut laporan media dan mesti membezakan sama ada ia benar-benar keputusan sepakat hasil satu perbincangan atau pandangan tertentu yang dilahirkan oleh kalangan tertentu saja.

Sama ada golongan akar umbi dapat menerima keputusan Abdullah, Shahrir menjawab: “Pihak akar umbi saya tidak ada masalah. Akar umbi mana yang anda cakapkan?”.

Mengenai rumusan mesyuarat itu, beliau berkata ini akan diumumkan oleh parti dan kerajaan dari masa ke masa.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan mesyuarat hari ini sebagai perbincangan dari hati ke hati yang berjalan dengan baik tanpa sebarang desakan.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Umno Johor telah menyampaikan keputusan yang dirasakan perlu disampaikan kepada Abdullah demi kebaikan dan pengukuhan parti pada masa akan datang.

“Apa yang kita sampaikan itu rahsia. Tetapi tiada soal-soal desakan meminta Pak Lah berundur, sebaliknya mesyuarat hari ini lebih kepada melihat bagaimana soal-soal pengukuhan parti,” katanya.

— BERNAMA

*Perkembangan dikemaskini 11.45pm

Semasa bertemu UMNO Johor, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyddin Yassin mengulas mengenai cadangan “peralihan kuasa dan Kepimpinan” yang disuarakan oleh 3 orang Ketua Bahagian, mewakili UMNO Johor kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah petang tadi.

Laporan Utusan Malaysia:

PM, Najib bincang pelan peralihan kuasa – Muhyiddin

JOHOR BAHRU 11 April – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pelan peralihan kuasa kepada timbalannya itu, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, Abdullah memberitahu perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO Johor di sini bahawa beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan tersebut dengan Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO.

“Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci… hal-hal berkaitan dengan bila masa dan sebagainya beliau akan bincang dengan Datuk Seri Najib,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan berkenaan di sebuah hotel di sini.

Beliau berkata Abdullah telah pun secara terbuka sebelum ini menyatakan bahawa Najib bakal menggantikan beliau. Abdullah, yang juga Presiden UMNO memberitahu Majlis Penerangan Bersama Presiden UMNO untuk jentera penerangan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Sabtu lepas bahawa Najib adalah penggantinya dan beliau akan menyerahkan jawatan apabila tiba masanya.

Muhyiddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh, berkata pada perjumpaan itu juga, Abdullah menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan berkaitan pilihan raya umum lepas seperti punca kekalahan, isu berkaitan sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi muda.

Published in: on April 11, 2008 at 16:23  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/11/pm-flip-flop-abdullah-bertemu-umno-johor-hari-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. Harap harap semua Ketua Ketua UMNO Bahagian Johor berani seperti Kedah dan Pulau Pinang semalam score 2-0,hari ini tambah lagi dengan pukulan KO.

    SAMA SAMALAH KITA BERDOA AGAR MEREKA DIBERI KEKUATAN DAN KEBERANIAN MENYATAKAN DENGAN JELAS LAGI TERANG PENDIRIAN NEGERI UMNO YANG TERKUAT DIMALAYSIA.

  2. aku terharu kerana akhirnye UMNO bangkit semula. Atuk aku tak sesia mati melawan komunis / jepun dan mogok bersama sama melayu lain bila UMNO ditubuhkan
    This is for you Atuk!!

  3. alhamdulillah… semuga UMNO terus berjaya

  4. Tabik Spring kepada UMNO Johor sebab dapat menyampaikan kehendak akar umbi UMNO dengan tertib kepada Dollah. We pray that this stubborn old man would heed UMNO Johor’s call but wait a minute lets not be too happy now because Dollah still got to go back to Putrajaya and take advise from you know who and his close advisers. Hmmm, in this instance I am pessimistic as I think Dollah will tell UMNO Johor later to go fly kite and refuse to stand down. Lets see…

  5. terima kasih kepada umno kedah dan pulau pinang serta syabas untuk johor kerana memperkasakan lagi kehendak akar umbi.
    perjuanagan belum selesai dan masih jauh.

    kudos kepada big dog kerana rencana2 yang telus dan tulus anda telas menyedarkan selurus rakyat.

    tk

  6. […] unprecedented. AAB still insists that he has not failed and wants to continue as PM. According to Bigdogdotcom, a rabid pro-Umno blogger, this afternoon’s meeting at the Seri Pacific Hotel, which ended […]

  7. the only way to do it is by force

  8. Sama-sama lah kita berdoa agar kali ini AAB akan MEMBUKA pintu hati untuk mendengar MENDENGAR suara Rakyat.

  9. Dolah Doleng Kandaq jagung
    Rebah terguling duduk tercankung
    Dolah doleng cakap bohong
    macam la kita ni dok bawah tempurung..

  10. […] Blogger bigdog provides the fine details of what transpired at Johor this evening. Click here to read his blog post in […]

  11. […] juga laporan penulis bebas di laman blog […]

  12. kalau utara… selatan…dah tak mahu lagi pantai timor spt pahang pun tak ingin…..sabah & sarawak .. pun sama 2×5 5×2 apa nak di tunggu lagi…cepat2lah sebelum rakyat tukar fikiran…tup-tup end up secara paksa…lagi aib..aib..aib…atau end up in jail…anak beranak ni …masuk rekod dan sejarah negara….amin..amin..amin

  13. mr big, i am not that stupid to come to ur place and say the very opposite to what almost all UMNO members are hoping for – Abdullah to go – but i think it now is very clear: HE WILL GO.

    but where will we turned to?

    yes. najib is the second man and abdullah already named him as his successor.

    i am not questioning anyones ability, but… i dont know. i think i should stop now.

    should we turn to Ladbrokes now? lol

    Yes, you have some valid suspicions there.

    However, we (in UMNO) are in really in a mess and facing an ugly situation of Leadership Crisis here at the moment. Do we have much choice or should we stay longer and hedge on our choices, hoping better solutions come along as the country goes down to the dogs further and at much faster pace and of course, the rakyat and the Malays themselves loathe on us more. By then, we are in irreconicilable positions that where the trust can no longer be redeemed, no matter what we do.

    So what do we do now? Are we in real position to choose or as they say, “Beggars can’t be choosers”.

    People who are sinking would just grab along what ever the come across, instantly. Unfortunately, the world goes around like that, Dulu, Kini dan Selamanya.

  14. […] mereka boleh disatukan dengan satu nada sahaja iaitu Pak Lah perlu berundur dari tapak kekuasaan. Pak Lah juga perlu memikirkan jalan keluar dan masa yang sesuai untuk menyerahkan baton kepada Mohd Najib Razak. Gesaan akar umbi ini begitu […]

  15. Sebagaimana kebiasaannya, AAB akan merujuk kepada KJ. Pasti akan berlaku U-Turn 180 Darjah. AAB memang terkenal dengan “pelupa”. Dibuat janji hari ini sebelah pagi, tetapi disebelah petang lain pula yang dibuatnya. Berhati-hati dengan AAB yang amat munafik ini. Selepar PRU, KJ menghilang dan bercuti di Singapura. Kemudian diikuti oleh DSAI ke Singapura. Tidak diketahui bila Karpal Singh maupun Lim Kit Siang samada ke Singapura juga ataupun tidak.

    APA YANG PASTINYA, KARPAL SINGH DENGAN SECARA TERBUKA MEMINTA TDM AGAR TIDAK MENEKAN AAB !!!

    p/s – adakah secara kebetulan atau secara konspirasi terancang?

    Kita tidak boleh mengambil “face value” apa yang AAB perkatakan dan juga janji-janji beliau. “Time and again” dia mempertahankan KJ, anak ny Kamal, Singapura dan DSAI. Kita haru ada sangsi akan musuh dalam selimut untuk menyelamatkan Islam, Melayu, UMNO, BN dan Malaysia.

    Terima kasih.

  16. […] Abdullah semakin didesak untuk lakukan peralihan kuasa dan Kepimpinan Isu UMNO Johor meminta untuk peralihan kuasa dan Kepimpinan agar Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato… adalah tidak bagaimana media perdana siarkan semenjak malam Hari Jumaat (selepas pertemuan dengan […]

  17. […] Abdullah berundur untuk kebaikan dan proses pemulihan UMNO bermula. UMNO Kedah, Pulau Pinang dan Johor juga mendesak mesej yang sama minggu […]

  18. […] salah seorang Ketua Bahagian yang bercakap dalam pertemuan itu, mengeluarkan kenyataan menjelaskan apa sebenarnya berlaku dan memperbetulkan maklumat yang di’putar belit’kan (spin) […]

  19. […] juga didesak. UMNO Johor, tunggak kekuatan kubu kuat UMNO, dengan nada berlapik mendesak program “Peralihan Kuasa dan Kepimpinan” pada 11 April 2008. UMNO Perak juga menyatakan pendirian yang sama. Dua hari lepas, UMNO Selangor juga mahu melihat […]


Leave a comment